Tuesday, August 2, 2016

Trip Bajet Ciput ke Korea (Autumn 2013) - DAY 3

5 November 2013

Pagi ni kitorang akan ke War Memorial of Korea. Selepas breakfast dan siapkan bekal air, kitorang berjalan kaki menuju ke subway dalam pukul 9.00 pagi.

jumpa si comel masa otw keluar ke station. kerek giler muka.. hehe

Ni laluan kitorang untuk ke memorial tu:

Jongno3(sam)ga ----------> Seoul stn (line 1)
Seoul stn -----------------------> Samgakji stn (line 4)

Keluar je dari Samgakji station, kitorang kena berjalan kaki sikit untuk sampai di War Memorial ni.

di exit 13 Samgakji stn. ntahla kenapa gambar jadi berkabus.. setting xbetul la ni..huhu
dah sampai dah di War Memorial of Korea

Kitorang sampai di memorial ni dalam pukul 10 pagi. Besar jugak kawasan ni.  Di bahagian sebelah kanan war Memorial ni terdapat outdoor exhibition yang menempatkan beberapa jenis kapal terbang dan jet-jet pejuang. Jom layan beberapa gambar kat area War Memorial ni.

Tempat mula-mula kitorang lepak
Ada kolam pancutan di sekeliling bangunan war memrial ni

Kitorang banyak lepak kat kawasan luar war memorial ni je. Tengok pelbagai statue askar dan outdoor exhibition yang ada. Nampak macam matahari terik sangat kan?? Tapi sebenarnya sejuk. Sejuk berangin..

statue abang2 ashkar
tiru aksi..haha
ni di bahagian outdoor exhibition. banyak  kapal terbang ngan jet2 pejuang
pokok kuning-kuning pun ada.. minat sungguh ngan warna dia
nak jugak bergambar..hehe
oh! pokok kuning2 lagi..
War Memorial of Korea

Lebih kurang pukul 10.40 pagi, kitorang perlu menuju ke tempat lain pulak iaitu National Museum of Korea yang terletak berhampiran dengan War Memorial ni.

Tapi kitorang perlu menaiki subway dari Samgakji stn ke Ichon stn dulu. Kalau nak jalan kaki tu pun boleh, tapi jauh jugak. Awal pagi lagi ni, kena save tenaga. hehehe. Kitorang pun berjalan kaki semula menuju ke Samgakji stn. Perjalanan subway dari Samgakji stn ke Ichon stn hanya mengambil masa selama 4 minit menggunakan subway line 4. 

Samgakji stn ----------> Ichon Stn

Sesampai je di Ichon stn, sebelum keluar, kitorang singgah di tandas dulu papehal kan. hehe.. Tandas kat Korea ni bersih. Tapi pastikan la korang standby botol kosong untuk kegunaan nanti. Kebiasaannya x disediakan pili air untuk kegunaan dalam tandas, cuma di bahagian sinki je ada pili air.


Dari Ichon stn ni pun kena menapak dalam 10 ke 15 minit untuk sampai di National Museum of Korea. Entrance fee untuk masuk muzium ni xde, free of charge.

lepak jap bawah pokok 
ok jom ke museum
santekkk.. ada bunga-bungaan kat sini
National Museum of Korea

X lama pun kitorang dalam museum ni. Biasala kan. haha.. Lepas tu kitorang keluar dan menuju ke Ichon stn semula. Kitorang berpatah balik ke Samgakji stn (line 4) sebelum bertukar ke line 6 menuju ke Itaewon Stn.

Apa yang ada di Itaewon? Tempat untuk kitorang mencari makan tengaharila..hehe.. Di Itaewon ni boleh dikatakan menjadi port pelancong-pelancong muslim dari seluruh negara. Kalau nak tengok orang Malaysia, kat sini la tempatnya. hehe..Terdapat pelbagai jenis restoran dan kedai yang menjual makanan halal.

Dari Itaewon stn, kitorang berjalan menuju ke deretan kedai dan restoran. Tempat ni kena mendaki bukit sikit. Di bahagian atas bukit ni juga terdapat sebuah masjid yang dinamakan masjid Itaewon.

mendaki bukit
deretan kedai

Restoran Turki

Kitorang mencari sebuah restoran yang bernama Murree Korean Food. Dah sampai ke Korea ni nak jugak try makanan Korea kan. X lama berjalan, kitorang jumpa signboard restoran ni.

Masa sampai ni jam lebih kurang pukul 12.40 tengah hari. Elok sangat dah, perut pun dah berkeroncong mintak diisi . Ada seorang pelayan dalam restoran ni, kemungkinan jugak dia la bos restoran ni. 

dah sampai
jom masuk

Mula-mula tu kitorang duduk di bahagian luar je. tapi disebabkan terasa kesejukannya, kitorang masuk ke bahagian dalam. Selesa sangat sebab ada heater. Kitorang ambil masa jugakla untuk tengok menu-menu dia lepas tu baru order.. hehe

makanan tengahari kitorang
sekali side dish diberikan. Kimchi pun ada.


yg ni nasi goreng kimchi kalau x silap

Sedap jugak makanan kat sini. Paling suka ikan bilis goreng dia. Haluusss jer & garing.. hehe.. Lebih kurang pukul 2.00 petang, kitorang pun bergerak mendaki bukit sikit menuju ke masjid. Cantik senibina masjid ni.

arch untuk ke masjid
mendaki bukit sikit sebelum sampai masjid
cantik kan
Masjid Seoul

Berhampiran masjid ni turut disediakan sebuah madrasah.

madrasah
siti sarah pun bukak kedai kat sini.. hehe

Selesai solat, kitorang turun semula dan terus menuju ke Itaewon stn. Mengikut itinerary, seterusnya kitorang akan menuju ke 63 Building yang terletak di area Yeouido (Han River). Ni laluan subway untuk ke 63 Building ;

Itaewon stn ----------> Gongdeok stn (line 6)
Gongdeok stn -------> Yeouinaru stn (line 5)

itaewon -----> gongdeok ----> yeouinaru

Kitorang tiba di Yeouinaru stn pada pukul 2.50 petang. Untuk ke 63 Building kenala menapak lebih kurang 10 minit. Di sebelah kiri kitorang adalah Yeoudo Park dan Han River. Balik nanti kitorang singgah.

pemandangan sebelah kiri kitorang adalah han river 
yeoudo park
tu dia 63 Building
lintas jalan dulu

X lama tu sampaila kitorang ke bangunan 63 tingkat ni. X de apa yang menarik sangat kat building ni. Kitorang ke kaunter tiket untuk tengok apa yang menarik. Terjebak jugak beli tiket. Habis 48000 yen untuk 2 orang.. 

kat dalam 63 building

Mula-mula masuk ke 63 wax museum, lepas tu masuk Sea World yang menayangkan kisah ala2 dokumentari. Dalam bahasa Korea pulak tu. Siap terlelap lagi kitorang dalam tu. haha. Rugi betul.

melangkah masuk ke dalam wax museum
tengah berucap
dapat jumpa obama kat sini
seram jugak.. macam betul je patung ni
gelap sebenarnya tempat ni. macam seram je lalu
dracula

Lebih kurang pukul 5.20 petang, kitorang keluar dari bangunan ni. Kalau boleh x nak lewat sangat, sebabnya nak singgah di Yeoudo Park pulak sebelum gelap. 

lintas jalan semula untuk ke taman yeoudo
bye 63 building! len kali xnak dtg lagi..haha..abes duit den..

Kitorang berjalan kaki semula menuju ke Yeoudo Park. Masa ni masih ramai yang buat aktiviti masing-masing antaranya berjoging dan bersiar-siar. Kitorang sampai di taman dah pukul 5.30 petang. Masa ni pun dah hampir gelap. 

Cadangnya kitorang nak naik cruise malam ni. X ingat kenapa x jadi, mungkin x beroperasi kot. X dapatla kitorang nak tengok Banpo Bridge Rainbow Fountain. Kitorang lepak-lepak je la kat taman tu.

Banpo Bridge Rainbow Fountain
yang ni live cruise rasanya. Mahal la kot
View 63 Building dari Yeoudo park

Lebih kurang pukul 6.30 petang kitorang pun meninggalkan Yeouido Park ni dan berjalan keYeouinaru stn. Kitorang akan ke Dongdaemun pulak dengan menaiki subway line 5 menuju ke Dongdaemun History & Culture Park stn. Perjalanan mengambil masa selama 20 minit.

Yeouinaru -----> Dongdaemun History & Culture Park

Apa yang menarik di Dongdaemun ni adalah terdapat sebuah senibina unik yang dinamakan Dongdaemun Design Plaza. Direka oleh arkitek Zaha Hadid kelahiran Iraq. Idola me masa belajar design dulu. huhu.. Terlalu minat dengan design-design dia yang unik. Baru je meninggal dunia bulan Mac baru ni..


Zaha Hadid 
Dongdaemun Design Plaza
Dongdaemun
ha..tu dia.. bangunan unik macam kapal angkasa tu! nanti kitoang datang melawat ye..
study itinerary eh?

Masa kitorang datang, Dongdaemun Plaza ni masih lagi dalam pembinaan, masa ni dah hampir-hampir siap jugakla. Harini kitorang just tengok dari jauh je sebab dah malam. Kitorang akan ke sini jugak pada hari sebelum ke Busan nanti. wajib pergi! hehe

gambar terkini 2016! cantiknyaaaa. nak kena pergi lagi ni. haha

Kitorang singgah kat area Dongdaemun Market. Tapi xde apa yang menarik sangat. Jalan-jalan cuci mata je.

Ada gerai-gerai baju kat sini
tapi baju fashion2 korea lerrr..
stream

on the way nak ke subway, terjumpa 1 pondok yang dalamnya ada kipas pemanas ni. 
keliling tutup dengan plastik, bahang je kat dalam.. memang best la time sejuk sejuk ni..

Disebabkan agak kepenatan, kitorang decide untuk balik ke guesthouse. Masa ni pun dah pukul 8.15 malam. So kitorang berjalan ke Dongdaemun Stn. dari Dongdaemun stn, kitorang perlu ambil subway line 1 menuju ke jongno3(sam)ga yang mengambil masa hanya 11 minit.

Dongdaemun stn -----> Jongno3(sam)ga stn

Macam biasalah, sampai je di Jongno3(sam)ga stn, kitorang keluar exit 7 dan berjalan menuju ke guesthouse. Best sangat rasa bila dapat landing dalam bilik. Seharian keluar sangatlah memenatkan.

Kitorang bersiap dan siapkan makan malam, lupa dah makan apa malam tu.. huhu. Berehat dan kumpul tenaga untuk hari esok pulak. 

Ha, masa kat sana kitorang mengalami kulit gatal2 kemerah-merahan. Ni disebabkan kulit kering akibat cuaca sejuk. Nasib baik la dah siap bawak segala cream bagai, Dapatla menampung kegatalan. haha..


Oklah..sekian untuk hari ke 3 kitorang di Seoul. Nanti me buat entry untuk hari berikutnya.. Daa...













































































































































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8