Tuesday, August 2, 2016

Trip Bajet Ciput ke Korea (Autumn 2013) - DAY 2

Bertemu lagi! Pagi yang menyegarkan di Seoul. hehe..

4 November 2013

Kitorang bangun awal hari ni. Subuh pun kat sini seawal 4.00 pagi. Kitorang akan ke Nami Island. Sebuah pulau yang sangat famous di kalangan pelancong. Tempat yang wajib kena pergi kalau datang ke Korea. hehe

Pagi ni kitorang siap-siap breakfast dengan roti dan bawak bekal untuk makan tengahari nanti di Nami Island. Kitorang cuma bawak 1 beg je untuk isi segala makanan, minuman  dan kelengkapan lain.

Lebih kurang pukul 8.30 pagi kitorang keluar dan berjalan kaki menuju ke subway Jongno3(sam)ga Stn.


cute je photo zone kat tepi jalan ni

Sampai je di train station, kitorang amek subway line 1 untuk ke Hoegi. Ok kat sini me ringkaskan perjalanan kitorang untuk ke Nami Islands ;

Jongno3(sam)ga -----> Hoegi (line 1)
Hoegi -----------------> Sangbong (line Jungang)
Sangbong ------------> Gapyeong (line gyeongchun)

Gapyeong ------------> Gapyeong wharf (taxi) lebih kurang 20 minit
Gapyeong wharf ----> Nami Island ( ferry) 10 mint

Ha gitula perjalanannya. Harga dah lupa la pulak. huhu.. Xjumpa nak print screen laluan dekat map. Tadi jumpa ITX train dalam map.  Direct dari Cyeongnyangni stn terus ke Gapyeong stn. Harga x pasti, mungkin lagi mahal kot.

Map untuk ke Nami island

Kitorang sampai di jeti Gapyeong lebih kurang pukul 11.00 pagi. Terus beratur untuk beli entry visa yang berharga 8000 won seorang untuk one round trip. Ramai jugak orang masa ni. 

Lebih kurang 2 jam la jugak masa diambil untuk perjalanan dari guesthouse ke jeti ni. Belum sampai ke Nami Islands lagi.

cantikkan daun pokok kaler kuning tu
Deretan bas pelancong
terus ke kaunter tiket untuk beli entry visa
Laluan ke jetty

Lepas dah beli tiket, kitorang beratur untuk menaiki feri. Ramai sangat orang masa ni. Disebabkan terlalu ramai, 2 ke 3 kali jugak feri berlalu pergi sebab dah penuh. Kena tunggu lagi trip feri lain. Lebih kurang pukul 11.35 pagi baru dapat naik feri. Kitorang terus naik ke bahagian atas. Sejuk sangat suhu masa ni.

Ni masa kat atas feri dah. Ada bendera Malaysia kat situ
tempat kitorang beratur tadi. Tiang tinggi tu sebenarnya adalah Namiseom Zip wire
Ni ha me siap zoom gambar atas tu betapa ramainya orang beratur lepas feri kitorang gerak. Xsurut-surut.. huhu

Selain dari menaiki feri untuk ke Nami Island, terdapat 1 lagi fasiliti yang disediakan iaitu Namiseom Zip Wire. Dengan menggunakan zipline, boleh terus sampai ke Nami Island dengan lebih cepat. Tapi macam gayatje dan x mampu...haha. Harga pun mahal sangat dari menaiki feri.

Ni ha contoh gambar dari internet
pokok pokok yang bertukar warna
cantik kan?
ok nak sampai dah

Lebih kurang pukul 11.50 pagi sampaila kitorang di Nami Island. Dapat jugak sampai kat tempat ni. Selalu tengok dalam tv atau internet je.

Ha tu dia! Berduyun-duyun orang masuk pulau
Daun pokok macam-macam kaler
Luas jugak kawasan dalam Nami Islands ni. Nasib baik ada disediakan meja & kerusi untuk rehat. Jom layan gambar pemandangan sekitar Nami Islands ni. Dengan daun pokok yang berwarna warni, teramatlah cantik!






map nami island

chantikkkk kan?
oh indahnyeeee...

winter sonata
Lebih kurang pukul 1.15 petang, kitorang berhenti untuk singgah makan dulu. Kitorang carila tempat yang sesuai untuk berkelah. View best dah tapi menu x berapa nak best. Terbayang pulak masakan mak masa tengah makan. huhuhu sedih masa ni.. haha..adoila..

kitorang makan tengahari kat sini

Lepas makan, kitorang mencari tempat solat yang disediakan untuk pengunjung Islam yang datang kat sini. Surau ni terletak kat dalam Nami Library. Di depan pintu  masuk ada tulis 'musolla'.

gambar yang me copy dari internet
Alang-alang dalam library, kitorang sempat lagi bergambar sebelum nak keluar. Kreatif jugak diorang ni. Tiang pon diorang buat daripada susunan buku-buku yang ada.

Smart rak buku dia
tiang diperbuat daripada susunan buku

Masa kitorang di library ni jam dah menunjukkan hampir pukul 2 petang. Kitorang decide untuk balik ke Seoul semula dan menuju ke tempat lain pulak. Mengikut itinerary, selepas ni kitorang akan ke Namsan Tower.

Selepas beratur tak berapa lama, feri untuk ke seberang pun tiba. Kitorang naik terus ke bahagian atas seperti masa pergi tadi. Selamat tinggal Nami Island. Sebuah pulau yang sangat cantik yang wajib pergi kalau datang ke Korea ni. 

bye bye Nami Island


Tengah beratur panjang tunggu teksi tu, me pergi ke 7e berdekatan untuk membeli susu pisang lagi. hehe. Sampai je teksi kitorang terus ke Gapyeong Stn semula. Ni me senaraikan laluan subway yang kitorang guna untuk ke Namsan Tower.

Gapyeong ---------------> Mangu ( line gyeongnchun)
Mangu-------------------> Wangsimni (jungang)
Wangsimni -------------> Dongdaemu (line 2)
Dongdaemu-------------> Myeongdong (line 4)

Kitorang sampai di Myeongdong stn pada pukul 5.10 petang. Lepas tengok map, kitorang berjalan keluar untuk menuju ke Namsan Tower. Kat sini turut disediakan cable car untuk sampai ke puncak, tapi kitorang saja gatai nak berjalan kaki je. Penat gilerrrr. Dengan tersalah jalan lagi. hahaha..

Jalan ke atas tu menongkak bukit. Kitorang start mendaki masa tu pukul 5.20 petang.

Map Myeongdong
Nun jauh kat atas tu Namsan Tower

Kitorang naik bukit ni redah je, x check betulke x laluan nya untuk ke Namsan Tower. Masa mendaki ni kitorang pelik jugak sebab ramai yang berjongging kat area ni. Makin ke atas, makin jauh pulak Namsan Tower tu dari pandangan. haha..adoila..

ramai jugak yang guna laluan ni

Hari dah semakin gelap. Sudahnya kitorang decide untuk berpatah balik dan cari laluan yang betul. Masa ni pun jam dah pukul 5.50 petang. Banyak gak buang masa kat sini hampir setengah jam. Tapi xpela, anggap je sebagai senaman. hahaha.. Tempat sejuk bolehla kan..

ni kedai makan kot

berjalan turun balik.. huhu
X lama lepas tu, kitorang jumpa tangga untuk naik ke Namsan Tower. Tinggi betul tangganya. Kenala gagahi jugak. X terpikir pulak masa tu nak guna cable car je. haha.. Tapi xpe.. jimat banyak duit. Kos seorang untuk cable car ni adalah 8500 won untuk return.

Namsan Tower cable car
tangga untuk ke tower
tinggi wehhh

Di pertengahan, kita boleh nampak pemandangan Seoul dari atas. Cantik sangat. Tapi kalau tengok kat gambar tu xla cantik mana sebab x pandai amek gambar. hehe

Seoul view
Ok sikit lagi nak sampai dah
ni dia Namsan Tower

Gambar kat area Namsan Tower ni semuanya goyang dan lighting pecah. X reti adjust punya pasal la ni. huhu.


X la lama sangat kitorang kat atas ni. Tower die pun kitorang x naik. Sekadar berjalan-jalan kat area luar. Disebabkan agak penat, kitorang decide untuk turun dengan menaiki cable car. Tiket one way untuk seorang berharga 6000 won.

Lebih kurang pukul 7.00 ptg kitorang pun naik cable car untuk turun ke bawah semula. Sesampai di bawah, kitorang berjalan kaki semula menuju ke Myeongdong Market untuk mencuci mata, melihat barangan dan makanan yang dijual.

ade orang jual aiskrim

X lama pun kitorang kat sini. Kitorang menuju ke subway semula untuk balik ke guesthouse. Masa ni jam menunjukkan hampir pukul 8 malam. Ni laluan yang kitorang ambil untuk balik ke guesthouse :

Myeongdong ----------> Chungmuro (line 4)
Chungmuro -----------> Jongno 3(sam)ga (line 1) keluar exit 7

Balik tu kitorang siapkan makan malam yang simple je. 

TIPS PENTING : Kat guesthouse ni boleh masak tapi pastikan bawak kuali atau periuk. Nasi boleh beli yang instant je. Tapi kalau ramai better bawak periuk nasi dan bawak beras sendiri.

Malam ni kitorang rehat betul sebab terlampau penat. Banyak sangat berjalan harini. huhu. Okla untuk esok me akan sambung dalam entry yang lain. 

Jumpa lagi!




















































































































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8