Thursday, April 19, 2018

Trip ke Kolkata,Darjeeling&Sikkim INDIA(2018)-D10

HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA


22 January 2018


Patutnya harini kitorang dah sampai di Malaysia. Tapi flight cancel, dapatla jalan-jalan lagi di Kolkata. huhu

Seawal 9.00 pagi, kitorang turun ke restoran hotel untuk breakfast. Banyak jugak menu yang disediakan. Selepas makan, kitorang decide nak keluar berjalan-jalan di kawasan sekitar.

ha..meriah x? lapar punya pasal..haha
view luar hotel
teksi kuning
jalan raya yang sesak
bingit dengan bunyi hon
teksi kuning lagi
uncle jual buah-buahan
uncle jual jambu
Tengah dok leka amek gambar, ada sorang lelaki bagi salam. Kitorang pun menjawab salam. Seronok dia bila tau kita muslim. Sampai ajak suruh datang ke rumah. Kitorang ni seganla, x kenal pastu nak ke rumah pulak. Kitorang akhirnya setuju sebab dah beria dia mengajak. Lagipun x kejar masa pun, x de ke mana.

Dalam perjalanan ke rumah, dia tunjukla sebuah masjid yang berwarna hijau. Cantik senibina masjid ni.

awek2 Kolkata
sayur-sayuran
pintu gerbang
lawa masjid ni
berwarna hijau
Masjid Mondal Ghanti

X jauh dari masjid tadi, dah masuk ke simpang rumah dia. Rumah 4 tingkat yang sedang dalam pembinaan, x berapa besar tapi selesa didiami bersama isteri dia, 2 orang anak dan ibu. Kitorang dihidangkan dengan chai dan biskut.

Dari tingkat atas rumahnya, boleh nampak pemandangan Kolkata. Sempat jugak berkenalan dengan  mak dia yang sangat ramah. Nama brother ni Muhiyyiddin.

pemandangan dari roof top
mak cik yang sangat peramah walaupun kitorang bercakap style itik dan ayam
lagi view dari atas bangunan
asben tengah save no contact
rumah di antara kepadatan rumah lain
ruang dapur
bergambar dengan isteri dan anak dia yang kecik

Hampir setengah jam jugakla kitorang kat sini. Kagum dengan sikap Muhiyyiddin ni. Dari cara bersembang pun dah tau yang keluarga ni sangat baik hati. Bukan sesaje puji nih.. X lama tu kitorang pun mengundur diri. Diorang siap ajak makan lagi, tapi kitorang menolak dengan baik.

Terfikir jugak, mungkin ada hikmahnya flight kitorang cancel, sebab dapat jumpa keluarga ni. Lepas mengundur diri, kitorang pun turun dari rumah dan berjalan kaki balik ke hotel semula. 

kedai makan
buah-buahan
cantik bangunan ni, ciri-ciri islamik

Lebih kurang pukul 1.00 tengah hari, pihak hotel call bilik bagitau lunch dah ready. Kitorang pun turun untuk makan tengahari.

Bismillah


Lepas makan, kitorang keluar lagi berjalan-jalan di kawasan sekitar sehingga pukul 5.00 petang. Saje menghabiskan masa. Dah x tau nak kemana. Flight malam ni pada pukul 11.40 malam. Kitorang decide gerak ke airport dalam pukul 8.00 malam sebab x jauh.

jom balik
sampai di airport Kolkata

Alhamdulillah, kali ni flight x de delay. Kitorang selamat sampai di Senai Airport pada pukul 6.30 pagi keesokan hari. Dari Senai, kitorang naik bas ke Jb Sentral. Pastu terus balik ke Cameron dengan menaiki ETS, sama macam perjalanan pergi.

selamat sampai negara sendiri
naik bas ke JB Sentral
Dalam ETS 
beli popia dalam ETS, tapi panas kat microwave, lembikk..

Sampai di KTM Tapah, kitorang turun. Mak & abah dah menunggu, dan la singgah masjid & singgah makan sebelum gerak naik ke Cameron.

Layan nasi goreng kampung sambal belacan di Tapah.. haha

Berakhirlah trip kali ke 2 ke India. Best ke x? Mestilah best. Kalau ada rezeki memang nak ke India lagi, cover part lain pulak. Tapi kalau boleh memang nak ke Ladakh lagi. InsyaAllah.

Nanti me share total budget untuk trip kali ni. Sehingga berjumpa lagi.. Next? Ke mana.. Tungguuuu

Daa... Assalamualaikum

























































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8