Thursday, May 18, 2017

Trip Bajet Ciput ke Pulau Tioman (Otw + Day 1)

TIOMAN FAMILY TRIP


Assalamualaikum..

Rindu nak tulis entry. Kebetulan baru-baru ni me & family ke Pulau Tioman. Layan pulau pulak kali ni. Bajet ciput katanya kan..Yang tempat luar-luar negara tu kemudian la pulak. Kumpul bajet dulu. Coming soon InsyaAllah.. :)

Setiap tahun, bila datang je bulan Mei, seronok sangatla bagi yang bekerja atau menetap di area Pahang. Selain cuti Hari Pekerja pada 1 Mei, ada pulak cuti hari Wesak iaitu pada 10 Mei. Kelebihannya pulak pada orang2 Pahang, apabila dapat lagi cuti pada 7 Mei sempena Hari Hol Pahang. Jatuh pulak tu pada hari Ahad, so dapatla cuti Isnin.

Bulan Mei juga adalah birthday asben & juga anniversary perkahwinan kitorang. Dalam sukanya bulan Mei ni juga ada terselit dukanya. Pada 8 Mei 2015, arwah adik meninggalkan kami. Al-fatihah.
2 tahun dah pemergiannya. Semoga arwah adik ditempatkan di kalangan ahli SyurgaMu Ya Allah.. Aminn

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Makanya dari bulan April lagi me & adik beradik yang lain dah plan untuk bercuti ala-ala pulau ni. Nak bawak mak abah mandi laut. So tempat yang dipilih adalah Pulau Tioman dan kitorang memilih tarikh cuti Hol Pahang ni untuk ke sana. Kiranya dalam fikiran masa ni, kitorang anggap yang Pahang je cuti kan.. So mungkinla orang kurang ke sana. Mungkin je la kan.

Jadi, me dah siap book awal2 lagi penginapan chalet di Kampung Salang dan juga book tiket feri return ke Pulau Tioman

Kitorang pergi seramai 8 orang dengan menaiki 2 buah kereta. Disebabkan nak limitkan pengambilan cuti, so kitorang berpakat untuk memulakan perjalanan pada waktu malam.

5 Mei 2017

Me & asben memulakan perjalanan dari rumah menuju ke rumah parents di stesen Mardi. Kat sana. kitorang siap-siap susun beg di bahagian belakang. Siap bawak alatan memancing lagi. Untuk makluman, kitorang ni bawak sekali alatan memasak. Dapatla jimat sikit perbelanjaan makan kat sana nanti.

abah tengah susun beg

Settle urusan, lebih kurang pukul 10.00 malam, kitorang pun gerak. Para driver dah diberitahu sebelum tu untuk tidur & berehat secukupnya sebelum perjalanan. Jauh kot perjalanan nak ke Tioman ni. Tapi sebelum tu, kitorang ke Brinchang dulu untuk mengisi minyak full tank.

CH -----> Tioman

Dari Cameron Highlands, kitorang akan melalui jalan Sg Koyan menuju ke Karak sebelum masuk ke Gambang. Kitorang akan menaiki feri di Jeti Tg Gemok, Rompin. Disebabkan hujan di pertengahan jalan, kitorang terpaksa bergerak perlahan. Xpelah, asalkan selamat tiba.

6 Mei 2017

Mardi Cameron ----> Raub

Kitorang sampai di Raub lebih kurang pukul 12.30 malam. Perjalanan diteruskan sehinggalah kitorang berhenti rehat di RNR Temerloh pada pukul 1.30 pagi. Ramai jugak orang di RNR ni.

Raub -----> RNR Temerloh

Pepagi buta ni asben boleh layan makan Patin Buah Tempoyak. Almaklumlah kat Temerloh. Ratah je pun, x makan dengan nasik. hehe..Harga patin buah ni RM 15. Boleh tahan sedap jugak.

RNR Temerloh
haha.. tengok tu tengah meratah patin buah
muka excited masing2 nak ke pulau

Kat rnr masa ni masih lagi hujan renyai. Jalan basah. Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Selepas menghilangkan penat, perjalanan diteruskan lagi dengan memasuki highway Karak menuju ke Gambang. Me macam biasalah, kalau asben drive mesti akan jadi copilot.. hehe.. Berjaga je untuk meneman asben drive.

RNR Temerloh -----> Gambang

Oh ye, me & asben 1 kereta membawa mak & abah. Sebiji lagi kereta, adik2 dan adik ipar berempat. Ngam lah kitorang berlapan. Perjalanan yang jauh macam ni, memang x boleh berhimpit dalam 1 kereta. Penat kott badan nanti. Kalau ramai better tambah bilangan kereta untuk keselesaan. 

Lebih kurang pukul 3.20 pagi, kitorang dah pun keluar tol gambang. Kadar tol dari Karak tadi ke Gambang adalah RM16.90. Jauh lagi perjalanan ni. lepas ni kena ikut jalan lama. Ikutkan bahaya jugakla sebab banyak lori-lori besar melalui jalan ni. Yang penting berhati-hati dan tawakal. InsyaAllah.

Gambang -----> Muadzam

Perjalanan diteruskan menuju ke Muadzam. Kitorang sampai Muadzam lebih kurang pukul 4.20 pagi. Singgah meregangkan badan di tepi jalan. Alhamdulillah lah, keadaan jalan agak tenang. Lori pun kurang yang lalu, so perjalanan tu smooth je.

singgah jap
rest jap

Agak2 driver' dah ok, kitorang pun bergerak semula. Dari Muadzam, dah x jauh dah nak ke Rompin ni. Kitorang sampai Rompin lebih kurang pukul 5.15 pagi. Waktu sedang elok je la ni. Memandangkan dah hampir waktu subuh, kitorang terus je mencari masjid berdekatan untuk solat. Ada yang sempat berjemaah lagi. Alhamdulillah.

Muadzam -----> Masjid Tg Gemok Rompin

Selesai solat, kitorang pun meneruskan perjalanan ke Jeti Tg Gemok yang letaknya x berapa jauh dari masjid tadi.

Masjid Tg Gemok -----> Jeti Tg Gemok

Kitorang mendapatkan tempat letak kereta yang sesuai dan berjalan masuk menuju ke kaunter. Cas parking kereta kat sini adalah RM 13 sehari. Bayaran dibuat masa balik nanti. Mungkin banyak kawasan kot, harga mungkinlah berbeza. 

kaunter tiket

Jam masa ni dah pun pukul 6.40 pagi. Me & adik me beratur untuk membuat bayaran tiket yang telah di book. Tiket return berharga RM 70 seorang. Lama jugak beratur masa ni. Lepas dah dapat tiket, kena register nama dan ambil boarding pass. Ha kau... macam naik flight x ada boarding pass? hehehe..

TIPS PENTING : Korang boleh book dulu tiket dengan menelefon jeti. Bagi nama org yang book dan bilangan orang. Kalau korang nak tau, me sebenarnya book 2 jeti, 1 kat Tg Gemok ni, 1 lagi kat Jeti Mersing. Ingatkan diorang sekadar book biasa, sekali memang diorang reserved. Tu pun sebab yang orang kaunter Jeti Mersing tu call tanya kitorang dah sampai ke belum. hihihi..

tiket dan boarding pass

Waktu feri adalah pada pukul 7.00 pagi. Tapi biasalah, confirm akan jadi lambat punya. Kitorang dapat naik feri masa ni dah pun pukul 7.10. Feri gerak dalam pukul 7.15 pagi. Boarding pass ni diorang akan collect balik masa nak masuk feri tu.

Sebelum feri berlepas, me dah siap mesej owner chalet bagitau yang kitorang dah naik feri. Alhamdulillah lah, ada 1 bilik dah tersedia. Kitorang sampai nanti dah boleh check in, Lagi 1 bilik je belum kosong lagi.

ha jom
jom naik

Yeay! Bermulalah pulau trip kita.. haha.. Selamat menggelapkan kulit anda. 

Perjalanan feri ke Tioman mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Lama jugak. So tidur-tidur ayam dulu la ye. Nak tengok pemandangan luar pun, cermin tingkap x berapa nak clear. Setelah 2 jam lebih dalam feri, kitorang pun sampai di Jeti Kg Salang pada pukul 9.30 pagi.



dapat seat dah
sebaris ada 5 kerusi
Kalau ikutkan bacaan dalam blog, selalunya feri akan singgah di kampung lain dulu. Tup2 tempat first berhenti adalah Kampung Salang. 

Terdengar kecoh-kecoh jugak dalam feri masa ni. Mana taknya, diorang dah standby letak beg paling bawah sekali. La ni nak kena tunggu orang lain ambil beg dulu baru boleh ambil beg sendiri. huhu

Nasib baik kitorang punya beg x ke bawah sangat. Setelah memastikan beg yang diambil mencukupi, kitorang pun keluar dari feri dan melepak jap kat atas jeti. Sambil tu check balik beg yang kitorang bawak.

Ohhh cantiknya Pulau Tioman. Biruuuu kehijauan je mata memandang. Segar mata tengok keindahan alam..
jernih airnya

cantikk
Memandangkan kitorang datang ni hari Sabtu, so kelihatan la pengunjung2 yang bersiap sedia nak ke tempat snorkeling. Ramai jugak orang kat jeti masa ni. 

org naik bot
berjalan ke Kg Salang

Betul2 tepi jetty
So kitorang pun berjalan kaki dari jeti menuju ke Kg Salang. Sampai je, me terus call owner chalet. Akak Ani namanya. Chalet kepunyaannya adalah Chalet Salang Damai yang terletak di sebelah kanan kalau dari jeti tadi.

Kak Ani ni bawak kitorang, dengan berjalan kaki ke chaletnya. Dalam masa tu terpikir2 macam mana la keadaan chalet nanti, ok ke x kan.. Harapannya cuma dekatla hendaknya dengan pantai.. hehe..

Setelah melalui beberapa chalet, kedai dan restoran, x sampai 10 minit macam tu, sampaila kitorang di chalet. Ngam2 je depan pantai. Chalet berwarna kuning terang. Walaupun xla berapa cantik, tapi kitorang agak berpuas hati jugakla. 

ni lah chalet Salang Damai. sorry xde gambar interior lupa nak amek

Kak Ani memberikan kitorang 1 kunci je sebabnya yang lagi 1 chalet ni, belum check out. Awal lagi pun masa  ni. Baru pukul 9.45 pagi. Dapat je kunci, kitorang pun masuk ke dalam bilik. Aircond bilik dah siap dipasang. 

Keadaan dalam bilik pun xyahla expect lebih kan. Ada 1 katil double dan katil double decker. Boleh muat 4 orang. Lebih pun boleh bagi yang nak berjimat. Bilik air dan tandas disekalikan, luas jugakla. Cuma agak x terjaga je la. 

Sebelah chalet adalah tempat bagi kaki2 diving. Di hadapan chalet, ade 1 pangkin kepunyaan kedai diving ni. Kitorang lepak bersila kat sini untuk makan. Bestje suasana, bawah rimbunan pokok, siap menghadap pantai lagi. Me recommmend kat korang chalet ni bagi yang x berapa kisah pasal tempat tidur. Sebabnya suasananya lagi penting. hahaha.. 


ada miow nak join sekali


berkelah kita

ni miow comel
abah mengambil angin laut

Disebabkan masih lagi awal, kitorang berehat dulu dalam bilik. Ada yang ke jeti survey port mancing. Nak mandi laut, panas terik lagi time2 macam ni. 

Esok kitorang dah plan untuk pergi snorkeling. So, kitorang pun berjalan-jalan di sekitar chalet mencari pakej2 snorkeling yang disediakan. Kitorang ambil pakej chater boat RM900 untuk 1 day, ke 7 tempat. Bagi me mahal, RM 112.50 seorang. Kalau ke Kg Tekek mungkin boleh dapat lebih murah dari ni. Settle ambil alatan snorkeling, kitorang pun balik semula ke bilik.

Lebih kurang pukul 12.30 tengah hari, bilik sebelah kitorang ni dah pun kosong. So dapatla check in dah. Yang lelaki akan tidur kat bilik sebelah. Asben & adik ipar merangkap driver2 kitorang ni lebuh dah melelapkan mata sebab penat drive kan.

Geng yang perempuan ni semua dah plan untuk mandi laut. Alatan snorkeling seperti vest, goggle dan fin dah ada yang dapat. Apalagi ke laut la kita. hehe


celup2 kaki dulu
berendam dah

Masa ni, air masih lagi surut. Kitorang jauh ke tengah pun air masih lagi cetek hat paras pinggang. Nampak jugakla beberepa ekor ikan yang comel lote. Lepas puas mandi dan snorkeling, kitorang naik ke bilik kejap. Lepak kat luar beranda je. Biasalah, perut lapar lepas mandi. X lama tu, kitorang sambung lagi mandi. Tapi masa ni jam dah pun lebih kurang pukul 4 lebih. Air dah mula naik. Dah terasa dalam dah airnya.

Aktiviti kitorang petang ni cuma mandi laut je la. X lama lepas tu masing-masing balik ke bilik. Penat. Lepas mandi, solat dan berehat, kitorang mulakan aktiviti memasak.

Kitorang masak kat beranda luar. Adik me ni la tukang masaknye. Antara menu kitorang malam ni adalah tomyam sayur, telur dadar dan sambal ikan bilis. Alhamdulillah. Geng lelaki masing-masing ke jeti untuk mancing. Yang perempuan masing2 masuk tidur awal. 

Oklah, me open next entry. Sambung kat sana yer..








































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8