Thursday, April 19, 2018

Trip ke Kolkata,Darjeeling&Sikkim INDIA(2018)-D8

HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA

20 Januari 2018

So hari ni kitorang dah nak check out. Untuk breakfast, kitorang cuma makan bubur nasi dan biskut dengan air milo. Sambil tu, bersiap dan packing beg untuk check out.

Sebelum tu, kitorang ke lobi resort dulu untuk berjumpa dengan uncle yang jaga resort ni. Kitorang kena bayar Rs3718 bersamaan RM221.00. Harga bilik termasuk service charge ke hape lagi ntah. Haaa... Berbaloi ke dak? Hmm.. bagi kitorang bolehla kalau takat nak merasa stay kat ladang teh.

Tapi..  me boleh bagi 1/5 je la untuk resort ni. Mungkin segalanya mahal kot. huhu.. Biasalah kita ni backpackers je. Mula dari transport nak ke resort, bilik, makan, sampai la transport nak balik. Ikutkan  kalau xde promo harga boleh jejak RM1000 jugakla 1 malam. huhu

Untuk suasana yang sunyi dan tenang ni okla, tapi view hmmm.. x berapa lah jugak, cantik dekat Cameron lagi ladang teh nya. Mungkin musim x kena la kot. Xpelah, rezeki diorang.. huhu

hokey bai 

Settle urusan, kitorang pun check out dengan berjalan kaki menongkak bukit. Masa ni pukul 9.00 pagi. Kitorang cadang nak tumpang orang je on the way keluar nanti. Sambil tu singgah la bergambar dulu di sepanjang jalan.

* Ha... gambar-gambar masa ni pun habis terdelete sekali. Tengah try macam mana nak recover balik gambar-gambar dah terdelete tu. Dapat nanti, me upload balik gambar. La ni layan cerita je la panjang lebar..haha

laluan keluar dari resort, xpastila sampai mana kitorang berjalan
So, nak keluar ni jauh jugakla kitorang berjalan. Menongkak bukit. Ada dekat sejam gakla baru dapat tahan sebijik kete nak keluar ke pekan. Sebelum tu, xde pun kereta yang lalu. Alhamdulillah sampai di pekan Darjeeling. Diorang turunkan kitorang di stesen taxi tanpa mengambil bayaran. Dah jimat Rs1000. Alhamdulillah

Kitorang terus berjalan menuju ke hotel yang sama iaitu Centre point Hotel. Simpan beg je dulu sebab x boleh nak check in lagi. Kitorang keluar balik untuk ke stesen keretapi. Book tiket toy train return ke Ghum dengan harga Rs1460 untuk 2 orang pada pukul 12.45 tengah hari.

So masa ni baru pukul 11.00 pagi. Ada 1 jam lebih lagi. Kitorang merayau dulu kat sekitar train station.

kepala train enjin stim
bakar bahan api
ni ketapi enjin diesel

Oklah, ni me nak share sikit info pasal toy train ni. Darjeeling Himalayan Railway ni perjalanan dia bermula dari New Jalpaiguri stn ( yang sebelum ni me pernah cerita tu) dan berakhir di Darjeeling stn. Kalau perjalanan direct memakan masa lebih kurang 7 jam bagi perjalanan sehala sejauh 88km.

ni map yang kitorang tangkap kelmarin
Selalunya waktu train sehari ada sekali je, iaitu dalam pukul 8.00-8.30 pagi dari Darjeeling / New Jalpaiguri dan tiba ke destinasi dalam pukul 3.00-3.30 petang. Tiket sehala hampir2 Rm 100 jugakla.
Pada 2 hb 12 tahun 1999, UNESCO telah mengiktiraf Darjeeling Himalayan railway ni sebagai Tapak warisan Dunia. Haaa... hebat kan..

New jalpaiguri -----> Darjeeling stn

Dalam laluan ni adeje station-station persinggahan. Untuk train harian, selalunya dibuka laluan dari Darjeeling ke Ghum, pergi balik macam yang kitorang dah book tadi. Ada dua jenis toy train, 1 yang antik, menggunakan enjin stim dan 1 lagi yang biasa guna enjin diesel. Dah tentulah yang guna enjin stim lebih mahal tiketnya.

Oklah, jom merasa naik toy train. Tapi mampu naik yang enjin diesel je.. huhu

darjeeling -----> Batasia Loop -----> Ghum


kat dalam train dah
sebelum gerak
bergurau senda dengan budak tecik ni

Kepala train ni membawa 2 coach/ gerabak. Kitorang di gerabak pertama. Mula-mula dah duduk di gerabak belakang, sebab lawa sikit nak amek gambar last-last ada staff check tiket, kena la pindah gerabak. huhuhu.

pekan darjeeling
rakyat Darjeeling yang dah lali dengan ketapi.. hehe

Perjalanan ke Ghum ni memakan masa sejam dan di pertengahan nanti train akan singgah selama 10 minit  di Batasia Loop. Apa yang ada di Batasia Loop ni? Nanti kita tengok..

Batasia Loop

Batasia Loop ni merupakan satu kawasan di mana train akan melalui trek dalam bulatan yang di dikelilingi taman bunga. Di tengah-tengah nya ada War memorial bagi memperingati tentera Gorkha yang mengorbankan nyawa dalam pelbagai peperangan selepas kemerdekaan India.

Dari sini, kalau cuaca cantik memang boleh nampak Mt Kanchenjunga. Tapi masa kitorang datang ni cuaca x ok sangat. Awan mendung, memang x nampak pun pergunungan. Pokok-pokok bunga pun togel masa ni. X kena musim..huhu..

pokok x berdaun
sana sini ada orang
tugu peringatan
memang x dapat la nak amek gambar train saje.orang ramai

ha gambar google. lawo time ni
darjeeling nun di sana

Setelah dekat 10 minit kat sini, train pun meneruskan perjalanan ke Ghum. X jauh dah dari Batasia Loop ni. 

peniaga menjual sipi-sipi je dengan train
sampai di stn Ghum
stop dulu kat sini

Di Ghum, train akan berhenti selama lebih kurang 30 minit. So bolehla berjalan-jalan dulu. Ghum adalah stesen yang beraltitud tertinggi di landasan Darjeeling Himalayan Rail ni. Ketinggian Ghum adalah 2225.7 meter (7407 kaki)

Kat sini terletak nya sebuah museum yang menempatkan enjin toy train tertua iaitu The baby Sivok. Bayaran tiket masuk museum ni dah termasuk sekali dalam harga tiket toy train.

Ghum Museum
jom ler masuk
lalu jejantas
view dari atas
kat dalam museum

Museum ni x la besar, tapi setiap dinding ada la jugak gambar-gambar dan info berkaitan dengan toy train. Bolehla luangkan masa dalam 5-10 minit kat sini.

replika toy train
ha...view camni la baru lawooo

X lama tu kitorang pun turun semula ke landasan keretapi. Sejuk jugak suhu masa ni. Selepas puas bergambar, kitorang menunggu di kerusi yang disediakan di landasan. Masa ni diorang tengah tukar kepala train, sebab nak berpatah balik ke Darjeeling.

ni lah baby Sivok, train tertua yang dibina pada tahun 1881
menunggu train
ada yang tengah berniaga ikan
mai mai beli
rel ketapi
terhibur tengok keletah budak ni

X lama tu, train pun dah nak gerak. Kitorang naik semula dan mengambil tempat duduk yang sama. Kali ni kitorang di gerabak belakang sekali sebab kepala train dah bertukar tempat.

kedai-kedai yang sangat dekat dengan landasan
rasa macam nak tarik je kepok-kepok tu sebab dekat sangat.. haha
bersebelahan laluan kereta
Perjalanan balik ni pun memakan masa sejam melalui balik jalan yang sama. Ada trek keretapi ni yang kena pintas jalanraya. So kereta kena berhenti untuk bagi laluan train untuk lalu. Ada sekali tu depan mata nampak kereta eksiden, langgar bontot kete depan sebab kelam kabut nak lalu. Train pun terpaksa berhenti kejap. huhu


kena cross jalanraya
jalan ni luas sikit
laluan atas
uih macam sipi je
ha.. berdentum dah yang belakang tu

Lebih kurang pukul 2.30 petang, kitorang tiba semula di Darjeeling stn. Disebabkan agak kepenatan, kitorang decide untuk balik ke hotel dulu untuk berehat, mandi dan solat. Otw ni singgah beli teh Darjeeling. Saje la nak test, beli untuk diri sendiri je. Harga berbeza mengikut gred dan kualiti.

kedai jual teh
yang dah pack tu kitorang punya

tilam pun sejuk sebab bilik xde pemanas..huhu

Lebih kurang pukul 5.00 petang, kitorang bersiap untuk keluar berjalan-jalan lagi di sekitar Darjeeling. Esok dah nak balik dah, so pulun habis-habis malam ni. Bukan senang nak travel ke sini lagi kan.

kedai jual daging ayam ke tu
kedai manisan agaknya

Hari dah start nak gelap dan suhu pun makin sejuk bila dah nak ke malam. Kitorang layan lagi tengok peniaga-peniaga street food. Kena pulak haba dapur, selesa rasa sejuk-sejuk ni.

maruku kot ni
kedai barangan harian

street food
makanan lagi

Bila banyak sangat tengok makanan ni mulalah perut rasa lapar. Suhu pulak bukan main sejuk. Lagipun kitorang belum lagi makan berat harini. Sekadar jamah buah-buahan dan kek. So kitorang decide nak pergi makan di kedai roti parata sedap berdekatan masjid hari tu.

otw ke kedai makan
sedap woo sejuk2 berunggun api macam ni
sampai dah masjid

Ikutkan perjalanan ke kedai makan ni x jauh sangat, cuma semput ler kena banyak mendaki sebab terletak di atas bukit. Sampai je, kitorang terus order 2 keping sorang parata. Serius memang sedap roti parata dia.

tengah menanti roti parata sampai ke meja
Bismillah

Selesai makan dan membuat bayaran, kitorang pun berjalan turun semula ke tempat makanan street food tadi. Layan lagi tengok gelagat tukang masak dan pembeli. 

macam cekodok kan
kuah dal mungkin

Lebih kurang pukul 7.00 malam, kitorang pun berjalan kaki balik semula ke hotel. On the way ni singgah di kedai untuk beli mineral water. Disebabkan esok dah nak balik, so kitorang siap-siap packing bag sebelum tidur.

Jom kita ke next entry.. daaa











































































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8