Thursday, April 5, 2018

Trip ke Kolkata,Darjeeling&Sikkim INDIA(2018)-D6

HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA

18 Januari 2018

Hari ni merupakan hari last kitorang berada di Gangtok, Sikkim. Sama macam sebelum ni, pagi-pagi lepas subuh kitorang melepak tengok sunrise dulu di balcony hotel. 

Lepastu dalam pukul 8.00 pagi, kitorang ke restoran hotel untuk breakfast. Order menu sama macam sebelum ni, roti bakar, omelette dan air hot chocolate. Cuma kat omelette tu die tambah sayur. Sebelum ni kosong.

Sama jugak seperti sebelum ni. Xde orang lain selain kitorang yang makan breakfast kat restoran hotel ni. Salah satu sebabnya mungkin sekarang tengah low season, so kurang pelancong yang menginap.

menu pagi
Kitorang ingat nak check out tengah hari nanti. So lepas breakfast, kitorang decide untuk keluar berjalan-jalan di sekitar Gangtok. Banyak tempat yang kitorang x pergi lagi sekitar Gangtok ni.

Dalam pukul 9.00 pagi, kitorang pun keluar berjalan kaki menuju ke MG Marg. Melawat buat kali terakhir sebelum ke Darjeeling. Masa ni belum check out lagi. Beg masih ditinggalkan di dalam bilik hotel.

MG Marg
Semalam dah survey pasal Gangtok Ropeway. Bolehlah try naik. Kitorang pun tanya-tanya orang sekeliling arah nak ke ropeway. Jauh jugak kalau jalan kaki. Xpela kita exercise kasi buang lemak-lemak degil sikit.. 

mencari ropeway
signboard tepi jalan
jumpa dah signboard tulis ropeway

Jalan punya jalan, mendaki bukit bagai sampaila kitorang di 1 bangunan, kat luar ada 1 papan tanda bertulis Gangtok Ropeway. Tapi.... ermmm... Awat xde orang? Pintu pagar luar pun berkunci. Ke kitorang salah tempat. Ke sebab low season dia tutup?

X jadi la nampaknya nak naik ropeway. Mungkin kitorang salah tempat kot. Sebab baca info dalam internet, ada beberapa station. Tapi memang x nampak ada cable car lalu atas kitorang. Sudahnya turun balik menghala ke MG Marg.

Gangtok Ropeway
jumpa vespa di MG Marg
lalu MG Marg balik
beli keropok Lays
berat tu
duduk sambil perati gelagat orang lalu lalang

Lebih kurang pukul 10.00 pagi, kitorang pun meninggalkan MG Marg dan balik semula ke hotel. Selepas siap packing, dalam pukul 11.45 pagi, kitorang pun check out.

balcony tempat selalu kitorang lepak
jom check out. lobby kat tingkat atas
Bye bye Hotel Sonam Delek. Puas hati gak lepak hotel ni. Paling best lepak kat balcony dia sambil tengok pemandangan pergunungan. So pada sape-sape yang plan nak ke Gangtok, boleh try hotel ni wokeh!

Dengan menggalas backpack 1 sorang, kitorang pun keluar dari hotel. Mintak tolong staf hotel tahankan taxi untuk ke tempat sharing jeep yang masa mula-mula kitorang sampai Gangtok hari tu.

Hotel Sonam Delek -----> Sharing Jeep stn

dalam taxi ke tempat sharing jeep

Sampai je di tempat sharing jeep, asben terus ke kaunter untuk beli seat ke Darjeeling. Sorang kena bayar Rs 250 untuk ke Darjeeling.

Sebenarnya bolehje kalau nak selesa sikit, beli je 2 seat untuk sorang. Tapi kitorang ok je, berhimpit sikit asalkan sampai ke tempat dituju. Tu pun nasib baik yang naik dengan kitorang ni kurus-kurus sikit.

harga transport untuk outside Sikkim. Ikutkan harga ke Darjeeling Rs200 sorang
kaunter
Dah nama pun sharing kan, so kena la tunggu penuh, baru gerak. Siap-siap letak beg kat compartment atas jeep dulu. Tu pentingnye beg kena cover dengan plastik cover tu, kalau hujan x la basah beg. Beli je, murah dekat lazada ade jual.

Lebih kurang pukul 12.10 tengah hari, baru la driver gerak menuju ke Darjeeling. Penuh dah seat masa ni. Oh ye, nama tempat amek sharing taxi ni adalah Mainline Deorali Taxi Stand, Gangtok, Sikkim. Ni pun tau lepas cek balik dalam google map.

Gangtok ----->Darjeeling

ni lah jeep nya
tengah menunggu seat penuh
receipt
dah penuh jom gerak

Sebelum tu, kitorang kena singgah dulu di Rangpo. Haritu masa buat permit, officer tu dah pesan suh lapor diri balik masa nak keluar dari Sikkim. So kitorang dah remind siap-siap pada driver suruh singgah di Rangpo.

Gangtok -----> Rangpo
Kitorang tiba di Rangpo pada pukul 1.20 petang. Tu pun driver berhenti kat stesen minyak berhampiran dan suruh kitorang jalan kaki ke office tu. Nama sebenar office ni adalah Foreigner Reporting Office. Cari je signboard depan kaler biru.

jalan kaki ke check post, depan tu masuk kanan
belum sampai lagi. nun kat depan tu
ha ni tempatnya. Reporting office untuk foreigner

Masa sampai opis ni, kita cuma perlu maklumkan nama je pada officer tu. Pastu diorang akan thick pada nama kita yang dah ditulis masa datang haritu menandakan kita dah nak keluar Sikkim. Selesai urusan, kitorang pun turun semula ke bawah. Nasib baik jeep tadi dah siap tunggu.

So, perjalanan pun diteruskan menuju ke Darjeeling. Sepanjang perjalanan, banyak gak tempuh laluan kiri kanan yang pemandangannya ladang teh. Kitorang singgah di Lopchu pada pukul 2.30 petang. Ada kedai makan di sebelah kiri dan kanan jalan.

Rangpo -----> Lopchu


singgah jap
ada kedai di kiri kanan jalan
Lopchu

Kitorang pun masuk ke salah sebuah kedai makan dan order la magee dan chai. Ada 1 family yang naik sekali dengan kitorang tadi duduk di meja depan kitorang. Diorang order momo, makanan yang femes kat Sikkim ni. Nampak cam sedap, tapi x berani nak try. Pernah jugak rasa dulu masa kat Ladakh.

kitorang makan di kedai sebelah kanan tu
order magee je sudoh
ni lah momo

Dalam pada kitorang singgah makan tu, sempat lagi driver hantar jeep untuk cuci. Lepas makan, ada la dalam 15 minit kena tunggu jeep siap dicuci. 

sempat cuci jeep

Perjalanan diteruskan lagi sehinggalah kitorang sampai Darjeeling pada pukul 3.30 petang. Sepanjang perjalanan tadi, banyak jugak perjalanan mendaki bukit. Setibanya di  Darjeeling, kitorang mintak diturunkan di Darjeeling Railway stn. 

Lopchu -----> Darjeeling
Hotel memang xde book lagi. Memang plan nak cari yang dekat-dekat train stn je. Kebetulan ramai jugakla agen-agen kat kawasan ni yang datang offer tawaran bilik dan pakej-pakej area Darjeeling. 

Kitorang tanya sorang lelaki ni yang tengah sibuk cari customer, so dia bawakkan ke 1 hotel ni, Hotel Centre Point. Dalam 3 minit jalan kaki dari train stn tadi.

hotel terletak kat kawasan ni
Kitorang tanya kaunter, harga bilik untuk 1 malam adalah Rs1100. On je lah! Malas nak cari hotel lain. Boleh tahan sejuknya kat Darjeeling ni. Selepas solat, kitorang pun keluar meninjau persekitaran Darjeeling ni.

jom jalan
Jalan punya jalan sampai la 1 kawasan ni, ramai gak orang. Pekan kecil yang ada banyak jual street food, kedai jual biskut & roti dan juga kedai-kedai makan. Kitorang ni layan la tengok peniaga-peniaga street food ni memasak. Simple dan kecik je stall dia. Tapi berkerumun orang datang membeli.

kedai jual biskut, roti dan kek
ni jual pokok bunga ke sayur..hehe
ramai gak orang
penuh orang memborong baju kat sana
Antara street food yang dijual adalah chowmein (mee goreng), telur rebus bercili (xpasti nama menu), burger.. ha.. karipap pun ada tau. Ingat Malaysia je ke ade..hehe

tengah masak burger
menu ni banyak jual, chowmein atau mee goreng
ha...karipap! hehe.. xtaula inti macam mana
ni pun jual burger
yang ni? paratha gulung kot..
kedai lain pun menu lebih kurang sama
ni pun menu sama..tapi warna & rasa tu la kot berbeza
ha ni telur rebus bercili

Lama jugak kitorang merayap kat kawasan ni, layan pulak tengok diorang masak. Terliur pun ada, tapi x berani la nak try. Kang xpasal sakit perut makan street food. haha. Ingredient dia pun kita x tau..halal ke x..Better berhati-hati kan.

Tapi memang ramai orang yang berkerumun kat area street food ni. Happening jugakla. Style diorang, order, dapat makanan berasap-asap, makan terus sambil berdiri. Kitorang ni mampu tengok 1 sama lain je.. haha

banyak kedai dah tutup
Kitorang teruskan lagi berjalan, sampai kat 1 deretan kedai. Ikutkan ada banyak kedai kat deretan ni. Tapi banyak dah tutup mungkin sebab dah nak malam. X pe, sok kita jalan lagi. Malam ni survey dulu mana yang ada.

kedai roti lagi
Kitorang cuma singgah kedai buah dan beli limau dan epal sebijik sorang. Lepas tu singgah pulak kedai roti beli kek buah. Jadilah untuk alas perut. Nasik masih belum dijumpai.

kedai buah-buahan
jumpa lagi stall macam ni

Dari tadi cerah lagi sampai dah gelap kitorang masih lagi kat kawasan ni. Jalan je jumpa lagi stall yang menjual street food. Lapar jugak, dari tadi asyik tengok makanan je. Suhu makin sejuk pulak tu.

yang ni jual ayam goreng berempah
jual karipap
karipap gajah
ramai giler orang dok borong baju sejuk
Sekali tu, ade ternampak sorang lelaki berkopiah tengah jual makanan. So asben bagi salam, dia pun jawab salam. Asben try la tanya dia kot ade kedai makan muslim kat area ni. Dia kata pergi kat masjid Anjuman Islamia, nanti jumpa 1 kedai makan muslim.

sejuk sejuk ni sedap la duk kat unggun api

Ha..ade can ni nak makan nasik. So kitorang pun try carik masjid ni. Jauh jugak berjalan, naik bukit turun bukit. Dekat 15 minit la mencari, jumpa jugak masjid nya. 

jumpa dah
Masjid Anjuman Islamia
Anjuman Islamia
besar jugak masjidnya

Berdepan je dengan masjid ni, ade 1 deretan kedai yang di antaranya ada sebuah kedai makan muslim. So kitorang pun order la nasik dengan kari ayam dan juga roti paratha. Memang sedap roti paratha kat kedai ni.

kedai makan muslim
uncle ni tengah masak paratha
yeay dapat dah

Total makan kat sini Rs90 untuk sepinggan nasi, 2 keping roti paratha dan 2 ketul kari ayam. Lebih kurang RM6. Ok sangat la  kan. Tapi air yang dihidang kitorang x minum. Sepanjang kat India kitorang banyak beli air mineral, x minum air kosong untuk mengelakkkan masalah cirit birit. Kalau air panas xpe.

Alhamdulillah dah 2 kali pergi India me & asben sihat, x terkena masalah cirit-birit ni. Kena pandai la kawal pemakanan. Jangan main redah je belasah makanan. Kita pergi nak bercuti bukan nak bercuti dalam toilet.

Alhamdulillah perut pun dah kenyang. Kitorang pun berjalan kaki semula untuk balik ke hotel. Tapi masa sampai depan hotel ni baru pukul 6.45 petang. Awal lagi. Kitorang pun berjalan straight lagi iaitu menuju ke train stn, tempat yang mula-mula sampai tadi. 

depan hotel
berjalan kaki ke train stn
stesen minyak
darjeeling railway stn
Dalam 5 minit berjalan kaki sampailah kitorang di train stn Darjeeling. Kat Darjeeling ni, terkenal dengan Toy train. Train antik dan klasik yang masih digunakan. Kitorang dah plan untuk naik toy train esok. Malam ni cuma melawat kawasan je.

fare & time table
route map
ni layout station ni
inilah toy train
Lebih kurang 15 minit kat sini, kitorang pun berjalan kaki semula balik ke hotel. Time to rest. Hotel ada sediakan wifi. Kitorang makan kek dan buah, sambil tu survey-survey hotel untuk malam esok.

Darjeeling ni selain dari Toy Train, ia dikenali juga dengan ladang teh nya. Konon nya kitorang nak stay la dekat kawasan ladang teh malam esok. Ala-ala orang ada-ada. haha

stok makanan yang baru dibeli tadi
sedap kek buah ni, try ler beli

So dapat ke kitorang ni stay di kawasan ladang teh esok?

Jom, jumpa dalam next entry! :p






































































  










































































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8