Tuesday, October 31, 2017

Trip Bermotor di Ladakh (2017) - Day 5

HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA

29 Ogos 2017

Tiket bas untuk perjalanan ke Kargil hari ni dah pun kitorang beli semalam. Waktu perjalanan bas adalah pada pukul 6.00 pagi. So kitorang kena check out dari hotel seawal 5.00 pagi. Sebenarnya terlupa nak maklum pada owner hotel yang kitorang nak check out awal.

Masa nak keluar, pintu lobi berkunci. Kebetulan la asben nampak ada 1 bilik ni terbukak pintunya. Try bagi salam, rupanya memang owner hotel tidur situ. Nasib baikla, kalau x terlepas bas pulak sebab xleh keluar dari hotel. 

hotel Babu di kala 5.00 pagi

So dengan mamai-mamai nya dia bukakkan pintu dan tolong tahankan auto untuk kitorang. Kebetulan hotel memang ngam ngam tepi jalan. Baru pukul 5.00 pagi kot masa ni. Mana ada kenderaan lalu. Yang ada pun lori-lori besar. Lama jugak kitorang menunggu, akhirnya dekat setengah jam baru ada auto. Tahan je terus berhenti.

suasana sunyi sepi 

So driver auto ni hantarla kitorang ke Kaksarai. Nasib baik ada bas yang semalam tu kat situ. Risau gak takut kena tipu ke kan. Waktu kitorang sampai masa ni masih lagi x ramai. Nak dijadikan cerita, tiket kitorang adalah tiket last kata penjual tiket tu semalam. Ada 1 seat je kat belakang sekali. Lagi 1 seat kat depan sekali sebelah driver. 

tengah menunggu 

suasana dalam bas

So me naik dulu dan duduk di belakang sekali tepi tingkap. Lepas dah simpan backpack, asben turun dan menunggu kat luar. Dekat-dekat pukul 6 tu makin ramai yang datang. Rupanya memang penuh pun bas ni. Asben terpaksa gak duduk depan, kat tengah2 pulak tu. Seat yang x de penyandar.

Me pulak duduk sebelah dengan lelaki tempatan yang berasal dari Drass. Dia student belajar kat Srinagar, nak balik kampung sambut raya haji. Masa dia cakap Drass tu, me tau jugakla sebab pernah terbaca info pasal Drass yang dikenali sebagai " The Second Coldest Inhabited Place in The World".

Srinagar -----> Kargil

Makanya. pada pukul 6.20 pagi, bas pun bergerak ke Kargil. Kitorang banyak jugakla bersembang. Sambil tu mata x lekang melihat keindahan kawasan sekitar. Memang cantik. Apa yang special nya pasal bas ni adalah bunyi honnya.. Memang lain dari yang lain.. hehehe..

view sekitar 

dah start nampak gunung-ganang

sungai
view asben amek dari seat depan 

oh hijaunya...
Srinagar -----> Kangan

Dalam pukul 7.20 pagi macam tu, bas berhenti rehat kat Kangan. Itupun tahu sebab tanya mamat Drass ni. Dah lupa nama mamat Drass ni, sebab nama dia macam susah nak sebut. hehe

ni bas yang kitorang naik

tempat bas berhenti



kek & air dah sampai


jom sarapan

Kitorang singgah minum chai dan makan 2 potong kek span. Dalam Rs 30 je. Kira murah dah ni, baru Rm2.00. Dalam 20 minit lepas tu, bas pun dah bunyikan hon. Kitorang naik dan bas meneruskan perjalanan ke Kargil.

Memang x lekang la kamera kat tangan masa otw ni. View memang superb. Sebelum sampai ke Kargil ni, banyak kawasan-kawasan lapang yang menghijau, gunung-ganang dan juga sungai. Nampak binatang-binatang meragut rumput lagi. Cuma kalau seat sebelah kanan lagi banyak view cantik-cantik.

hijaunya...
lalu tepi gunung
on the way

amacam..lawa kan
ada sungai
view dari seat belakang

kampung
kuda-kuda

luas mata memandang
Subhanallah, x terkata view masa ni. Lupa kejap keserabutan yang berlaku di Delhi haritu.. haha

Masa on the way, kita akan melalui Sonamarg. Kat sini ada 1 tempat namanya Thajiwas Glacier. Dikatakan menjadi salah satu tempat shooting filem Hindi Bhajrangi Baijaan.

Thajiwas Glacier
tempat shooting 


antara hotel-hotel yang ada di sonamarg
sonamarg
hijau mata memandang

gunung ganang

Selepas Sonamarg, bas akan melalui Zojila Pass yang dikatakan jalan berbahaya yang terletak pada ketinggian 11,575 kaki. Kiri kanan gaung kot,... Sipi je bas lalu. Asben yang duk depan sempat la ambil video dan gambar. Memang seram jalan dia.. huhu

Kangan -----> Sonamarg -----> Zoji La Pass

jalan semakin naik
gila respek, ada yang naik basikal kot
banyaknye...mbekk..mmbekk..

kambing pun nak lalu
sayup je jalan kat bawah tu
nampak x betapa sipi nye bas

luas mata memandang

tudia corner curam

bas standby nak kona baring.. haha

ha tu depan tu ada 1 check post

X lama tu, bas berhenti di check post yang x pasti nama nya apa. Tapi ada askar beberapa orang berkawal. Driver bas minta me & asben turun dan tunjuk passport pada pos kawalan sebab kitorang je foreigner. Yang lain semua tunggu dalam bas je.

dah settle naik bas semula

Askar tu cuma belek passport je. Lepas tu kitorang naik bas semula. Bas pun bergerak meninggalkan pos kawalan tadi menuju ke Kargil. Tangan masih lagi mengambil gambar dan video. Masa otw dari Srinagar tadi, memang perkataan Subhanallah tu selalu terungkap kat mulut. Memang indah kat sini.. Seriously!

Subhanallah
x tau nama tempat

nampak tu ada snow cap mountain kat belakang tu

x pasti ni kat mana

Zojila Pass -----> Dras

Dalam pukul 12.00 tengahari lebih kurang, bas berhenti lagi sekali di pekan Drass. Kata si mamat Drass ni kampung dia dalam 30km lagi lepas pekan Drass ni.

Drass is the 2nd coldest inhabited place in the world

Masa dekat2 nak sampai Drass ni, mamat ni kata dia macam terkena symptom AMS, cuak gak tengok dia. Macam x keruan.. Dia rasa macam nak muntah katanya. Siap tumbuk2 seat depan..Me ni kasila dia air mineral kitorang yang dah tinggal secoet, dia pun teguk. 

Kebetulan bas dah berhenti, dia dengan kawan dia turun. Me suruh pergi minum & makan sikit. Katanya pagi tu dia x ambil sarapan. Mungkin sebab tu la kot. Risau gak masa ni. Sedangkan orang tempatan sendiri boleh terkena symptom ni apakan pulak kita ni foreigner yang baru 1st time sampai.

Masa berhenti ni, kitorang ni agak lapar jugakla. Perut dah berkeroncong sebab dah tengah hari pun kan. So kitorang pun order la capati. Siap dia hantar 2 keping sorang sekali dengan 2 piring kari ayam. Ada 4 ketul ayam pulak tu. Alhamdulillah sedap dan halal. Tapi mahal sikitla, kena bayar Rs 360 bersamaan RM23.60.

hah tu dia...
Dras -----> Kargil

So lepas tu, bas pun bergerak semula menuju ke Kargil. Asben dapat duduk seat belakang sebab ada ramai yang dah turun. Dalam 30km lepas tu, bas berhenti di tepi jalan. So mamat Drass ni pun turun. Masa otw tadi, dia ada ajak me & asben stay rumah dia. Tapi kitorang menolak baik je la sebab kang itinerary berubah pulak..


bye mamat Drass.. till we meet again!
cantik
cantik bila ada pokok2 hijau kat tengah2 tu
hijaunyaaa...

dah nak sampai Kargil

So lepas agak 2 jam lebih lepas stop yang kedua tadi tu, kitorang pun tiba di Kargil pada pukul 2.10 petang. Bas berhenti di stesen bas Kargil. Turun je dari bas, kitorang terus beli tiket bas ke Leh untuk keesokan hari. Siap request seat belakang tepi tingkap lagi. Mujur x penuh lagi.

dah sampai Kargil

Mission seterusnya adalah mencari tempat penginapan. Memang me x de book, just nak walk in je. Mula2 ternampak 1 hotel yang terletak atas bukit betul2 je berdepan dengan stesen bas. Bila gi tanya, harga mahal pulak.

Kitorang try ambil sharing taxi untuk ke Dzojilla Hotel. Kitorang tau nama hotel ni dari mamat Drass tadi tu, katanya Kareena Kapoor pun dok hotel ni masa dorang nak shoot cerita 3idiot tu.

Khabarnya ada wifi kat hotel ni. Sesampai je di hotel, masa tanya harga dalam Rs 2000 lebih. Lagi la mahal dari hotel yang tadi tu, dah tu wifi tengah problem pulak kat sekitar Kargil. Rasanya hotel ni la yang nampak class sikit kat area Kargil ni.. Tu sebab mahal. So x jadila..Mahal2 wifi xde x guna gak..haha 

Kitorang naik sharing taxi semula ke stesen bas tadi dan berjalan ke pekan berhampiran stesen bas. Mujurla jumpa 1 guesthouse ni, namanya Nashat Guesthouse. Bayaran cuma Rs600 1 malam. Kitorang pun proceed tapi tanpa wifi la. Masuk ni dah 2 hari la x hantar khabar berita ke family.

ni guesthouse.. ok jugak.. cuma ada kipas je..aircond tadakk

So lepas dah rehat2, lewat petang tu kitorang keluar mencari makanan. Banyak kedai-kedai menjual buah-buahan. Kitorang beli epal dan beli air mineral dengan cold drink. Kitorang ni ada bawak magee tapi terlupa bawak mangkuk, cawan dan sudu. Sudahnya kitorang pi kedai menjual perkakas dapur dan cari mangkuk plastik hat murah sikit. Belila yang paling murah Rs 40.

Rumah dan kedai di lereng gunung
pekan kecil Kargil
sekolah islamik

view pekan Kargil

Masa tengah merayap ni ada sorang lelaki rakyat tempatan tegur kitorang. Masa sembang-sembang tu dia offer nak bawak jenjalan tunjuk kawasan Kargil ni. Berjalan kaki je pun, sambil menyembang. Nama lelaki ni Aga Mehdi Razavi. Haa.. nama penuh bagi.. Kalau hangpa terbaca blog ni, sila komen ye... tu pun kalau paham nak baca..hihihi

Kebetulan masa tu azan asar berkumandang. Dia ajak asben solat kat masjid. Tapi asben menolak dengan baik.. Kitorang rasa better solat kat bilik je.. Bukan apa, kat area Ladakh ni memang dah tanya kebanyakan nya masjid Syiah.. shhhh... huhu

Asben tengah sembang dengan Aga
salah satu masjid kat sini
ha jurufoto sedang beraksi..kikiki 


dia bawak kitorang p pasar

suasana pasar

kitorang beli 3 bijik epal ni untuk makan malam nanti

Aga ni bawak kitorang melawat pasar menjual buah-buahan dan sayur-sayuran. Kitorang beli 3 biji epal dengan harga 60 rupees. Kat sini kebanyakan nya masih lagi menggunakan timbang jenis lama yang jenis dacing tu. Lepas ke pasar, dia bawak pulak kitorang ke tepi sungai. 

view tepi sungai

kawasan sungai

So lebih kurang pukul 5.00 petang, kitorang pun mengundur diri sebab nak balik hotel. Nasib baik la Aga ni xde mintak bayaran ke apa ke kan.. huhu.

Sebelum tu, kitorang singgah kedai untuk membeli mineral water. Kitorang setiap hari beli mineral water, biar minum banyak xpe. Kat Kargil boleh kata sejuk jugakla. Suhu adala dalam 20-25 darjah selsius. Kat hotel pun cuma ada kipas je, tapi x rasa panas.


So sampai je di guesthouse, kitorang jumpa owner dan mintak air panas 1 jug. X lama tu, anak owner ni hantar ke bilik. Kitorang pun rendam la magee, lepas settle magee layan pulak bubur nasik.. huhu..

time-time macam ni layan magee kari malaysia memang lain macam..
layan bubur nasik pulak

Malam pun berlabuh. Kitorang rest kat bilikje la. Esok nak naik bas lagi cuma kali ni ke Leh pulak. 

Jom sambung ke next entry..daaa...













Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8