Wednesday, September 13, 2017

Trip Bajet Ciput ke Pulau Tioman (Day 3) + bajet

TIOMAN FAMILY TRIP


Sebenarnya baru je perasan yang trip hari ke 3 masih lagi belum dimasukkan di dalam blog. Masalahnya dah ingat2 lupa dah ni. Maklumla baru je balik dari trip India baru ni.. huhu

8 Mei sebenarnya adalah hari pemergian arwah adik tersayang. Adik bongsu kami, Nur Alia Akma dijemput Ilahi pada usia 9 tahun. Semoga adik ditempatkan di kalangan ahli syurga.

Okla, jom sambung. Untuk bajet, me tuliskan sekali kat bahagian bawah nanti.

8 Mei 2017

Hari terakhir di Pulau Tioman. Awal-awal pagi abah & adik lelaki me sempat lagi memancing di jeti. Alhamdulillah rezeki dapat seekor ikan kerapu. Abah me sempat siang dan mintak mak gorengkan siap-siap supaya x la busuk kalau bawak balik yang mentah.

dapat ikan
haha..dan lagi menggoreng

Feri kitorang dijangka tiba di jeti Kg Salang pada pukul 9.00 pagi. So pagi-pagi lagi kitorang dah bersiap dan menanti di jeti.


menuju ke jeti
kitorang pun join sekaki









Kebetulan pulak ada bot nelayan baru sampai. Kelihatan ramaila makcik-makcik tokey chalet berkerumun nak membeli ikan segar. Besar-besar jugak ikan hasil tangkapan diorang.


kitorang tengok je la.. x membeli..haha


besar-besar saiz ikan

pakcik ni tengah mengeluarkan hasil tangkapan
hah tu dia

Sambil-sambil tu masing-masing bergambar kenangan lagi di jeti sebelum meninggalkan Kg Salang.

sakan deme bergambo..hehe
jeti Kg Salang

Tak lama lepas tu, feri pun sampai. Kitorang ni masing-masing terlelap kepenatan sementara menunggu feri tiba di jeti Tg Gemok. 

Sesampai je di Tg Gemok kitorang terus menuju ke kereta yang di park di kawasan parking berhampiran jeti. Masa ni jam dah menunjukkan pukul 11.45 pagi. Alhamdulillah, kereta kitorang dalam keadaan baik. 

berjalan ke kereta
proses menyimpan beg baju kotor..hehe

Makanya bermulalah perjalanan yang jauh untuk balik ke Cameron Highlands. Sebelum tu kitorang singgah mengisi perut dulu. Kalau x silap kitorang makan gulai lemak udang galah tengah hari tu.. Kemudian perjalanan diteruskan menuju ke Rompin. Kitorang sempat singgah di pekan Muadzam sebabnya adik ipar dulu tinggal sini. Kiranya mengungkit kenangan la ni. hehe

berkonvoi dua bijik kereta

sekolah agama xsilap..kata adik ipar, baruje terbakar baru2 ni
mrsm muadzam. sekolah lama adik me, Nini

Selepas keluar dari pekan Muadzam, perjalanan diteruskan menghala ke Kuantan. Kitorang sempat menyinggah pulak di salah sebuah air terjun yang terdapat di kuantan. Kalau x silap namanya Air Terjun Pancing.

jalan masuk ke kawasan air terjun

Masa sampai ni jam dah pun menunjukkan pukul 4.30 petang. Kebetulan pulak hari ni cuti bagi semua orang Pahang. So, tempat ni dipenuhi dengan ramai keluarga yang datang mandi-manda dan berkelah.

mendaki ke kawasan air terjun
sampai dah

Kitorang cuma bentang tikar dan duduk berhampiran dengan air terjun melihat gelagat orang ramai yang datang. Adik n adik ipar je yang mandi kat kawasan air terjun ni. Memandangkan hari dah makin lewat petang, so kitorang pun berkemas dan turun semula ke kawasan parking kereta.

kawasan air terjun
ok dah jom balik

Selepas keluar dari kawasan air terjun ni, perjalanan pun diteruskan menuju ke Cameron Highlands. Kitorang sampai lewat malam di Cameron. Esoknya dah nak kerja. huhu

Bajet ( Trip Pulau Tioman)

Ni la yang ditunggu2.. hehe.. Kat sini me senaraikan serba ringkas bajet yang dikeluarkan untuk trip Pulau Tioman kitorang

Kiraan untuk 8 orang;

Minyak kereta + tol (2 biji kereta)           = RM 450
Makan                                                        = RM 400
Tiket Feri                                                   = RM 560
Cas Taman Laut                                        = RM 40
Parking 3hari (Jeti Tg Gemok 2 kereta) = RM 72
Chalet Salang Damai (2mlm + 2bilik)     = RM 480
Snorkeling (charter boat)                         = RM 900

TOTAL                                                       = RM 2902/8 orang

Total Bajet Seorang                                   = RM 363

Ha amacam ok x bajet ni. Bolehla kan.. At least jimat banyak kat makan. Sebabnya harga makanan di pulau biasanya memang mahal. So option terbaik adalah masak. Lagi satu untuk snorkeling tu, boleh dapat lagi murah kalau nak charter boat. Better cari di Kg Tekek. Cari owner yang ade boat sendiri. 
        
Oklah sekian sahaja untuk kali ni. Nanti me akan buat entry baru pulak berkenaan trip terbaru me & asben ke India. 

Till we meet again..Muaah.. 

Assalamualaikum..



















































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8