Wednesday, September 13, 2017

Trip Bajet Ciput ke Pulau Tioman (Day 2)


TIOMAN FAMILY TRIP




7 Mei 2017

Dah pun masuk hari ke 2 kitorang di Tioman. Aktiviti hari ni adalah sepenuh hari di laut. Kita snorkeling!

Sebelum tu maapla ye kualiti gambar x berapa ok. Kami bukan jurugambar professional. Sekian..haha..Sekadar yang mampu je ni.

Kitorang awal-awal pagi lagi dah standby goreng bihun untuk bawak bekal makan pagi. Makan tengah hari dah set, kitorang akan makan di Kg Tekek.

katanya chalet yang atas bukit tu x beroperasi

Semalam kitorang dah set dengan akak pakej snorkeling ni. Kitorang pun tunggula bot di jeti pada pukul 9.00 pagi. Masing-masing dah siap bawak peralatan snorkeling yang diberi semalam. Me ni mood nak snorkeling dah ada ni, walaupun sebenarnya x berani pun. hehe

Cuaca harini agak baik, cuma selepas kitorang jumpa dengan boatman, mood me bertukar jadi x berapa nak baik. hahaha. Korang nak tau kisah ke?

Ok, macamni la ye. Seperti yg dah me beritahu dalm entry semalam, kitorang sewa 1 bot private untuk snorkeling ni. Tiba-tiba masa nak naik bot, ade 5 orang join sekali naik bot dengan kitorang. Eh? 

4 org drpd kitorang ni dah pun naik. yang belah dalam tu org lain

Me x naik lagi bot masa ni. So me tanya la pada akak yang incharge ni, rupanya dah tersalah info antara dia dengan boatman. Boatman ingat kitorang ni harga per head, dia x tau kitorang charter bot,so dia amek lagi beberapa orang. Cuma bezanya diorang ni separuh hari je. Yang akak ni boleh selamber jer cakap, "xpelah, diorang separuh hari je.. join sekali lah eh"

Ha??? Me xkisah la kalau join pun sebenarnya. Bukan salahnye pada yang 5 orang tadi tu. Salahnya pada pengurusan. Bayar harga 1 bot kot. Lain kali set la betul-betul..Dan yang untung nye opkos la akak tu kan. Asben bagi isyarat katenye, bolehla join je. Me still lagi pertahankan hak kitorang. Macam tu baik bayar per head kan. 

Semalam kitorang deal untuk per head RM 85 untuk 5 tempat. Akak tu kate xpela, dia pulangkan RM100 balik dan share bot. What??? Patutnye per head harga untuk 8 orang adalah RM680. Patutnye dia kena bagi balik RM 220. Ni dah lain pulak harganya.. 

Senang cerita, me mintak bot lain. Puas hati..X boleh bagi muka sangat... Lagipun kita bayar mahal. Bukan nya takat puluhan ringgit. RM900 kot! Dah boleh beli tiket pi Korea untuk 2 orang.


Dah mintak bot lain, bot pulak lambat. Xpelah.. x nak rosakkan mood. Kitorang pun tunggula. Adik2 me sempat layan snorkeling tepi jeti. Berani sungguh diorang. Tup-tup pukul 10.30 pagi baru bot sampai. 

TIPS PENTING : sorry to say, me x recommend korang amek dengan akak ni. Kalau dari Salang, korang naik bot laju jap pi Kg Tekek. Mesti dapat lagi murah. Lagipun akak ni org atas orang. Tu sebab mahal. Better cari yg ade bot sendiri. Sebelum ni me ade survey dalam blog org lain. Dia dapat x sampai RM400 je untuk 1 bot. Cuma bezanya pada berapa snorkeling point korang nak pergi tu la. Kalau banyak macam kitorang ni, 7 check point, up sketla harganya.

Okla, cukup2la tu kan.. Masing-masing pun naik bot, dan kitorang terus dibawa ke check point pertama iaitu Teluk Genting @ Genting Bay. Cantik sangat tempat ni. Masing-masing dah pun turun untuk snorkeling. Me & mak yang x berapa nak berani turun.

nak sampai dah


Akhirnya berjaya gak snorkeling dengan bantuan asben, tu pun jenuhla asyik kena berkepit je sebab takut.. haha..  

jernih airnya
jernih tapi bila nampak part gelap2 tu la yg takut tu..haha

Lebih kurang setengah jam kat sini, kitorang pun naik semula ke dalam bot dan bergerak ke tempat seterusnya. Berdekatan je dengan Genting Bay tadi letaknya Malang Rock @ Batu Malang. Port ni, kadang kala kalau laut bergelora/ arus kuat, x boleh snorkeling kat sini sebab agak bahaya.

luv mak abah 

Masa kitorang datang ni, arus ok. So bolehla snorkeling kat sini. Dalam sangat kawasan ni. Siap nampak orang diving lagi kat dasar. 

baru sampai Malang Rock



So lepastu, kitorang bergerak pulak ke tempat snorkel yang ketiga iaitu Pantai Pasir Panjang @ White sandy beach. Kat sini la kitorang lepak-lepak tepi pantai sambil makan bekal bihun goreng. Licin! Sambil ditemani biawak besar kat tepi batu. Dia intai je kitorang tengah makan bihun..Hehe.. 

Pantai Pasir Panjang
birunyeeee
cantik
ni port kitorang makan
dari balik batu

Lepas dah makan tu, siap-siap lagi untuk snorkeling. Cantik kawasan pantai kat sini. Tepi2 pantai je pun dah banyak ikan. Campak je roti, lagi banyak ikan datang.

ha nampak tu banyak ikan, tepi bot je
pantai

Lebih kurang sejam kitorang kat sini, kitorang pun meneruskan lagi ke tempat snorkeling ke4 iaitu Pulau Renggis. Kat sini pun cantik jugak.

on the way.. cantik kan air laut
biru turqouise gitu

Masa ni, abg bot pusing2 lagi keliling pulau untuk cari port yang sesuai nak pariking. hehe.. Bila enjin bot dah mati, apalagi.. terjun!

Pulau renggis
snorkeling sepuas hati
bestt

Jam dah pukul 2 lebih x silap. Memandangkan perut pun dah semakin lapar, kitorang terus menaiki bot dan dibawa ke Kg Tekek. Kat sini kitorang diberi lebih kurang 1 jam untuk makan tengah hari.
Sebelum tu masing-masing ke toilet dulu.

hampir sampai di Kg Tekek

Jeti Kg Tekek

Lepas tu, kitorang pun mencari kedai makan yang terletak berdekatan dengan jeti. Kitorang makan hidang. Antara menunya adalah tomyam campur, sayur campur tumis, telur dadar dan ikan siakap masak stim halia. Tambah pulak kuih-muih sebagai pencuci mulut. Alhamdulillah.



menu

ABC 1

Lepas je makan. kitorang pun bergerak semula ke jeti tadi untuk menaiki bot. Abg bot tadi sampai tertidur tunggu kitorang. Perjalanan pun diteruskan menuju ke Marine Park.


Kat sini air laut nya x berapa clear. Keruh-keruh gitu. Pemandangan dasar masa snorkeling pun x berapa cantik sangat la. Tapi banyak ikan besar-besar kat sini


baru sampai marine park
kawasan marine park
biru
snorkeling lagi
boleh nampak ikan tapi x berapa jelas
jom gerak

X lama lepas tu, kitorang pun decide untuk ke tempat snorkeling yang paling last iaitu Shark Point. Abg bot ni bagitau, kalau ada rezeki nampak la anak shark berenang-berenang. Tapi selalunya susah jumpa katanya.

last point

Kat sini, mak me dah x nak turun dah. Takut katenye.hehe.. Disebabkan tempat last, so kitorang ambil peluang snorkeling habis-habisan kat sini. 

bot kitorang

Makanya, lebih kurang pukul 5.30 petang, kitorang pun naik semula ke atas bot dan bot pun bergerak meninggalkan tempat2 snorkeling tadi menuju ke Kg Salang. Tamatla episod snorkeling kitorang. hehe

Bot berhenti ngam-ngam je depan pantai, berdepan dengan bilik kitorang. Sambung pulak snorkeling tepi pantai kejap sebelum masuk ke bilik untuk mandi, solat dan berehat. 

Disebabkan esok dah nak balik, so petang sebelum maghrib tu kitorang berjalan-jalan ke bahagian kanan jeti meninjau chalet2 yang ada. Mak & adik me sempat beli magnet untuk bagi pada kawan-kawan.

dating ka
matahari dah nak terbenam
bergambo sat

Untuk makan malam, kitorang masak sardin je. asben pulak makan burger sebab dia bukan penggemar sardin. So seperti semalam, yang lelaki bergerak ke jeti untuk memancing, kitorang yang perempuan ni, awal lagi dah masuk tidur kepenatan.

Okla bersambung ke next entry untuk last day di Tioman.



























































































Thursday, May 18, 2017

Trip Bajet Ciput ke Pulau Tioman (Otw + Day 1)

TIOMAN FAMILY TRIP


Assalamualaikum..

Rindu nak tulis entry. Kebetulan baru-baru ni me & family ke Pulau Tioman. Layan pulau pulak kali ni. Bajet ciput katanya kan..Yang tempat luar-luar negara tu kemudian la pulak. Kumpul bajet dulu. Coming soon InsyaAllah.. :)

Setiap tahun, bila datang je bulan Mei, seronok sangatla bagi yang bekerja atau menetap di area Pahang. Selain cuti Hari Pekerja pada 1 Mei, ada pulak cuti hari Wesak iaitu pada 10 Mei. Kelebihannya pulak pada orang2 Pahang, apabila dapat lagi cuti pada 7 Mei sempena Hari Hol Pahang. Jatuh pulak tu pada hari Ahad, so dapatla cuti Isnin.

Bulan Mei juga adalah birthday asben & juga anniversary perkahwinan kitorang. Dalam sukanya bulan Mei ni juga ada terselit dukanya. Pada 8 Mei 2015, arwah adik meninggalkan kami. Al-fatihah.
2 tahun dah pemergiannya. Semoga arwah adik ditempatkan di kalangan ahli SyurgaMu Ya Allah.. Aminn

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Makanya dari bulan April lagi me & adik beradik yang lain dah plan untuk bercuti ala-ala pulau ni. Nak bawak mak abah mandi laut. So tempat yang dipilih adalah Pulau Tioman dan kitorang memilih tarikh cuti Hol Pahang ni untuk ke sana. Kiranya dalam fikiran masa ni, kitorang anggap yang Pahang je cuti kan.. So mungkinla orang kurang ke sana. Mungkin je la kan.

Jadi, me dah siap book awal2 lagi penginapan chalet di Kampung Salang dan juga book tiket feri return ke Pulau Tioman

Kitorang pergi seramai 8 orang dengan menaiki 2 buah kereta. Disebabkan nak limitkan pengambilan cuti, so kitorang berpakat untuk memulakan perjalanan pada waktu malam.

5 Mei 2017

Me & asben memulakan perjalanan dari rumah menuju ke rumah parents di stesen Mardi. Kat sana. kitorang siap-siap susun beg di bahagian belakang. Siap bawak alatan memancing lagi. Untuk makluman, kitorang ni bawak sekali alatan memasak. Dapatla jimat sikit perbelanjaan makan kat sana nanti.

abah tengah susun beg

Settle urusan, lebih kurang pukul 10.00 malam, kitorang pun gerak. Para driver dah diberitahu sebelum tu untuk tidur & berehat secukupnya sebelum perjalanan. Jauh kot perjalanan nak ke Tioman ni. Tapi sebelum tu, kitorang ke Brinchang dulu untuk mengisi minyak full tank.

CH -----> Tioman

Dari Cameron Highlands, kitorang akan melalui jalan Sg Koyan menuju ke Karak sebelum masuk ke Gambang. Kitorang akan menaiki feri di Jeti Tg Gemok, Rompin. Disebabkan hujan di pertengahan jalan, kitorang terpaksa bergerak perlahan. Xpelah, asalkan selamat tiba.

6 Mei 2017

Mardi Cameron ----> Raub

Kitorang sampai di Raub lebih kurang pukul 12.30 malam. Perjalanan diteruskan sehinggalah kitorang berhenti rehat di RNR Temerloh pada pukul 1.30 pagi. Ramai jugak orang di RNR ni.

Raub -----> RNR Temerloh

Pepagi buta ni asben boleh layan makan Patin Buah Tempoyak. Almaklumlah kat Temerloh. Ratah je pun, x makan dengan nasik. hehe..Harga patin buah ni RM 15. Boleh tahan sedap jugak.

RNR Temerloh
haha.. tengok tu tengah meratah patin buah
muka excited masing2 nak ke pulau

Kat rnr masa ni masih lagi hujan renyai. Jalan basah. Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Selepas menghilangkan penat, perjalanan diteruskan lagi dengan memasuki highway Karak menuju ke Gambang. Me macam biasalah, kalau asben drive mesti akan jadi copilot.. hehe.. Berjaga je untuk meneman asben drive.

RNR Temerloh -----> Gambang

Oh ye, me & asben 1 kereta membawa mak & abah. Sebiji lagi kereta, adik2 dan adik ipar berempat. Ngam lah kitorang berlapan. Perjalanan yang jauh macam ni, memang x boleh berhimpit dalam 1 kereta. Penat kott badan nanti. Kalau ramai better tambah bilangan kereta untuk keselesaan. 

Lebih kurang pukul 3.20 pagi, kitorang dah pun keluar tol gambang. Kadar tol dari Karak tadi ke Gambang adalah RM16.90. Jauh lagi perjalanan ni. lepas ni kena ikut jalan lama. Ikutkan bahaya jugakla sebab banyak lori-lori besar melalui jalan ni. Yang penting berhati-hati dan tawakal. InsyaAllah.

Gambang -----> Muadzam

Perjalanan diteruskan menuju ke Muadzam. Kitorang sampai Muadzam lebih kurang pukul 4.20 pagi. Singgah meregangkan badan di tepi jalan. Alhamdulillah lah, keadaan jalan agak tenang. Lori pun kurang yang lalu, so perjalanan tu smooth je.

singgah jap
rest jap

Agak2 driver' dah ok, kitorang pun bergerak semula. Dari Muadzam, dah x jauh dah nak ke Rompin ni. Kitorang sampai Rompin lebih kurang pukul 5.15 pagi. Waktu sedang elok je la ni. Memandangkan dah hampir waktu subuh, kitorang terus je mencari masjid berdekatan untuk solat. Ada yang sempat berjemaah lagi. Alhamdulillah.

Muadzam -----> Masjid Tg Gemok Rompin

Selesai solat, kitorang pun meneruskan perjalanan ke Jeti Tg Gemok yang letaknya x berapa jauh dari masjid tadi.

Masjid Tg Gemok -----> Jeti Tg Gemok

Kitorang mendapatkan tempat letak kereta yang sesuai dan berjalan masuk menuju ke kaunter. Cas parking kereta kat sini adalah RM 13 sehari. Bayaran dibuat masa balik nanti. Mungkin banyak kawasan kot, harga mungkinlah berbeza. 

kaunter tiket

Jam masa ni dah pun pukul 6.40 pagi. Me & adik me beratur untuk membuat bayaran tiket yang telah di book. Tiket return berharga RM 70 seorang. Lama jugak beratur masa ni. Lepas dah dapat tiket, kena register nama dan ambil boarding pass. Ha kau... macam naik flight x ada boarding pass? hehehe..

TIPS PENTING : Korang boleh book dulu tiket dengan menelefon jeti. Bagi nama org yang book dan bilangan orang. Kalau korang nak tau, me sebenarnya book 2 jeti, 1 kat Tg Gemok ni, 1 lagi kat Jeti Mersing. Ingatkan diorang sekadar book biasa, sekali memang diorang reserved. Tu pun sebab yang orang kaunter Jeti Mersing tu call tanya kitorang dah sampai ke belum. hihihi..

tiket dan boarding pass

Waktu feri adalah pada pukul 7.00 pagi. Tapi biasalah, confirm akan jadi lambat punya. Kitorang dapat naik feri masa ni dah pun pukul 7.10. Feri gerak dalam pukul 7.15 pagi. Boarding pass ni diorang akan collect balik masa nak masuk feri tu.

Sebelum feri berlepas, me dah siap mesej owner chalet bagitau yang kitorang dah naik feri. Alhamdulillah lah, ada 1 bilik dah tersedia. Kitorang sampai nanti dah boleh check in, Lagi 1 bilik je belum kosong lagi.

ha jom
jom naik

Yeay! Bermulalah pulau trip kita.. haha.. Selamat menggelapkan kulit anda. 

Perjalanan feri ke Tioman mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Lama jugak. So tidur-tidur ayam dulu la ye. Nak tengok pemandangan luar pun, cermin tingkap x berapa nak clear. Setelah 2 jam lebih dalam feri, kitorang pun sampai di Jeti Kg Salang pada pukul 9.30 pagi.



dapat seat dah
sebaris ada 5 kerusi
Kalau ikutkan bacaan dalam blog, selalunya feri akan singgah di kampung lain dulu. Tup2 tempat first berhenti adalah Kampung Salang. 

Terdengar kecoh-kecoh jugak dalam feri masa ni. Mana taknya, diorang dah standby letak beg paling bawah sekali. La ni nak kena tunggu orang lain ambil beg dulu baru boleh ambil beg sendiri. huhu

Nasib baik kitorang punya beg x ke bawah sangat. Setelah memastikan beg yang diambil mencukupi, kitorang pun keluar dari feri dan melepak jap kat atas jeti. Sambil tu check balik beg yang kitorang bawak.

Ohhh cantiknya Pulau Tioman. Biruuuu kehijauan je mata memandang. Segar mata tengok keindahan alam..
jernih airnya

cantikk
Memandangkan kitorang datang ni hari Sabtu, so kelihatan la pengunjung2 yang bersiap sedia nak ke tempat snorkeling. Ramai jugak orang kat jeti masa ni. 

org naik bot
berjalan ke Kg Salang

Betul2 tepi jetty
So kitorang pun berjalan kaki dari jeti menuju ke Kg Salang. Sampai je, me terus call owner chalet. Akak Ani namanya. Chalet kepunyaannya adalah Chalet Salang Damai yang terletak di sebelah kanan kalau dari jeti tadi.

Kak Ani ni bawak kitorang, dengan berjalan kaki ke chaletnya. Dalam masa tu terpikir2 macam mana la keadaan chalet nanti, ok ke x kan.. Harapannya cuma dekatla hendaknya dengan pantai.. hehe..

Setelah melalui beberapa chalet, kedai dan restoran, x sampai 10 minit macam tu, sampaila kitorang di chalet. Ngam2 je depan pantai. Chalet berwarna kuning terang. Walaupun xla berapa cantik, tapi kitorang agak berpuas hati jugakla. 

ni lah chalet Salang Damai. sorry xde gambar interior lupa nak amek

Kak Ani memberikan kitorang 1 kunci je sebabnya yang lagi 1 chalet ni, belum check out. Awal lagi pun masa  ni. Baru pukul 9.45 pagi. Dapat je kunci, kitorang pun masuk ke dalam bilik. Aircond bilik dah siap dipasang. 

Keadaan dalam bilik pun xyahla expect lebih kan. Ada 1 katil double dan katil double decker. Boleh muat 4 orang. Lebih pun boleh bagi yang nak berjimat. Bilik air dan tandas disekalikan, luas jugakla. Cuma agak x terjaga je la. 

Sebelah chalet adalah tempat bagi kaki2 diving. Di hadapan chalet, ade 1 pangkin kepunyaan kedai diving ni. Kitorang lepak bersila kat sini untuk makan. Bestje suasana, bawah rimbunan pokok, siap menghadap pantai lagi. Me recommmend kat korang chalet ni bagi yang x berapa kisah pasal tempat tidur. Sebabnya suasananya lagi penting. hahaha.. 


ada miow nak join sekali


berkelah kita

ni miow comel
abah mengambil angin laut

Disebabkan masih lagi awal, kitorang berehat dulu dalam bilik. Ada yang ke jeti survey port mancing. Nak mandi laut, panas terik lagi time2 macam ni. 

Esok kitorang dah plan untuk pergi snorkeling. So, kitorang pun berjalan-jalan di sekitar chalet mencari pakej2 snorkeling yang disediakan. Kitorang ambil pakej chater boat RM900 untuk 1 day, ke 7 tempat. Bagi me mahal, RM 112.50 seorang. Kalau ke Kg Tekek mungkin boleh dapat lebih murah dari ni. Settle ambil alatan snorkeling, kitorang pun balik semula ke bilik.

Lebih kurang pukul 12.30 tengah hari, bilik sebelah kitorang ni dah pun kosong. So dapatla check in dah. Yang lelaki akan tidur kat bilik sebelah. Asben & adik ipar merangkap driver2 kitorang ni lebuh dah melelapkan mata sebab penat drive kan.

Geng yang perempuan ni semua dah plan untuk mandi laut. Alatan snorkeling seperti vest, goggle dan fin dah ada yang dapat. Apalagi ke laut la kita. hehe


celup2 kaki dulu
berendam dah

Masa ni, air masih lagi surut. Kitorang jauh ke tengah pun air masih lagi cetek hat paras pinggang. Nampak jugakla beberepa ekor ikan yang comel lote. Lepas puas mandi dan snorkeling, kitorang naik ke bilik kejap. Lepak kat luar beranda je. Biasalah, perut lapar lepas mandi. X lama tu, kitorang sambung lagi mandi. Tapi masa ni jam dah pun lebih kurang pukul 4 lebih. Air dah mula naik. Dah terasa dalam dah airnya.

Aktiviti kitorang petang ni cuma mandi laut je la. X lama lepas tu masing-masing balik ke bilik. Penat. Lepas mandi, solat dan berehat, kitorang mulakan aktiviti memasak.

Kitorang masak kat beranda luar. Adik me ni la tukang masaknye. Antara menu kitorang malam ni adalah tomyam sayur, telur dadar dan sambal ikan bilis. Alhamdulillah. Geng lelaki masing-masing ke jeti untuk mancing. Yang perempuan masing2 masuk tidur awal. 

Oklah, me open next entry. Sambung kat sana yer..








































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8