Tuesday, October 31, 2017

Trip Bermotor di Ladakh (2017) - Day 2

HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA


26 Ogos 2017


Hari ini adalah hari pertama kitorang berada di India. Feel dia? macam mana eh? mmm... Jujurla, tempat panas kan. Akan timbul rasa rimas dan x selesa. Serabut dengan bunyi hon lagi sana-sini. Suasananya yang agak kotor dengan sampah-sarap dan juga habuk. huhuhu.. Tapi xpe.. Ni lah pengalaman mengembara di negara orang kan..

Oklah. Permulaan untuk harini adalah dari hotel, kitorang perlu berjalan kaki atau menaiki auto untuk ke Jaipur Railway stn. Kitorang x sempat pun nak melawat sekitar Jaipur ni. Ikutkan Jaipur ni banyak tempat lawatan. Ni antaranya yang me survey:

1) Amber Fort (ada yg me baca Amer Fort) sama je kot..

Katanya elemen senibina adalah campuran Hindu dan Muslim. Nak masuk sini boleh naik gajah, tapi rasanya ada waktu dia.

Amber Fort/Amer Fort
2) Hawa Mahal.

Senibina istana ni cantik.. Suka sangat. Dibina pada tahun 1799 oleh Maharaja Sawai Pratap Singh.Katanya dinding istana dibina tinggi supaya para wanita dari golongan istana ni dapat tengok perayaan yang disambut di jalanan sebab x nampak dari luar.

Hawa Mahal

3) City Palace.

Istana ni dibina antara 1729 dan 1723 pada mulanya oleh Sawai Jai Singh 11, penguasa Amber. Lepas tu disambung pulak penambahan bahagian lain oleh raja-raja yang berikutnya. Menempatkan sebuah muzium tetapi sebahagian besar daripadanya masih lagi kediaman diraja. 

City Palace

4) Jantar Mantar

Monumen ni dikatakan adalah koleksi 19 instrumen astronomi. Di sini terletaknya jam matahari terbesar di dunia dan merupakan tapak Warisan Dunia UNESCO. Nak terang banyak x reti sangat. Kalau pergi jangan lupa singgah kat sini. Menarik!

Jantar Mantar

5) Jal Mahal.

Ha.. tempat ni pun cantik. Bukan Taj Mahal. Tetapi Jal Mahal. Apa yang uniknya adalah istana ni terletak di tengah2 Tasik Man Sagar. Dok dalam tasik ni... Istana ni dibina 5 tingkat dimana 4 tingkat akan ditenggelami air (limit takat tgkt 4) dan yang paling atas ni je x kena air.

Jal Mahal

6) Jaigarh Fort

Kubu ni terletak menghadap ke Amber Fort dan Tasik Maota. Kubu ni dibina oleh Jai Singh 11 untuk melindungi Amber Fort. Kubu Jaigarh dan kubu Amber ni dihubungkan dengan laluan bawah tanah. Ha gituuu...

Jaigarh Fort

Oklah... cukupla tu... Banyak lagi tempat menarik kat Jaipur ni. Korang survey la sendirik.. hihihi...

Oklah..Me sebenarnya dah siap booking online tiket train dari Jaipur ke Agra ni. Kat mana nak book? Korang just guna cleartrip je. Daftar kat dalam website tu. Dia akan direct link dengan IRCTC (company train kat India). Ada la sikit proses yang diperlukan sebelum tu. Kalau nak tau korang pm je la eh.. Malas nak cerita lelebih.. haha

Ha ni contoh dalam website tu.. select je tarikh pastu book.. bayar guna kedit kad
So tujuan kitorang ke Agra ni adalah untuk melawat Taj Mahal of course la kan iaitu menurut cerita merupakan lambang cinta Shah Jahan terhadap isterinya, Mumtaz.. Ha gituu....

Disebabkan x berapa tahu arah laluan untuk ke Jaipur railway stn, (walaupun dah survey..malas nak jalan sebab panas melengais ketiak..hahaha) maka kitorang pun menahan bicycle rickshaw. 

Star Palace Hotel -----> Jaipur Railway stn

So berkayuh la dia bawak kitorang ni sampaila ke Jaipur Railway stn. Alahaiii jalan pun xpe... X sampai 3 minit dah sampai. Dekat sangat dengan hotel yang kitorang bermalam tu. Dapatla abang kayuh beskal tu Rs 40

Jaipur Railway stn

Sesampainya di Jaipur Railway stn, kitorang pun surveyla kawasan dan bertanya pada kaunter. Disebabkan E-Ticket dah ada, so kitorang terusje masuk kawasan platform.

jadual train terpampang kat screen

Untuk lebih kepastian, kitorang bertanya pada seorang mat salleh yang tengah menunggu train. Dia sensorang je kat situ, nampak macam dah biasa dengan negara India ni. Mat Salleh tu bagitau, nanti just tunjuk je e-ticket tu pada pegawai bertugas kat dalam train. Ok settle!

So kitorang cuma perlu mencari platform dan berdiri di coach yang betul je. Nanti senang, terusje naik, x payah nak terkejar-kejar dah bila train sampai.

 ha tu ha mat salleh yang kitorg tanye tu

Ha bermula kat sini la kitorang nampak segala bayangan tentang negara India depan mata sendiri. Huhuhu..Kat platform ni penuh dengan orang tidur merata-rata, bau hancing, and seriously kitorang nampak najis manusia atas landasan bersepah-sepah.. eeeee...kembang tekak..Lepas sekali terpandang, dah x mau pandang dah area landasan. Kang x lalu makan pulak.. hahahahhaha..

suasana di platform
E1 coach no for executive class 
pekerja tgh membersihkan landasan

So, lepas dah pastikan coach yang betul, kitorang pun menanti ketibaan train. Train yang akan kitorang naik ni adalah jenis Jp Af Shatabdi bernombor 12035. Me book executive class yang berharga Rs 2080 untuk 2 orang bersamaan RM136. Harga seat ni double dari harga standard seat.

Lebih kurang pukul 7.00 pagi, train Shatabdi pun tiba. Kitorang naik dan mengambil tempat mengikut nombor pada tiket. Memang x penuh pun dalam coach executive ni. Ada la 1 keluarga India yang nampak agak moden sikit dalam 4 orang yang duduk bahagian depan. Yang bahagian belakang ni cuma me & asben je. Tenang je rasa. hehehe..

seat dalam coach executive

Sebenarnya memang saje amek jenis executive sebab nak yang selesa sikit. Biasalah kan, tanggapan kita macam mana kalau naik train kat India ni. Sangatlah sesak dengan rakyat tempatan. Harga tiket ni dah termasuk sekali makan dan minum bergantung pada waktu. Kalau time pagi macam ni dapatla set breakfast. Tahap kebersihan tu kita tawakal je la.. InsyaAllah..

Tapi train yang ada include makan ni x banyak.. X silap ada 2 je. So kalau nak ada include makan, kena pandai pilih jenis train dan masa yang sesuai.

Jaipur Railway stn -----> Agra Fort Railway stn


train baru gerak

Perjalanan memakan masa selama 3 jam setengah untuk sampai di Agra Fort stn. Banyak train stn kat Agra. Me pilih Agra Fort stn sebab tempat ni paling dekat untuk ke Agra Fort. Sebelah train stn je.

Dalam coach executive ada waiter yang akan menghidangkan makanan. X lama lepas train gerak, ada waiter hantar surat khabar dan mineral water botol besar sorang 1. Nasib baik dia x bagi surat khabar bahasa Hindi..jenuh pulak nak paham..hehe..X lama lepas tu, waiter ni agihkan pulak sorang 1 cawan, uncang teh, gula, creamer dan biskut beserta 1 jug kecil berisi air panas. 

Sebelum ni ada terbaca dalam blog somebody, diorang dapat bunga ros kat dalam coach executive ni. Kitorang xde pulak dapat. Xde musim kot.. hahaha

mineral water & surat khabar
macam biskut tiger
moh minum air

Sambil-sambil menikmati minum pagi ni, sambil tu menyaksikan pemandangan kat luar tingkap.

view kat luar

Tengah-tengah mengelamun tu, waiter tadi datang mengutip cawan2 dan digantikan pula dengan dulang yang berisi makanan seperti roti, pisang, jem. air tin apple  dan 1 bekas foil yang berisi makanan x ubah macam begedil. X lama tu dia hantar pulak semangkuk corn flakes. Semua kitorang bedal kecuali begedil tu.. hahaha.. X dapat telan, rempah kuat sangat. 

masa mula2 dapat. InsyaAllah bersih

set breakfast
corn flakes taruk susu.. amma!

Sewaktu order online, kita boleh mintak nak vege food atau non vege. Me pilih siap2 yang vege, so xdela was was nak makan kan. So lepas dah settle makan, waiter pun clearkan balik meja kitorang. Masa untuk tidur!

masa untuk lunjurkan kaki anda..
lebuh dah... hihihi

Tapi me x tidur pun. Asben je tidur. Disebabkan dalam coach ni x ramai orang, dia pi baring kat seat sebelah. Siap berlunjur kaki. Me cuma duduk menyaksikan pemandangan negara India dari tingkap train. 

Train ni ada jugak singgah di beberapa stesen tapi x ramai sangat yang naik. Kebanyakannya duduk di seat bahagian hadapan.

Dalam pada melihat pemandangan kat luar tu, ada beberapa kali jugak ternampak orang duk buang air secara open kat merata-rata, tepi bukit la, balik pokokla, tepi jalan la. Elok je dia bertinggung kat situ..Seriously! Adoiiii... 

suasana dalam train 
ecehh baca surat khabar konon

Dah pertengahan perjalanan, ada seorang waiter datang ke tempat duduk kitorang dengan membawa piring yang berisi sesuatu. Tengok gaya macam kacang hijau. Rupanya manisan berempah. Waiter tu taruk 1 sudu kat tangan, tapi kitorang rasa sikit je..Lepas tu ada beberapa keping duit rupees kat dalam piring tu..

Rupanya dia mintak tips daaaa...

ni dia manisan rasa rempah

Husband pi letak Rs 100 dalam piring tu.. Boleh dia mintak lagi?? So husband pun kasi la lagi Rs100. Me nasihat la husband lepas ni jangan bagi banyak sangat. hahaha..Ye la, harga tiket pun dah mahal tau, kira masuk service charge dah tu. Lagipun, kenala berjimat wehh. Ada lagi 15 hari kot kat India ni.. :p

tengok pemandangan
stesen bharatpurj gamaknya
bebudak baju pink

rumah org
Jam pun dah hampir pukul 10.35 pagi. Bermakna dah nak sampai di Agra. Kitorang dah siap-siap galas beg kat belakang. Mineral water tadi simpan masuk beg. Sementara train nak berhenti tu, sempatla bergambar dengan 1 family India ni, comel anak diorang.

comelkan anak dia

Keluar je dari stesen, kitorang terus sepakat untuk berjalan kaki je ke pintu masuk Agra Fort. Mudahje, cuma berpandukan bangunan kaler merah bata kat bersebelahan Agra Fort stesen tu. Cuma nya kena berjalan dalam 15 minit jugakla nak mencari entrance dia. 1 km weh..Penat gak la..

ni laluan dari train stn


suasana kat luar
jalan kaki jom

Masa kitorang jalan tu, x putus-putusla auto dengan bicycle rickshaw ni dok kejar suh naik dengan diorang. Memang dah berpeluh sangat dah masa ni. Memang panas kat Agra ni. Xlama tu, sampai jugakla kitorang di pintu masuk Agra Fort. Kitorang terus beli tiket kat kaunter yang terletak di luar. Tiket berharga Rs 550 seorang untuk foreigner.

Agra Fort entrance


Lepas je masuk main entrance, kena beratur untuk security check. Diorang buat 1 barisan untuk lelaki, 1 barisan lagi untuk pompuan..Lepas dari security check tu, yang bawak backpack kena simpan kat cloakroom. Free je x yah bayar pun. Dah simpan beg tu barula boleh berjalan-jalan dengan senang hati..

cloak room di Agra Fort
dah jom masuk


view kat dalam

Bila x de tour guide yang bawak ni, kita xda la info pasal tempat ni kan. So, kitorang masuk ni sekadar melawat dan bergambar je la.. Sikit info pun xtau.. Dah balik Malaysia, me just google2 sikit2.. hehe.. Kalau salah mention nama bangunan tu harap ampun ye..

x pasti bangunan ape

ha yang ni kalau x silap namanya Anguri Bagh. Ada taman

TIPS PENTING :  sebelum ni ada terbaca dalam blog dah pun. Kat dalam kawasan ni banyak sangat tupai kecik-kecik je. Setiap kali mesti akan nampak ada orang bagi makan kat tupai-tupai ni. Korang jangan la amek gambar! Diorang akan mintak tips..Nasib baik kitorang x kena.. sebabnya dah pernah terbaca pasal ni.. tapi kalau korang nak bagi pun apa salahnye..huhuhu

Jahan Ara Pavilion


boleh tengok taj mahal dari tempat ni. 

nun di sana... nampak dak taj mahal
cantik
Jahangir's Hauz


time ni dah nak amek bag, orang masih ramai yang baru masuk
ramainya orang

Hampir sejam jugak kitorang dalam ni. Lebih kurang pukul 11.30 pagi, kitorang decide untuk ke Taj Mahal pulak. Lepas settle ambil semula backpack, kitorang keluar dan menahan auto. Auto ni cas kitorang Rs 50 untuk ke Taj Mahal.

driver auto kaki kelentong
driver hantar takat roundabout ni je.. 

Perjalanan dari Agra Fort ke Taj Mahal ni lebih kurang dalam 10-15 minit je. Tapi ikut jugak gate yang mana 1. Kuang asam punya driver, dia hantar kitorang jauh dari gate Taj Mahal. Kitorang kena berjalan kaki lagi nak ke main gate dia. Sambil berjalan tu adalah yang datang nak jadi tour guide la, jual souvenir la.. Dahla cas mahal. Xpayah! Nak tau info nanti kitorang google je sudah...haha..

Sampai je di kaunter tiket, kitorang terus beli tiket untuk 2 orang. Tiket dewasa berharga Rs1000 untuk foreigner. Agak mahal la..,kalau rakyat tempatan cuma berapa rupees je. Kitorang ni dapat sekali mineral water dengan plastik sarung kasut untuk pakai kat Taj Mahal tu nanti.

Kaunter tiket

Lepas dah dapat tiket, kitorang terus masuk barisan security check. Penuh! Melengais ketiak! Berhimpit-himpit la tengah2 panas ni.. Macam-macam bau keluar..hahaha..

hah tu diaa...

Sampai pulak part check beg.. Rupanya backpack kena simpan kat kaunter luar, jauh sikit dari Taj Mahal. pulakk..Dah kena keluar balik.. haha... adoiila... Rasa macam x nak masuk dah.. Kitorang pun keluar la balik, mencari locker room. Nasib baik jumpa..Tapi yang ni kena bayar, Rs 40. Berbeza dengan Agra Fort yang ada cloak room.

TIPS PENTING : nak gi Taj Mahal ni, bagi yang bawak backpack silalah simpan siap2 backpack tu kat locker room, jauh sikit tau nak jalan dari entrance Taj Mahal. Penat weh patah balik, nak berhimpit nak masuk security check lagi. Aiyoyooo...

locker room Taj Mahal

Settle simpan beg, kitorang pun berjalan kaki semula ke entrance Taj Mahal. Kena lalu security check lagi sekali, pastu baru dapat masuk. Masuk je pintu, kitorang mencari tempat duduk dulu. Penat kott.. Dapat tempat duduk bawah pokok pulak, sedap je angin bertiup kat situ.

amek gambar masa tengah lepak bawah pokok
ada renovation kat entrance Great Gate

Dah agak hilang penat sikit tu baru kitorang berjalan semula mencari Taj Mahal. Dari pintu masuk tu, kena menapak lagi sebelum sampai bangunan Taj Mahal. 

nampak tu.. taj mahal dari jauh


ha...nengok je la dari jauh
Ngam-ngam je nampak Taj Mahal, hujan pun turun menyembah bumi.. huhuhuhu...
Tersangkut la kitorang bersama pengunjung2 yang lain di bawah salah satu gerbang sebelum sampai ke Taj Mahal tu menanti hujan reda.. Ada je yang redah main hujan masa tu. 

antara pelancong2 lain..kebanyakan nya rakyat India sendiri
senibina
cantik nya

X lama tu hujan pun reda. Tapi masih lagi renyai-renyai la. Kitorang malas dah nak tunggu, redah je la. Cuma kitorang x masuk ke dalam bangunan Taj Mahal tu. Kitorang ambil gambar dari luar je. Ni gara-gara dah penat dan mengantuk. Dalam fikiran masa ni ingat nak mandi air sejuk dan tidur..haha

Lagi satu, time ni memang ramai lah sangat orang. Hari Sabtu pulak tu. Kebanyakannya rakyat India sendiri. Nampak warna-warni je sari diorang.. macam-macam kaler..hehe

cantik kan.. tapi tgk org kat atas tu dah macam ulat.. kecik halus je dari jauh..ramai sangat..
yang belah kanan ni namanya Mihman Kana. Masjid kat belah kiri

Kitorang x lama pun kat sini. Lebih kurang pukul 1.30 petang, kitorang pun menapak keluar. Sambil tu plan dengan asben nak mencari hotel untuk berehat. Sepatutnya plan harini nak berjalan di sekitar Agra je. Lepas tu terus je naik train malam nanti. Tapi bila tengok keadaan cuaca yang panas lit-lit ni, x mampu oii..

dah menapak keluar

Sampai je pintu keluar, kitorang tahan la auto suruh hantar ke Agra Cantt stn. X sama stn dengan masa mula-mula sampai tadi. Plan nya, kitorang akan mencari hotel yang berhampiran dengan station tu je sebab malam ni nak naik train dari sana. Dalam 45 minit jugak la nak sampai ke Agra Cantt stn ni. Jangan tengok waktu perjalanan dlm google map ni. Reality x sama.. haha

Taj Mahal -----> Agra Cantt Railway stn


view otw ke hotel

Otw tu kitorang tercari-cari gak hotel berhampiran tapi x nampak bayang hotel pun. So sampai je di Agra Cantt, lepas bayar Rs 80, kitorang buntu x tau mana nak cari hotel.

Sudahnya tahan auto lain suruh dia hantar kat hotel yang paling dekat dengan stn. Tapi jauh jugak la hotel nya. Ingatkan malam nanti boleh jalan kaki je.

Agra Cantt stn -----> Regency Hotel



auto yang kitorang naik

Driver auto ni hantar kitorang kat 1 hotel ni namanya Regency Hotel. Nampak ok je dari luar. Tapi harga sebilik Rs1485. Aiyoyo...Mintak kurang x bagi nya dah. Xpelah, janji ada tempat nak berehat kejap sebelum naik train malam nanti. Dan yang penting ada aircond dan wifi! Masa ni jam dah pun pukul 2.30 petang.

Kitorang set siap-siap dengan driver auto ni suruh dia ambik dalam pukul 8.30 malam. So berehat la kitorang sementara menunggu untuk naik train malam nanti.

ni biliknya.. bolehla..macam seram pun ada

Lebih kurang pukul 8.20 malam kitorang dah bersiap-siap dan menunggu driver auto tu kat lobi hotel. Nasib baik la ada wifi kat hotel ni. Dan la godek-godek internet kejap.

seram kan laluan bilik hotel ni.. haha

Tunggu punya tunggu x nampak pun kelibat auto ni. Masa ni jam dah dekat 8.45 malam. Sudahnya kitorang bagitau staff lobi tu mintak dia tahankan auto untuk kitorang. Dapatje, terus auto bergerak ke train stn.

Train kitorang adalah pada pukul 9.15 malam untuk ke New Delhi. Ada masa lebih kurang 20 minit lagi. Better sampai awal kan daripada terlepas train, kan ke rugi nak beli tiket lain. 

Agra Cantt Railway Stn

tempat security check sebelum masuk ke platform
Suasana yang sama je dengan di Jaipur Railway stn. Orang tidur merata-rata kat platform. Bergelimpangan dan relax je macam xde apa-apa.. baling bom pun x sedar gamaknya..hehe

meredah lautan manusia bergelimpangan..:p

hah tu diaa... situ pun boleh baring-baring

Masa tengah menunggu, ada announcement katanya train delay. Pulak dah..Ingatkan sekejap je.. Rupanya sampai sejam lebih.. Kalau tau tadi boleh lepak lama-lama sikit kat hotel.

kat platform
cari port jauh dari orang..hehe

Mundar-mandir la kitorang kat platform tu melangut menunggu train yang belum kunjung tiba.. Tau pukul berapa train sampai? Pukul 11.00 malam..... Adoii.. Bukan sejam tapi dua jam..Perut dari lapar dah sebu dah..

Agra Cantt stn -----> New Delhi stn

Train ni adalah jenis sama dengan yang sebelum ni iaitu Shatabdi dan kitorang amek executive class jugak. So adalah sekali makan malam. Naik je train, terus waiter tu hidangkan makanan. Makan lewat malam dah namanya ni..

ni set makan malam vegetarian 
tu diaaa
eskrim baru dapat. Perasan x kuah sebelah capati tu dah ditutup.. Maknanya xsedap la.. hahaha

Antara menu yang dihidangkan adalah capati, kuah dal, nasi, sambal kentang, aiskrim dan kari tauhu. Aiskrim pun dapat lepas tu. Air mineral macam biasa dapat sebotol besar sorang..Semua benda boleh telan kecuali kuah dal yang sebelah capati tu.. xsedap.. haha.. Alhamdulillah... Kenyang untuk malam ni..

Train ni mengambil masa selama 2 jam 15 minit untuk sampai ke New Delhi Railway Stn. Sementara menunggu train sampai, sempatla kitorang melelapkan mata kejap. Lebih kurang pukul 1.15 pagi, train pun tiba di destinasi.

Kitorang terus tahan bicycle rickshaw dan mintak hantarkan ke Hotel Shri Vinayak. Hotel ni me dah siap book cuma tinggal nak bayar je. Ikutkan bolehje nak jalan kaki, tapi risau kot tengah-tengah malam. Kot orang nak merompak ke, rusuhan ke..Kalau kat Korea ke Jepun ke x de hal lagi. Ni India kot.

New Delhi stn -----> 

Xlama berkayuh, abg beskal ni berhenti depan hotel yang dah di book. X nampak macam hotel mula-mula tu. Sebab kat lobi tengah buat renovation. Sekali tengok macam rumah setinggan pun ada.. kekeke..Lepas dah tunjuk booking printed, kitorang dibawa ke tingkat atas menaiki lif. Bilik nya boleh tahan selesa jugakla.

bilik ok
Masa kitorang check in ni, jam pun dah pukul 2.15 pagi. Sekejap sangat dapat tidur. Esok awal-awal pagi kitorang akan naik train untuk ke Kalka pada pukul 7.40 pagi.

So, time untuk rest dan tidur.

Okla, kita sambung di next entry.












































































































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8