Sunday, October 29, 2017

Trip Bermotor di Ladakh (2017) - Day 1


HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA




Assalamualaikum..

Bertemu lagi kita dalam entry terbaru... Biasalah, kalau ada trip baru, munculla me kat sini menjadi penglipur lara mengarang cerita.. kalau lambat sangat buat nanti lupa..

Bagus sebenarnya buat blog ni,  sebagai rujukan balik pada kita sendiri bila2 perlu nanti. Kotla kan nak gi lagi..x pun ada member2 yang bertanya, at least ada la benda boleh refer.

Sambil-sambil mengarang ni, kita pasang lagu nustan bagi feel mengarang tu lebih sikit.. Tapi xleh pasang kuat-kuat..mesti nak ikut menyanyi.." say shava shava... hey! say shava shava........."
ha tengokkkk..hahaha

say shava shava..


Okla..Untuk trip kali ni, me hanya berdua, bersama asben mengembara ke India. Tempat utama tujuan kitorang adalah bahagian utara India iaitu Ladakh. Kawasan Ladakh ni terkenal dengan banjaran gunung-ganang, snow cap mountan, high altitude nya dan keindahan tasik-tasik yang terdapat di kawasan Ladakh.

Ladakh ni rasanya mula ter"famous" adalah kerana salah satu tasiknya iaitu Pangong Lake yang menjadi lokasi shooting filem Hindi iaitu 3 Idiot. Ha dah tengok belum?

Kareena Kapoor naik scooter kat Pangong Lake
Selain Ladakh, tujuan me ke India ni juga adalah untuk melihat keindahan Kashmir, terutama selepas menyaksikan filem Bhajrangi Bhaijaan lakonan Salman Khan. Terpikat sangat dengan keindahan Kashmir dan lakonan budak kecik comel yang berlakon sebagai "Shahida" tuuu. Ha..Nama dah sama dah.. hehe

Bhajrangi Baijaan 
Total trip kitorang ni adalah selama 17 hari iaitu bermula pada 25 Ogos sehingga 10 September 2017. Ha... Lama kan? Ni la trip yang paling lama sekali buat masa ni. haha.. Masa last sekali entry nanti me akan sertakan sekali bajet untuk rujukan bagi yang ingin mengembara ke Ladakh satu hari nanti. Sure korang x kan menyesal pergi! :)

Kat sini me share itinerary kitorang selama 17 hari di India.

Itinerary awal : kira yang x berapa jadi la senang cakap.. :p

25/8/17 - Flight KLIA2 ke Jaipur (transit di Singapore 8 jam), join Free Singapore Tour
26/8/17 - Tiba di Jaipur, check in hotel, train ke Agra, melawat Agra Fort & Taj Mahal, train ke
                New Delhi, check in hotel.
27/8/17 - Train ke Kalka, Train Ke Shimla, Check in hotel
28/8/17 - Bus ke Manali, Check in hotel
29/8/17 - Sharing Taxi to Jispa / sightseeing around Manali
30/8/17 - Sharing Taxi to Leh / Sharing Taxi direct from Manali to Leh
31/8/17 - Rest in Leh, go sightseeing
01/9/17 - Leh to Turtuk Village, Check in Hotel
02/9/17 - Turtuk Village to Nubra Valley, Check in Hotel
03/9/17 - Nubra Valley to Pangong Lake, Check in Hotel
04/9/17 - Pangong Lake to Leh, Check in Hotel
05/9/17 - Leh to Tso Moriri, Check in Hotel
06/9/17 - Tso Moriri to Leh, Check in Hotel
07/9/17 - Leh to Kargil, Check in Hotel
08/9/17 - Kargil to Srinagar, Check in Hotel
09/9/17 - Check in Houseboat Dal Lake
10/9/17 - Flight to New Delhi, Flight to KLIA2

itinerary yang x jadi

Itinerary sebenar : yang jadikk

25/8/17 - Flight KLIA2 ke Jaipur (transit di Singapore 8 jam), join Free Singapore Tour
26/8/17 - Tiba di Jaipur, check in hotel, train ke Agra, melawat Agra Fort & Taj Mahal, train ke 
                New Delhi, check in hotel.
27/8/17 - Train ke Kalka cancel, book flight ticket to Srinagar, Check in Hotel in New Delhi
28/8/17 - Flight ke Srinagar, Check in Hotel
29/8/17 - Bus Srinagar to Kargil, Check in Hotel
30/8/17 - Bus Kargil to to Leh, Check in Hotel
31/8/17 - Rest in Leh, go sightseeing
01/9/17 - Leh to Nubra Valley, Check in Hotel
02/9/17 - Nubra Valley to Leh, Check in Hotel
03/9/17 - Leh to Chang La Pass, Pangong Lake cancel, Check in Hotel in Leh
04/9/17 - Sightseeing around Leh
05/9/17 - Leh to Tso Moriri, Check in Hotel
06/9/17 - Tso Moriri to Leh, Sharing Taxi Leh to Srinagar
07/9/17 - Sharing Taxi Srinagar to Anantnag, Anantnag to Pahalgam, Check in Hotel
08/9/17 - Sightseeing around Pahalgam
09/9/17 - Sharing Taxi Pahalgam to Anantnag, Anantnag to Srinagar, Check in Houseboat Dal                       Lake
10/9/17 - Flight to New Delhi, Flight to KLIA2


itinerary yang jadikk

25 Ogos 2017

Hari ni adalah hari Jumaat. Me dah siap apply cuti awal-awal lagi. 9 hari kot ambil cuti termasukla hari Jumaat ni..parak la, cuti dah habis sebab ke China awal tahun baru ni. Terpaksa la unpaid leave..Macam asben pulak, gomen kan.. apa nak kisah...cuti banyak, berkepuk-kepuk..huhu..


Cameron Highlands -----> KLIA2

Kitorang bergerak sebijik kereta bersama adik dan adik ipar malam sebelum dan bermalam kat hotel dekat-dekat airport. Awal2 pagi dalam pukul 8.00, diorang hantar sampai ke KLIA2. Tenkiu sesangat naa..


Waktu flight kitorang adalah pada pukul 11.15 pagi dari KLIA2 yang akan transit di Singapore sebelum tiba di Jaipur. Sampai je di airport, kitorang terus check in memandangkan me xde buat web check in. Untuk beg pulak, kitorang cuma bawak backpack 7kg sorang je. Memang xde check in luggage.

Masa awal-awal bagitau asben haritu, dia x percaya la yang kita ni boleh bawak cuma 7kg je. Biasala kan kalau pompuan mesti banyak nak bawak barang. Last-last taraaa.. tengok! boleh je 7kg! haha.. Yela, harga check in luggage dah lah mahal, lagi satu kan ke planning nak naik motor, so xyahla berangan bawak beg berat-berat.

Oklah, ni nak cerita..sebenarnya me dah beli tiket flight Airasia ke New Delhi bertarikh 1 Sept sepatutnya. Masa beli tu ada promo uollsss.. Pergi balik baru 5 ratus lebih..

Tapi, dah last minit ni tukar plan untuk awalkan tarikh, so terpaksa beli tiket lain. Bila check,  Scoot Airline ni je yang lebih murah berbanding airline lain. Cumanya ada transit la di Singapore. Xpela, sambil menyelam minum ayaq kata org..Memang x pernah lagi ke Singapore.

KLIA2 -----> Changi Airport


dalam flight ke singapore

So dapatla merasa naik Scoot Airline. Flight ni kecik je, jenis boeing..tapi selesa la jugak. Perjalanan ke Singapore ni sekejap je lebih kurang 1 jam 15 minit.

seat die lebih kurang gini

Scoot Airline
Me awal-awal dah survey. Bagi menghabiskan masa yang terluang semasa transit di Changi Airport ni, kitorang boleh join Singapore Free Tour selama 2 jam 30 minit. Segala detail ada dalam website. Syaratnya tempoh transit kena lebih dari 5 jam. Kitorang ni transit 8 jam boleh sangatla kan.

dah nak mendarat

TIPS PENTING : Pastikan cari dulu booth Singapore Free Tour. Paling penting, jangan clear immigration dulu sebab pernah terbaca, kalau dah lalu immigration, dah x boleh join free tour ni. So be alert korang naa..:)

So lebih kurang pukul 1.00 petang, flight selamat mendarat di Changi airport. Kitorang terus menuju ke dalam dan mencari booth yang terpampang perkataan "Free Singapore Tour".

Jumpa je kitorang terus daftar nama untuk tour pada pukul 2.30pm. Memang dah target waktu ni pun. Tour ni kita boleh pilih ikut timing yang sesuai dengan waktu transit. Kalau x silap ada 4 kali tour dalam sehari. Pendaftaran akan tutup sejam sebelum waktu tour. Guide kat kaunter tu akan beri kita form untuk diisi.

Kelam kabut jugak masa ni sebab registration untuk 2.30 ptg akan tutup pukul 1.30 ptg nanti. Kitorang ada masa dalam 15 minit je lagi.

kena daftar kat sini

Sebelum submit form di booth tu, make sure kita dah simpan beg-beg segala yang ada di Left Luggage Counter yang terletak di level yang sama. Nanti guide tu akan tunjuk. Kitorang kena bayar usd 8.4 untuk 2 backpack 7kg. Settle dah pasal form.

Lepas tu ada seorang tour guide ni yang akan bawak kita dalam group dan bergerak menuju ke bahagian clear immigration. Kitorang jugak diberi sticker bernombor. Lekat je la pun kat mana-mana asalkan tour guide tu boleh nampak yang kita ni dalam group dia.

In group bergerak keluar menuju ke bas

Keluar je dari pintu airport, dah ada standby sebiji bas Free Singapore Tour. Kitorang pun naik dan mengambil tempat di bahagian belakang sekali.

Semasa free tour ni, kitorang dibawa melawat sekitar Singapore. Sepanjang lawatan, akan diberi masa lebih kurang setengah jam untuk berhenti di 2 tempat sepanjang 2 jam setengah tour ni.

singapore trolley

view dari airport ke bandar
Singapore Flyer
peranakan museum

Changi Airport -----> Merlion Park

Mula-mula bas singgah kat Merlion Park. Tapi kitorang x pergi sampai kepala singa tu pun. Panas gila masa ni.. Matahari terik atas kepala. Panas-panas gini mula la perasaan malas tu datang.. haha

jom jalan


tengok dari jauh

view sekitar


ape ke nama bangunan ni

Masa singgah yang setengah jam kat area kepala singa ni, kejap je pun. Kitorang pun x larat dah sebab cuaca terlampau panas. Panas lit lit kata orang. Melengais satu badan. Cepat-cepat mencari bas semula sebab nak kan aircond.

tu ha bus singapore tour
Lepas tu bas meneruskan lagi perjalanan. X lama tu kitorang diturunkan kat satu tempat lagi yang dipanggil Kampung Glam. Sebenarnya nak mencari murtabak Singapore, tapi dan dan la xjumpa pulak..

Merlion Park -----> Kampong Glam

So kitorang decide untuk makan tengah hari di kedai makan berdekatan Masjid Sultan. Makan tengahari untuk 2 orang je berharga RM 30.. hohoho.. Mahal kauu.. Betullah kata orang serba serbi mahal di Singapore ni.. huhuhu.. Patutla ramai orang Malaysia pi cari kerja kat Singapore ni.

area Masjid Sultan
Kitorang xde beli apa pun. Cuci mata je. Lagipun kitorang cuma tukar sikit je duit Singapore dollar. Pung pang pung pang, pusing sana pusing sini, dah pun 2 jam lebih. Bas pun bergerak semula ke airport Changi. Cukupla kan. At least x bosan sangat melangut je kat airport tu. Lagipun free.. muahahaha..

Kampong Glam -----> Changi Airport

Sebelum mengambil semula backpack, kitorang solat dulu di surau yang disediakan. Memandangkan flight pada waktu malam, so settle sekali solat jamak untuk Maghrib dan Isyak. Lepas tu kitorang ke 7e membeli roti dan singgah makan nasi lemak di salah satu kedai makan dalam airport ni. Kenyang perut suka hati.. haha..

nasi lemak ayam fillet
nasi lemak ayam goreng

Lepas dah settle check in, kitorang pun berjalan menuju ke Gate E1. Flight ke Jaipur ni pun sama je guna jenis Scoot Airlines, cumanya flight nombor lain. Kat Gate E1 ni, kitorang je muka melayu. Lain semua India..

view sekeliling
besar gak airport Changi ni

hahaha.. kitorang pulak jadi segan nak beratur sekali.. 

Flight berlepas pada pukul 9.30 malam dari Changi Airport. Terlewat hampir setengah jam dari jadual asal.

Changi Airport -----> Jaipur Int Airport

Perjalanan ke Jaipur memakan masa selama lebih kurang 6jam dan flight selamat mendarat di Jaipur International Airport pada pukul 11.50 malam.

Me x book pun mana-mana hotel kat Jaipur ni..Lagipun nak tidur sekejap sangat sebabnya esok awal2 pagi dah nak check out. Mana la tau kan kot dapat separuh rege ke..Cuma dah target la hotel sekian sekian yang dekat dengan railway stn, tinggal nak walk in je la. So keluar je dari pintu airport, kitorang terus mencari kelibat tuktuk atau dikenali sebagai auto rickshaw.

TIPS PENTING : survey dulu harga public transport ni, sebab diorang akan letak harga tinggi dulu. Pandai2la lepas tu bargain harga. Bargain tu biar berpatutan la, jangan la sampai 10 rupees ko mintak untuk setengah jam perjalanan.. haha

First time sampai India, tengah malam pulak tu. Cuak jugak kitorang. Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan. Dapat jugak tahan tuktuk. Harga dia caj mula-mula tu Rs 250. Last-last bargain dapat Rs 150 untuk ke hotel. Me pun dah survey anggaran harga tuktuk dari airport ke bandar Jaipur..

Jaipur Int Airport -----> Hotel Holiday Home

Perjalanan mengambil masa lebih kurang setengah jam. So sampai je di hotel yang dah di 'aim', masa ni dah pukul 2.00 pagi, staff pun tengah tidur kat sofa lobi. Kitorang ketuk la pintu dan try tanya bilik. Rupanya dah penuh. Nasib baik ada banyak hotel lain kawasan tu.

Star Palace Hotel

Ada 1 hotel ni namanya Star Palace Hotel. Berdepan je dengan hotel tadi. 1 bilik berharga Rs1000. Mintak kurang x baginya..Kitorang ambik je sebab dah lewat malam, penat pulak..Okla jugak biliknya..

gambar bilik dari website hotel, tapi yang sebenar x la se "proper" ini.. haha

Time to sleep..

Maka tamatlah kisah hari pertama perjalanan. Pagi tadi ada di KL, tengah hari di Singapore sehinggalah pagi-pagi buta ni dah ada di Jaipur. Alhamdulillah selamat menjejak kaki ke negara India buat pertama kali.

Oklah, kita bertemu di next entry untuk hari kedua.. daaa..







Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8