Tuesday, October 31, 2017

Trip Bermotor di Ladakh (2017) - Day 10

HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA

3 September 2017

Plan hari ni adalah untuk bermotor ke Pangong Lake. Sebelum tiba di Pangong Lake, akan lalu dulu
Chang La Pass yang terletak pada ketinggian 17,688 kaki. Kalau semalam, Khardung La adalah highest motorable road, tapi Chang La pass ni adalah 2nd highest motorable road in the world.

Macam biasa la, asben akan cek dulu condition motor. Botol minyak spare dah siap ikat semula kat motor. Cuaca dari Leh nampak cantik je. Kitorang pun memulakan perjalanan pada pukul 7.15 pagi. Sebijik lagi beg masih ditinggalkan di hostel sebab malam esok pun kitorang akan menginap di hostel yang sama.

Laluan yang akan dilalui ni berbeza dengan laluan nak ke Nubra Valley tempoh hari. First sekali kitorang kena sampai di pekan Karu dulu untuk isi minyak. Untuk makluman korang, kat Ladakh ni x banyak stesen minyak. Yang ada cuma di Leh, Karu, dan Diskit serta beberapa stesen lagi di laluan nak ke Manali dan Srinagar.

antara stesen minyak yang ada di Ladakh


Leh -----> Chang La -----> Pangong Lake

cantiknya pemandangan pagi

dari bulatan ni kena ambik kiri

ikut jalan ni straight sampai Karu

suka tengok gunung ganang tu..cantik

Leh -----> Karu
Sampai je di Karu, kitorang singgah untuk isi minyak. Topup bagi penuh je lebih kurang 2 liter sebab nanti xde dah stesen minyak area Pangong Lake tu. Lebih kurang pukul 8.00 pagi, kitorang tiba di check post pertama selepas Karu.

karu -----> Shakti

Lepas tu perjalanan diteruskan lagi melalui Shakti. Start dari Shakti tu jalan bukan main teruknya. Off road habis, jalan berbatu kerikil. Part yang jalan berpasir tu pulak ada kesan tayar yang dah padat. Bila naik motor, terasa la jalan tu berbonggol-bonggol macam naik kuda.

Seriously memang sakit bontot bagi yang naik motor. Naik kereta ni sedap la main redah je potong kitorang. Makan debu la jawabnya..

tu dia off road

sakit badan uii lalu jalan macam ni
Shakti -----> Chang La Pass

Jalan pulak makin mendaki sebab nak menuju ke Chang La pass. Semakin naik ke atas, suhu makin drop. Awan dah gelap dah belah-belah atas. Nampak salji kat gunung sebelah atas.

Naik lagi, sampaila dekat area Zingral (tengok dalam map atas) tetiba salji turun, bukan nya salji hok halus-halus tu.. tu ok lagi.. ni yang butir besar-besar.. kiri kanan pun dah penuh salji. Memang sejuk sangat masa ni. Asben pun kejap-kejap genggam tangan, mana x nya tangan dah nak kejung dah pegang handle time sejuk gini. Kitorang stop kejap. Nak ambik gambar pun x mampu, sebab tangan dah macam x leh nak tekan. Tapi gagahi jugak demi untuk input dalam blog ni.. hehehe

view salji kiri kanan
ni pada ketinggian 15500 kaki
Kat Zingral
medical aid post

Masa naik lagi tu, ada 1 jeep askar yang otw turun bagitau yang jalan kat top tu dah stuck. Motor x boleh lalu sebab jalan licin, salji turun lebat. Masa tu terpaksa la decide untuk turun balik. 

penuh salji dah 
gelap je sebelah atas tu
sejuk sangat masa ni

Akhirnya, lepas sikit dari Zingral tu, asben decide nak berpatah balik, dan kitorang singgah di salah 1 kedai makan di Shakti.

Zingral -----> Shakti

Masa tu order chai sebab nak panaskan badan dan order jugak magee. Kesian asben, tangan dia dah sejuk beku sangat dah. Glove yang kitorang bawak ni sebenarnya x berapa tebal untuk tampung suhu masa ni. Jam dah pun pukul 10.00 pagi.

singgah kat Shakti
kedai 

Adala dalam setengah jam kitorang lepak situ sebelum asben decide nak cuba naik lagi sekali. Jauh kot, adela 30 km dari Sakhti nak ke Chang La Pass. Kalau jalan macam highway tu xpe, ni jalan x berturap.. huhu..

Kebetulan ada kedai menjual minyak petrol, so asben isi tangki penuh balik sebelum kitorang gerak semula naik ke atas. Mula-mula tu sampai kat area Zingral tu, cuaca ok. Salji pun xde dah. Naik lagi ke atas tu, jalan banyak dah berlecak. Banyak kali la tergelecek, hampir nak terjatuh dari motor.

Shakti -----> Chang La Pass
Akhirnya dalam pada kesukaran menempuh jalan lecak tu, kitorang sampai jugak di Chang La top pada pukul 12.00 tengah hari. Masa kat atas ni memang sejuk gila-gila. Xde gambar langsung ambik kat sini sebab tangan dah sakit. Asben lagila, dia yang pegang handle motor.

gambar dari internet-Chang La pass
Kitorang singgah minum chai dan panaskan badan kat cafe kat Chang La top tu. Asben buat keputusan untuk berpatah balik ke Leh memandangkan cuaca dan keadaan jalan x memberangsangkan. Me terpaksa akur je la. Ni untuk kebaikan kitorang jugak. Bahaya kot, jalan dah licin, gaung tepi jalan je.

Chang La Pass -----> Shakti -----> Karu
Lebih kurang dah ok tu, kitorang pun naik motor semula dan bergerak turun untuk balik semula ke Leh. Pukul 1.45 petang kitorang sampai di Sakhti. Berhenti kejap kat tepi jalan membetulkan sendi-sendi tulang. huhu..

baca map


Shakti -----> Karu

Lepas dan menghilangkan penat, perjalanan diteruskan lagi sampaila ke Karu pada pukul 2.00 petang. 


isi minyak dulu

Di Karu, kitorang singgah untuk isi minyak sebelum tiba di Leh pada pukul 3.00 petang.

Karu -----> Leh

Dalam entry sebelum ni kan me ada bagitau yang kitorang dah siap book bilik untuk 4 & 6 Sept. Patutnya esokla kitorang baru check in sini kan. So me try la adjust balik dengan staff hostel, tapi hari ni x de bilik kosong katanya.

So dia tolong tanyakan guest house yang terletak kat seberang, berdepan je dengan hostel ni. Kebetulan ada kosong. So, untuk bilik yang dah book tu kitorang adjust pulak untuk tarikh 5 & 7 Sept. Nasib baik xde masalah. 

So untuk malam ni, kitorang menginap di Odbar Guesthouse berdepan je dengan Raybo Hostel. Bilik ok, selesa dan cantik. Kebetulan ada servis dobi kat sini. So kitorang pun kumpul baju-baju yang nak dicuci bagi pada owner. Kena charge Rs100 untuk 8 helai.

sesat pulak dia kat sini

So, lepas dah letak beg, kitorang keluar semula ke Main Bazaar mencari makan. Singgah di Wazwan Planet la seperti biasa. Kitorang order pulak nasi beriyani tapi x berapa ngam pulak rasa dengan tekak. Sedap lagi yang dekat Delhi haritu. Tapi habiskan jugakla kan buat ape membazir.

Nasi beriyani
berserta side dish seperti biasa

Lepas makan, kitorang memusing pekan Leh sebelum balik ke guest house. Otw balik sangkut pulak jam kat laluan nak ke guesthouse. 

sangkut jem
Malam tu kitorang plan samaada nak meneruskan mission ke Pangong Lake atau x. Lastly decide xyah pergi. Kitorang cuma akan ke lagi 1 tasik je iaitu Tso Moriri Lake, itupun lusa. Esok kitorang akan rest je kat Leh.

Jom sambung ke next entry, episod jenjalan kat sekitar Leh..














Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8