Thursday, April 13, 2017

Trip ke Xian,Beijing,Harbin CHINA(Winter 2017)-bajet

CHINA FAMILY TRIP
Oklah, disebabkan ada kerajinan sikit nak menulis, so kat sini me share kan bajet kitorang semasa trip ke China baru-baru ni. Kitorang cuma cover 3 tempat je la kat China ni dalam masa 10 hari.

Kat bawah ni, bajet untuk seorang yang dikeluarkan sebelum dan semasa trip.

BAJET  TRIP KE CHINA UNTUK 10 HARI 9 MALAM (per person)
( mengikut exchange rate masa tukaran duit : 0.638 )

Sebelum Trip

Ada beberapa kos yang perlu disettlekan semasa di Malaysia lagi. Antaranya ;

1) Tiket Penerbangan ( Air Asia )-------------------------------------------- RM 762.50
* termasuk makanan & beg

Untuk flight, kitorang berlepas dari KLIA2 ke Xian dan balik pulak dari Beijing ke KLIA2.

2) Tiket Train Xian - Beijing (Sleeper) --------------------------------------RM 315.00

3) Tiket Train Beijing - Harbin - Beijing  (Soft Seat) --------------------RM 387.50

Tiket train ni me beli di website travelchinaguide. Kat dalam ni dah siap tulis waktu train, tempoh masa dan harga. Tinggal nak book je. Bayaran nanti ada service charge la sikit dan kena bayar guna paypal. Dah beli siap-siap ni senang sebab takut risiko tiket habis kat sana nanti. Habis mana nak cekau? haaa.. Xkan nak naik flight pulak kan.

4) Visa------------------------------------------------------------------------------ RM 100.00

Visa ni x sampai pun RM 100. Ni termasukla kos minyak dan tol. Nak buat jauh kot ke KL nun. Mana boleh buat kat Cameron.

Semasa Trip

5) Penginapan

Bagi me la, kos penginapan bajet area China ni boleh dapat semurah RM50 untuk sebilik. Murah jugakla. Biliknya pulak okla, selesa untuk menginap. 6 malam kitorang tidur dalam bilik hotel, lagi 3 malam tidur dalam perjalanan train.

* Hotel Bajet di Xian (2 bilik, 1 malam)-------------------------------------- RM   24.00
* Happy Dragon Hostel (2 bilik, 1 malam)----------------------------------- RM   40.00
* Hi Inn Hotel Harbin (4 bilik, 3 malam)------------------------------------- RM   82.00
* Hi Inn Hotel Harbin (2 bilik, 5 jam)----------------------------------------- RM   13.00
* Happy Dragon Hostel (2 bilik 1 malam)------------------------------------ RM   30.00

6) Makanan (di China & makanan yang dibawa dari M'sia )-------------- RM 150.00

7) Smart Card di Beijing (100 yuan)----------------------------------------- RM  64.00

8) Transportation, Entrance Ticket & Left Luggage

* Xian Airport Shuttle Bus (cny 25)------------------------------------------- RM 16.00
* Left luggage di Xian Railway stn (cny 120 total)-------------------------- RM 10.00
* Bas ke Terracotta Warrior Museum (cny 8)--------------------------------- RM   5.00
* Entrance ticket Terracotta Warrior Museum (cny 120)-------------------- RM 78.00
* Bas ke Xian Railway stn (cny 8) --------------------------------------------- RM   5.00
* Bas ke Bell Tower (cny 2)----------------------------------------------------- RM   1.30
* Bas ke Xian Railway stn (cny 2) --------------------------------------------- RM   1.30
* Left luggage di Beijing Railway stn (cny 175 total)----------------------- RM 14.00
* Teksi ke Hi Inn Hotel Harbin (2 teksi cny 20)------------------------------ RM   1.60
* Siberian Tiger Park by tour (cny 1120 total per van) --------------------- RM 90.00
* Russian Style Town by tour (cny 300 total per van) ---------------------- RM 24.00
* Teksi ke Harbin Railway stn (1 teksi cny 10)------------------------------- RM  2.00
* Teksi ke Hi Inn Hotel Harbin (1 teksi cny 10)------------------------------ RM  2.00
* Teksi ke Harbin Railway stn (2 teksi cny 30)------------------------------- RM  2.40
* Bas ke Badaling Great Wall (cny 12) --------------------------------------- RM  8.00
* Bas ke Deshengmen Bus stn (cny 12) ---------------------------------------RM  8.00
* Teksi ke Beijing Capital Int Airport (2 teksi cny 198)---------------------RM 16.00

9) Souvenirs & lain-lain ---------------------------------------------------------RM 100.00

Ini je rasenya. Me akan update kemudian kalau ada yang tertinggal. Minyak kereta, tol dan passport tu me x masukkan sekali. Tu kira side bajet la tu

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Total                                            =  RM 2352.60 

(bab perbelanjaan ni subjektif, bergantung pada apa yang korang nak beli)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kat sini me share simple itinerary kitorang semasa di China

Day 1
17 Feb 2017 (Jumaat) 

Flight Air Asia Kul - Xian (Xian Xianyang International Airport) (6.15 ptg)
Airport Shuttle Bus ke Bandar Xian
Check in hotel bajet

Day 2
18 Feb 2017 (Sabtu) 

Check Out
Terracotta Warrior Museum
Bell Tower
Drum Tower
Xian Muslim Street
Sleeper train to Beijing

Day 3
19 Feb 2017 (Ahad) 

Tiba di Beijing
Tiananmen Square & Forbidden City
Niujie Muslim Supermarket
Check in Happy Dragon Hostel Beijing
Wangfujing Street
National Stadium
Aquatic Centre

Day 4
20 Feb 2017 (Isnin) 

Check Out
Deshengmen Bus stn
S2 Train Huoying stn
Train to Harbin

Day 5
21 Feb 2017 (Selasa) 

Tiba di Harbin
Check in Hi Inn Hotel Harbin
St Sophea
Zhaolin Park
Zhongyang Street

Day 6
22 Feb 2017 (Rabu) 

Check Out
Bas ke China Snow Town (trip cancel tunda esoknya)
St Sophea
Check in hi Inn Hotel Harbin
Stalin Park
Zhongyang Street

Day 7
23 Feb 2017 (Khamis) 

Trip China Snow Town cancel
Check in Hi Inn Hotel Harbin
Siberian Tiger Park
Russian Style Town
Zhongyang Street

Day 8
24 Feb 2017 (Jumaat) 

St Sophea
Check Out
Train to Beijing

Day 9
25 Feb 2017 (Sabtu) 

Tiba di Beijing
Badaling Great Wall
Qianmen Street
National Stadium of Beijing
Check in Happy Dragon Hostel

Day 10
26 Feb 2017 (Ahad) 

Check Out
Teksi ke airport
Selamat tiba di KLIA 2 pada pukul 1.30 petang.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Me adalah jenis yang x suka shopping sangat. Cukup sekadar beli souvenir beberapa keping. Yang paling puas travel ni adalah sebab dapat melawat tempat orang. Tu dah cukup

Kata orang ;

J a u h   p e r j a l a n a n  l u a s  p e m a n d a n g a n..

Oklah, bertemu dalam next entry? Bila tu? Tunggula travel ke tempat lain pulak nanti..
Doakan ada rezeki ke Tanah Suci satu hari nanti. Amin InsyaAllah..

Sekian..Assalamualaikum..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------













Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8