Sunday, October 9, 2016

Trip JalanJalanCariMakan ke Langkawi - Day 1


Assalamualaikum. Dah lama x menjenguk blog. Rindu pulak nak tulis entry..tapi x de kemana-mana buat masa ni. hihi..

Tetiba rajin nak menulis, xtau nak tulis entry ape, so me saje open entry trip ke Langkawi pada 21 hingga 24 haribulan 2 yang lepas.  Lagipun details dah siap tulis. Memang kalau ke mana-mana sekalipun me rajin list down waktu perjalanan dan kos yang digunakan. Senang, untuk kegunaan bila perlu nanti kan.

So, x plan pun nak ke Langkawi ni sebenarnya. Kebetulan asben ada urusan office, sambil menyelam minum air la kan. Bilik hotel 2 malam free. Cumanya kenala me apply cuti sebab nak join sekaki. 3 hari pulak tu.. Mengamukler bos..haha..tapi cuti approved.

Trip ni pun lebih kepada jalan jalan cari makan jer. Sebab apa? Korang tengokla nanti. Makan je kerja kitorang. hahaha

21 Februari 2016

Memandangkan hari ni hari Ahad, so kitorang decide nak gerak hari ni dan tidur di Kedah 1 malam sebelum ke Langkawi keesokan hari. Lagipun bilik hotel yang free cuma 2 malam je.. hehe

Perjalanan bermula dari Cameron lebih kurang pukul 11.30 pagi. Kitorang ikut jalan Simpang Pulai, Perak dan singgah di puncak Tringkap, untuk makan tengah hari di sebuah kedai makan melayu kat area sini.

Lepas makan kitorang meneruskan perjalanan semula menuju ke Simpang Pulai. Kitorang dah plan untuk terus ke Kuala sepetang, Taiping untuk makan mee udang! hahaha.. Misi pencarian makanan kini bermula.

Menuju ke Kuala Sepetang
Setibanya di Simpang Pulai, kitorang terus masuk highway dan lebih kurang pada pukul 3.00 petang, kitorang keluar melalui exit Changkat Jering.

JJCM 1: Mee Udang Mak Jah

Dalam setengah jam perjalanan, kitorang tiba di Mak Jah Mee Udang. Banyak lagi tempat makan yang menyediakan menu mee udang kat Kuala Sepetang ni. Tapi kitorang pun xtau yang mana paling best, just proceed dengan kedai ni je sebab selalu ke sini je kalau datang Taiping ni.

Review pasal kedai makan ni, bagi me, kelazatan mee udang ni agak kurang umph berbanding yang me pernah makan dulu. Kuah dia agak ceroi. huhu.. Xtaula kan.. lain orang lain pendapat. jangan kecam saya...hahahahaha.

Berapa bintang mau kasi! : **
Harga (2 orang makan) : RM 32.40

Mee Udang

Kitorang sempat beli jelly kelapa dan ikan pekasam yang dijual di kedai berdekatan. Selepas perut pun kekenyangan, kitorang bergerak keluar dari Kuala Sepetang dan menghala semula ke highway Changkat Jering.

masuk highway
on the way

Masa ni jam pun dah menunjukkan pukul 4.00 petang. Perjalanan di highway selama sejam, akhirnya lebih kurang pukul 5.00 petang, kitorang keluar tol Sungai Petani dan mencari jalan ke hotel yang akan kitorang stay malam ni.

on the way ke hotel
mencari jalan
Me dah siap book hotel 1 malam di Cinta Sayang Resort melalui booking.com.  Setibanya di kawasan resort, kitorang terus menuju ke lobby. 

Selepas selesai membuat bayaran dan dapat kunci, kitorang terus drive ke bilik hotel yang telah disediakan. 1st time masuk sini, me dah ada feel macam x berapa nak best sebabnya suasana dalam resort ni yang agak suram dan kawasannya agak terbiar. Mungkin jugak hari ni hari Ahad kan, so x ramai orang yang menginap kat sini.

mencari parking berdekatan bilik

Lepas dah jumpa nombor bilik, kitorang pun terus masuk ke dalam. Interior bilik ni agak okla, x kisahlah tv lama pun cumanya bila on aircond sampai dekat setengah jam x sejuk-sejuk. angin je keluar. haha. Berkipas kitorang kat dalam bilik ni. 

Asben call lobby dan mintak tukar bilik, tapi receptionist kata diorang akan hantarkan technician. Okla, so kitorang tunggu. Tunggu punya tunggu dekat setengah jam x datang-datang jugak. Asben call sekali lagi dan mintak untuk tukar bilik jugak. 

Dekat 10 minit camtu, datangla salah seorang staff tukarkan bilik sebelah untuk kitorang. Selesai masalah. Patutla me ada baca review yang kurang memberangsangkan pasal resort ni. Banyak orang complaint rupanya. huhu.. Tapi bagi me bilik ni okla, cuma kenala tukar aircond dan tv, nampakla moden sikit seiring dengan nama resort kan.. Cinta Sayang Resort katanya... macam gah nama tu..hehehe

view dalam bilik
bathroom
So kitorang berehat dan bersiap-siap untuk keluar malam nanti. Lebih kurang pukul 8.30 malam. kitorang keluar untuk mencari makan malam yang best kat area Sungai Petani ni. Dah survey di internet tapi xtaula nak makan kat mana. hehe..

JJCM 2: Restoran Teratak Resort

Dalam pusing-pusing tu, terpandang di kiri jalan yang tertulis 'Restoran Teratak Resort'. Betul-betul tepi jalan. Nampak menarik dari luar. So kitorang park dan decide nak makan kat sini. 

view dalam restoran
tangga ke bahagian atas

Konsep restoran ni lebih kepada rumah kampung. Cantik jugak. Kitorang datang masa ni dah dekat 10.00 malam. Orang pun xramai. Lepas dah duduk kitorang try order menu set kat sini. 


Lebih kurang setengah jam, sampaila menu yang kitorang order. Dalam set ni ada 2 pinggan nasi, tomyam kelapa, Ikan siakap 3 rasa, dan udang buluh perindu.. Nampak menyelerakan kan. hehe

Nasi putih pun nampak menarik ada hiasan. huhu
tomyam kelapa
ikan siakap 3 rasa
udang buluh perindu
Bismillah.. jom makan
berselera nampak.. hehe
uii.. terliur pulak tgk gambar

Ok jom buat review. hehe. Seriously makanan kat restoran ni sangat sedap. Sangatlah recommend kat korang yang pergi ke Sg Petani untuk makan kat sini. Try jangan x try. Teringin nak pergi lagi. Menu yang paling best adalah udang buluh perindu.. mabeles!

Tempat ni pun luas kalau nak bawak family yang ramai. Cumanya disebabkan banyak kayu kayan kot, so banyak kerengga dan semut kat sini. Lain-lain ok. Best!

Berapa bintang mau kasi! : ****
Harga (2 orang makan) : RM 58.00

Alhamdulillah kenyang perut untuk malam ni. So kitorang ronda-ronda lagi sebelum balik semula ke hotel. Sempat jugak kitorang singgah di 1 stall burger sebab asben nak spend makan kat bilik nanti.

Bersambung ke entry hari ke 2.. daaa
































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8