Tuesday, October 31, 2017

Trip Bermotor di Ladakh (2017) - Day 7

HUSBAND  WIFE TRIP TO INDIA
31 Ogos 2017

Hari ni 31 Ogos! Selamat Hari Kemerdekaan! Kitorang ada beli bendera yang ada gula2 bulat2 kecik untuk budak-budak tu. Siap2 bawak, ingatkan nak bagi budak2 kat Ladakh ni. Tapi masa kat Leh x jumpa ramai budak-budak.

Oklah, so hari ni dah pun masuk hari ke 7 mengembara di negara orang. Hari ni adalah rest day untuk kitorang. Esok baru plan untuk bermotor! Yahooooooo....

TIPS PENTING : Disarankan untuk berehat di Leh sekurang-kurangnya 2 hari untuk menstabilkan badan dengan altitude di Ladakh bagi mengelakkan terkena serangan AMS. Detail pasal AMS sila google. Yang paling penting kena minum air yang banyak. 

Cumanya nak kena settlekan bab sewa motor. Sebelum tu, kitorang dah decide untuk book siap2 bilik untuk tarikh 2,4 dan 6hb Sept kat hostel yang sama. So kenala bayar lagi Rs 3450. Bukan apa, senang nak tinggalkan beg buat sehari dua kalau stay hostel yang sama ni.

So dah settle tu kitorang terus ke pantry untuk breakfast. Kitorang just makan bubur nasik je pagi ni. Dalam pukul 9.00 pagi, kitorang pun keluar menapak ke main bazaar dan menuju ke kedai sewa motor yang malam tadi tu. Untuk dapat motor yang elok, kenala test bawak dulu. Lama gakla proses nak memilih motor ni.

tenung motor mana satu

test bawak

tenung lagi

Untuk bab sewa motor ni, awal-awal lagi me dah bagitau asben, yang keputusan sepenuhnya kat tangan dia. Yela, kita ni mana tau belek motor.

Satu je asben mintak dia tukarkan bateri sebab masa nak start guna starter tu payah. So agak2 dah puas hati, asben pun buat bayaran untuk 6 hari. Total kena bayar 7200 rupees. Diorang akan mintak International Driving Licence. So payment pun settle.

TIPS PENTING : Kalau ada yang merancang nak bawak motor masa di Ladakh, standby la apply siap-siap International Driving Licence. Senang je, pi ke JPJ bagitau nak buat lesen international. Pastu kena bayar, lupa dah berapa. Nanti dapat la 1 kad berwarna kuning.

Tapi lewat petang nanti baru boleh ambik. So kitorang pun mintakla sekali dengan rack isi barang kat tepi motor tu. Tapi kena cas Rs100 sehari. Last-last berunding lagi, katanya dia bagi ambik motor awal tapi tanpa rack tepi tu sebabnya rack tu diorang nak kena ambik kat tempat lain. So kitorang pun on la.

So memandangkan masih awal, kitorang pun berjalan kaki balik ke hostel semula. Sebelum tu singgah dulu membeli makanan dan minuman. Jumpa jugak kek raisin ni, memang sedap. Ni pun terbaca dalam blog salah seorang blogger yang ke Ladakh.

beli kek raisin dan mentos
ni rupa kek kat dalam, sedap


laluan ke hostel

jom balik hostel

ha smpai dah 

Sampai je kat bilik ape lagi, layan wifi la sambil makan kek raisin yang dibeli tadi. Lebih kurang pukul 2.00 petang, kitorang keluar semula dan berjalan kaki menuju ke kedai motor tadi.

hai enfield!

Sebelum ambik motor, kitorang ambil gambar setiap part, depan-depan pekedai tu. In case la kemudian hari, xde la dia salahkan kita kan. Siap-siap ambil helmet, terus asben bawak ke stesen minyak.

TIPS PENTING : Sila pastikan untuk check betul-betul condition motor sebelum sewa. Dah confirm nak amek tu, amek la gambar setiap part dan simpan. Kot-kot la masa nak pulangkan nanti, dia blame ada part yang rosak ke, patahke.. padahal masa dapat dah memang macam tu kejadian dia.. 

isi minyak

Sebelum gerak, kitorang ada pinjam sekali botol kosong untuk isi minyak. Tangki memang dah nak kosong masa ni. Asben isi penuh, Rs 1050 untuk setangki 13.7 liter bersamaan RM67.80. Ha... mahalkan.. Minyak kat sini memang mahal. Seliter minyak Rs 76.65.. Bersamaan RM4.90..Tu pun x sama, kadang esok nya turun, kadang tu naik sikit.

Botol kosong tadi pun kitorang penuhkan sebanyak RM23.00. Ni untuk minyak spare yang kitorang perlu ikat kat tepi motor in case la x cukup minyak tengah jalan nanti.

So lepas dah settle isi minyak, kitorang pi ronda-ronda pekan Leh sambil survey laluan yang kitorang perlu lalu esok. Esok kitorang akan ke Nubra Valley. Kitorang akan bermalam di Hunder yang terletak 125 km dari Leh.

ha kena lalu ikut ni
test laluan
Leh

test test..hehe

bergaya ngan motor jap

X lama tu, kitorang turun semula ke pekan Leh dan asben singgah sekali lagi kat stesen minyak yang sama tadi. Ingatkan nak pam angin tayar tapi pam rosak pulak.

stesen minyak Leh
pam rosak

Lepas tu, asben pun terus bawak ke Main Bazaar. Disebabkan perut dah lapar, kitorang terus mencari kedai makan. Pilihan yang ada cuma di Wazwan Planet. X jumpa dah kedai lain.. huhu.. Motor asben park kat parking berdekatan kedai motor tadi.

Main Bazaar

Sampai di kedai makan, kitorang order pulak nasi goreng telur dan kali ni tambah pulak menu roti naan. Macam semalam, disertakan jugak sos masam yang berwarna hijau tu dengan sayur acar nasik tomato.. hehehe..

acar nasik tomato..haha
roti naan
nasik goreng teluq

bismillah

Sesudah makan, kitorang pun turun semula ke main bazaar dan menaiki motor balik ke hostel. Motor asben park kat luar, dan bawak botol minyak spare tadi masuk ke dalam bilik. Takut pulak ada orang rembat kan. Tapi............... dalam berjaga-jaga tu, botol minyak tu memang kena rembat akhirnya.. Adoii.. Nanti me ceritakan masa entry akan datang.. huhu..

Sebelum sampai hostel tadi, kitorang singgah kedai runcit lagi untuk membeli mineral water.  So sampai di hostel, kitorang cuma berehat je kumpul tenaga untuk perjalanan tough keesokan hari. 

Sampai bertemu lagi...daaaa..










































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8