Tuesday, October 31, 2017

Trip Bermotor di Ladakh (2017) - Day 6

HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA

30 Ogos 2017

30 Ogos dah. Esok merdeka weyyy! Harini nak naik bas lagi. So harini pun kitorang check out awal memandangkan bas bergerak pada pukul 6.00 pagi. Sampai je stesen bas, kitorang terus naik dan mencari seat sebelah belakang. Asben kata selesa la sikit ade tempat sandar. X macam semalam tu.. huhu..

sedia beg nak check out


berjalan kaki ke stesen bas

ni hotel semalam yang atas bukit tu

Kargil Bus stn

Tapi masa duduk seat depan semalam, asben bagitau memang clear la pemandangan. Asben siap record video lagi. Kali ni kitorang duduk sekali kat bahagian belakang. Itupun penuh jugak bas ni. Siap ada beberapa orang kena berdiri sepanjang perjalanan. 8 jam kot...longgar lutut aihhh..

Kargil -----> Leh

Dalam pukul 6.00 pagi, bas pun memulakan perjalanan menuju ke Leh. Masa ni hari dah cerah dah.

padat gila kat dalam bas
bye Kargil
lawa betul hijau dia tuu

view dari dalam bas

View sepanjang perjalanan ke Leh ni pun superb! Memang cantik. Kitorang ada berhenti minum chai kat 1 tempat ni tapi xtau apa nama tempat.

minum chai kat sini
kat dalam kedai


view depan kedai

X lama lepas tu, bas pun meneruskan semula perjalanan. View dari Kargil ke Leh ni agak berbeza sikit dari semalam sebabnya, banyak kelihatan gunung-ganang berbatu yang berwarna coklat. Kurang nampak pokok-pokok yang kehijauan. Ada jugak tapi kat sesetengah tempat je

rilex je diorang bergayut kat pintu bas

sempat lagi makan epal..hehe 


jalan kat sebelah sana tu nampak halusje 

gunung ganang

cantik
sayup je nampak kenderaan kat bawah
view gunung ganang

Dalam pukul 10.30 pagi, bas berhenti lagi kat tepi kawasan pergunungan berbatu. Memang cantik kawasan ni. Kitorang xlepaskan peluang untuk bergambar. Pelik je orang tempatan tengok kitorang yang agak jakun ni.. haha

tunggu turn nak turun


sungai kat tepi jalan 

Lepas dah gerak, bas berhenti sekali lagi di Khalsi (kalau x salah la). Itupun kitorang tanya pada sorang mamat ni yang duduk kat seat depan. Kat sini kitorang cuma beli keropok Lays je. Sambil tu makan kat tepi bas. X lama tu, bas pun meneruskan lagi perjalanan ke Leh.

Ada sorang penumpang yang duduk sebelah asben beli sepeket buah peach kering. Dia bagi kitorang try. Sedap jugakla.

dapat merasa..tq na
otw ke Leh

ada lagi yang berdiri kat pintu
dekat dah nak sampai

Kitorang tiba di stesen bas Leh pada pukul 2.00 petang. Untuk hotel, me dah siap book online iaitu Raybo Hostel untuk 2 malam. So kitorang berjalan kaki mencari sharing taxi untuk ke hotel. Tapi x jumpa pulak auto kat Leh ni, rasanya memang x ada.

baru sampai

Sebelum tu, kitorang bertanya pada orang tempatan tempat untuk permohonan permit Ladakh. X lama tu jumpa bangunannya. Bersebelahan dengan Tourist Information Center Leh. Masa bertanya pada kaunter, katanya kena ada agen yang buatkan, x boleh buat sendiri.

Maknanya mungkin boleh suruh pihak hotel buatkan. So kitorang pun keluar, mencari taxi untuk ke hostel. Cuma mahal sikit la casnya. Kebetulan pulak hujan turun masa ni. So kitorang naik je la. Kalau ikutkan boleh jalan kaki je ke hotel, ambil masa dalam 15 minit.

Taxi Stand -----> Raybo Hostel
X sampai 5 minit, sampai la kitorang kat hostel ni. Ngam-ngam la timing untuk check in. So dah dapat kunci, kitorang pun menuju ke bilik. Hostel ni ok jugakla. Wifi ada, tapi line x berapa kuat kalau dalam bilik. 

sign board hostel
ni bilik kitorang

So masa ni kitorang ambik peluangla nak call family. Dah 3 hari kot x hantar khabar berita. Mak me memang risau la. Disebabkan line x berapa kuat kat dalam bilik, kitorang melepak kat ruang tamu je area lobi. Adala beberapa mat minah salleh melepak sekali. Ada jugak bertegur sapa.

Me siap mintak staff hotel buatkan permit untuk kitorang memandangkan kitorang x boleh buat sendiri. Pihak hotel cas Rs700 seorang. So kita maklumla kat dia area mana kita nak cover kat Ladakh ni. Selalunya dia dah masukkan sekali kesemua laluan.

So khabar berita pun dah hantar, permit pun dah, so kitorang siapla mandi, solat dan decide untuk keluar ke pekan Leh. Nak mencari makanan memandangkan perut pun dah lapar. Lagi 1 nak survey motosikal. Plan utama kitorang! huhu.. Bermotosikal meredah keindahan Ladakh..


view kat Leh

So dalam pukul 5.00 petang, kitorang keluar dan berjalan kaki lebih kurang 15 minit ke Main Bazaar Leh. Sebelum ke mana-mana, kitorang singgah dulu di Tourist Information Center untuk ambil map dan info yang perlu berkenaan Ladakh.

Kat Tourist Info Center

ada masjid kat tengah2 main bazaar
ada peniaga menjual sayur dan buah

Kitorang bertanya pada penduduk tempatan kedai makan halal. So kitorang pun mencari la Wazwan Planet Restaurant. Senang je pun nak cari, terletak kat hujung bangunan. Kena masuk pintu sebelah tepi kedai dan naik tingkat atas.
dah sampai


ni pintu masuk masuk kat tingkat atas

Sampai je di restoran, kitorang pun order nasi goreng vege. Balik-balik nasi goreng vege.. hehe. Ye la, takut menu yang lain kang x ngam pulak kat tekak. Masa ni adala semeja je ada orang, rasanya baru je bukak untuk sesi petang hingga malam.


nyum nyum

So x lama sampaila hidangan berserta side dish. Macam kuah herba masam berwarna hijau dan  juga sayur campur diperam. Rasa sayur ni sebijik macam sayur acar nasi tomato tu. Bismillah...

nasi goreng, boleh makan 2 orang

Sedap jugak nasi goreng ni. Alhamdulillah.. Makan ni kiranya sekali la makan untuk malam nanti. Ni kalau timbang berat masa ni mesti berat turun.. Mana x nya, makan nasi cuma sekali je sehari..kalau kat Malaysia, siang malam melantak nasik..hahaha

So settle bab makan, kitorang pun berjalan area Main Bazaar. Ramai gak orang kat kawasan ni. Kat sini ada banyak kedai produk Himalaya. Dari kelengkapan seperti baju, seluar dan juga produk-produk kesihatan. Dengar cerita, murah-murah.. Kitorang plan, dah hari nak balik nanti baru shopping souvenir..

ramai yang meniaga
Main Bazaar Leh
Godang betul anjing kat sini
Sambil tu tercari-cari gak kedai sewa motor. Ada terjumpa 1 kedai ni. Dia caj kitorang 1200 rupees sehari kalau ambil untuk 6 hari untuk motor jenis Royal Enfield 500cc. Asben cek motor tu nampak macam ok. Tapi kitorang x ambik lagi. Try survey pulak tempat lain.

ni rate sewa motor 2016 yang me jumpa dalam tenet

survey2 dulu
Ada la jumpa yang murah sket dan ada yang mahal sikit. Bergantung pada cc. Tapi yang paling penting kena cari motor yang xde masalah la kan. Dalam pukul 8 lebih, dah gelap dah masa ni, kitorang pun berjalan kaki semula ke hostel.

jalan kaki balik hostel


sampai hostel dah malam

Malam tu discuss dengan asben nak ambil motor kat kedai mana. Kitorang decide esok nak survey balik kedai yang mula-mula kitorang tanya tu. 

So, malam tu kitorang cuma berehat je la. Esok kitorang akan ke Main Bazaar semula untuk survey berkenaan motor. Lagipun bila dah sampai Leh ni disarankan untuk berehat sekurang-kurangnya 2 hari sebelum ke tempat-tempat sekitar Ladakh ni. Bukan apa, dikhuatiri terkena serangan AMS. 

Alhamdulillah lah untuk hari pertama di Leh ni, me & asben ok ok je. Cuma kat sini ada sikitla rasa sukar nak bernafas. Kitorang cuma pastikan untuk minum air mineral dengan kadar yang banyak. 

oklah..Jom baca kisah seterusnya di next entry..



















Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8