Sunday, October 9, 2016

Trip JalanJalanCariMakan ke Langkawi - Day 4

24 Februari 2016

Selepas makan pagi, kitorang terus check out dari hotel. Masa ni jam lebih kurang pukul 8.45 pagi. Memang kitorang dah set nak gerak awal sebab nak kejar feri awal pagi. Xdelah sampai lewat sangat di Cameron nanti.

Tapi sebelum tu sempat lagi ke Kompleks HIG untuk beli coklat lagi. hehe. Kitorang menaiki kereta terus menuju ke terminal jeti sebelum memulangkan semula kereta kepada owner.

Kebetulan feri dah pun ada masa kitorang sampai tu. Lepas beli tiket ke Kuala Kedah, kitorang terus naik dan feri mula bertolak lebih kurang pukul 10.10 pagi. Kitorang tiba di jeti Kuala Kedah pada pukul 11.50 pagi.

nak tido xterlelap,so layan ombak tepi tingkap. hehe
dah nak sampai


Sesampai je di jeti kitorang terus menuju ke tempat parking untuk mengambil  kereta dan terus menuju ke highway.




JJCM 5: Line Clear


Kitorang memang dah bercadang untuk singgah di Penang sebab dah alang-alang kan. Kitorang terus menuju ke Nasi Kandar Line Clear untuk makan tengah hari. Katanya ada nasi kandar yang lagi sedap kat Penang ni, tapi malas nak mencari. Kitorang decide untuk makan kat sini je.

line clear
jom
jemput makan

Berapa bintang mau kasi! : ***
Harga (2 orang makan) : RM 24.90

Lepas makan, sempat pergi beli jeruk pak ali dan kitorang meneruskan semula  perjalanan ikut jambatan ke 2.

umm yummy





Kitorang sempat singgah di Ipoh shopping barang di Jusco sebelum bergerak naik ke Cameron Highlands.

Oklah, habis dah. Esok dah nak kerja balik. hehehe. Disebabkan ni trip jalan jalan cari makan, rumusannya, makanan paling sedap dan menepati selera adalah di Sg Petani.. mabeles! hehehe

Sekian, Assalamualaikum..










Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8