24 Februari 2017
Dah pun masuk hari ke 8 kitorang berada di China. Hari ni jugak adalah tarikh hari lahir adik me iaitu Nadia, yang x dapat nak ikut ni la.. haha..
Harini kitorang bangun lewat sikit, kumpul tenaga lebih sebab malam ni kitorang akan tidur dalam train menghala ke Beijing. Kena tidur kat kerusi pulak tu. huhuhu..
Disebabkan kitorang punya waktu train adalah pada pukul 7.44 malam, so kitorang lanjutkan waktu stay untuk 2 bilik sehingga ke pukul 6.00 petang. Kenala charge separuh hari.
Untuk sarapan pagi, buat air dan makan roti je kat bilik masing-masing. Dalam pukul 9.30 pagi, me & asben dah standby masak tengahari awal. Menu kitorang adalah sardin masak dengan likis, telur dadar dan sayur campur.
 |
proses menyiang sayur |
 |
goreng telur dadar |
 |
telur dadar ready |
 |
masak sardin pulak |
 |
sayur campur yang mula-mula masak tadi |
 |
masa untuk mengagih |
 |
done |
 |
masak lagi nasi untuk bekal dalam train nanti |
 |
habis dah stok beras |
Lepas dah siap pack, macam biasala masa untuk delivery. hehe.. Kitorang dah set untuk keluar berjalan-jalan sekejap untuk mencari souvenir waktu petang nanti. Masa ni dah siap pindah bilik dah, cuma 2 bilik je yang kitorang lanjutkan waktu stay.
Lebih kurang pukul 1.30 petang, me keluar berlima bersama asben, mak, abah & nini. Mak, abah mentua & adik ipar x jadi ikut sebab nak berehat. Kitorang decide untuk mencari souvenir kat area St Sophea.
 |
area St sophea |
 |
asben cari cap |
 |
makanan yang selalu jumpa kat harbin ni |
 |
macam-macam tarikan diorang buat |
 |
sampai la ni xtau pe dia ni |
 |
ni lagi |
 |
aiskrim kot |
 |
kedai makan halal lagi |
 |
ni pun ada logo halal |
 |
arch |
 |
St Sophea dari sudut lain |
 |
sisa-sisa salji |
Disebabkan nak mencari kedai jual souvenir, kitorang masukla beberapa bangunan yang terletak berdekatan dengan St Sophea ni. Tapi kebanyakannya menjual pakaian.
 |
ni kitorang masuk salah satu bangunan |
 |
pusing je |
 |
kedai baju |
 |
St Sophea |
Berdekatan dengan St Sophea ni ada 1 kedai yang nampak macam jual souvenir. Kitorang pun masukla ke dalam. Ada dijual fridge magnet dan key chain tapi x banyak pilihan dan harganya sangatlah mahal. Puluhan ringgit. Sambar jugakla untuk diri sendiri sebagai kenangan. Untuk member2 beli kat Beijing nanti la nampak gayanya. huhu
 |
entrance kedai |
 |
fridge magnet yang dibeli |
 |
tunggu antie ni wrap sebab kaca |
 |
tengah wrap |
Lepas dah membeli, kitorang keluar dan survey lagi tempat-tempat lain berdekatan. Ada 1 kedai tu kitorang masuk, barang-barang dia lagilah mahal dari kedai yang kitorang masuk tadi tu. Window shopping je la.
 |
fridge magnet lawa2 |
 |
bas kat Harbin |
 |
xpaham tulisan.. xtau bangunan ape |
Banyak jugak gerai-gerai tepi jalan yang dibuka menjual pelbagai jenis makanan dan barangan. Rokok pun ada. Abah me sempat beli 2 kotak. Nak bagi member kat tempat kerja try kata abah.
 |
gerai kekacang |
 |
jeruk rasanya |
 |
gerai jual rokok |
 |
dah macam melayu pulak muka auntie ni |
 |
abah beli 2 kotak rokok China |
 |
auntie ni jual perkakas2 dapur |
 |
macam2 ada |
 |
lintas balik ke St Sophea |
 |
hok ni jual snow cap & glove |
 |
dari jarak dekat. penuh salib |
Jumpa je kedai souvenir, kitorang masuk lagi. Kali ni kedai ni menjual snow cap, glove, mask dan pelbagai barangan musim sejuk. Sempatla beli hand glove untuk diri sendiri.
 |
masuk kedai lain pulak |
 |
post card |
 |
auntie jual ubi |
 |
beli untuk mak mentua kat hotel |
Agak-agak dah xde kedai dah nak masuk, kitorang pun decide untuk balik semula ke hotel.
 |
Lori angkut sisa salji |
 |
ni taman kat tengah-tengah jalan |
 |
auntie jual kerepek, ambik gambar je |
 |
nampak sedap |
 |
jumpa lagi kuih sepit.. |
Sesampai je di hotel, sambil berehat tu sempat lah pack lagi beg masing-masing. Kejap lagi dah nak check out. Masing-masing berkumpul kat lobi lebih kurang pukul 5.00 petang. Sebelum keluar kitorang mintak tolong guide kaunter pelancongan tu untuk ambilkan gambar kenangan.
 |
turun ke lobi |
Lepas dah serahkan kunci dan ucapkan selamat tinggal pada staff hotel, kitorang pun keluar dan menunggu teksi di hadapan hotel. Mula-mula tu dapat tahan sebiji teksi je. Asben dah gerak dulu bersama mak, abah dan Dayah.
 |
Hi Inn -----> Harbin Railway Stn |
 |
depan hotel |
 |
tahan teksi |
Tinggallah kitorang berempat menunggu sebiji lagi teksi. Lama jugakla teksi x muncul2, ada lalu tapi semuanya penuh. Masa ni x terfikir pulak nak mintak tolong staff hotel call kan teksi. krik krik krik..
 |
mana teksi ni |
 |
pheww |
Hampir setengah jam barulah kitorang dapat tahan sebiji teksi. Lepas bagitau tempat, driver pun bawak kitorang ke Harbin Railway Stn. Asben dah pesan suruh tunggu je kat depan stn bila dah sampai nanti. Sampai je kat railway stn, kena cas 20 yuan. Penipu betulla, patutnya 10 yuan je. Malas nak bertekak sebab nak cepat.
 |
dalam teksi |
 |
jalan agak sesak |
 |
abah kat sebelah driver |
 |
otw |
Lepas dah ambil kesemua beg, kitorang berjalan ke entrance railway station sambil mencari kelibat asben dan yang lain. Parah jugakla mencari di tengah-tengah orang ramai. X lama tu, asben datang menyapa bersama dengan yang lain.
 |
jumpa dah yang lain |
 |
berjalan ke waiting room |
 |
suasana di Harbin Railway stn |
 |
dah terpampang signage waiting room |
 |
masuk sini |
 |
check tiket |
 |
ruang dalam soft seat waiting room |
Masa kitorang masuk ni kat dalam masih lagi x ramai. So senang ambil seat 1 sorang. X de lah kena menunggu macam tempoh hari kat Beijing.
 |
di luar stn |
 |
kedai bahagian bawah |
Jenuh jugakla mencari kedai menjual gula. Nak tanya orang, bukannya diorang faham. So kitorang try tanya pada 1 pasangan cina yang membuka kedai makan. Confirm diorang ada gula kan. Kitorang tunjukkan gula dalam tulisan cina menggunakan phone. Mujurlah diorang faham, dan wanita cina tu letakla sedikit gula dalam bungkusan plastik dan bagi kitorang. Asben bagi 2 yuan, lelaki tadi tu laju je ambil.. huhu.. Alhamdulillah dapat gula.
 |
beli gula kat sini |
 |
segenggam gula |
Alang-alang ada kat area kedai, kitorang mencari buah-buahan untuk dimakan dalam train nanti. Jumpa la buah epal, ok dah ni.
 |
buah epal |
 |
limau pun ade |
 |
ada macam-macam makanan, nak beli was was |
 |
air minuman |
 |
bertambah ramai orang kat stn ni |
 |
sesak |
 |
ni pun kedai kat bahagian bawah |
Me & asben masuk semula ke dalam waiting room tadi mendapatkan ahli keluarga yang lain. Lebih kurang pukul 7.15 malam, masing-masing dah pun beratur untuk ke platform. Selepas cek tiket, kitorang bergerak menuju ke gerabak yang ditetapkan seperti dalam tiket.
 |
Harbin -----> Beijing |
 |
mencari tempat duduk |
 |
dapat dah seat |
Untuk kali ni, seat kitorang xdapat yang berdepan dan meja di tengah-tengah macam Beijing ke Harbin tempoh hari. Ok jugak macam ni, nak tidur boleh sandar kepala kat seat depan. Lagipun, kaki dapat berlunjur sepenuhnya daripada seat yang berdepan, kaki berlaga dengan orang di depan..huhu
Tepat je pada pukul 7.44 malam, train pun mula bergerak. Selamat tinggal Harbin. Lain kali InsyaAllah datang lagi.. huhu.. bila tu..
Kitorang dh standby tukar kepada selipar untuk keselesaan. Untuk makan malam, kitorang dah bawak bekal nasi bersama lauk, roti, bubur nasi, minuman 3 in 1 dan buah-buahan.
 |
selamat tinggal Harbin |
 |
abah & mak makan roti |
 |
mak duduk dengan abah |
 |
nini & dayah |
Lepas mengisi perut, masing-masing pun melelapkan mata. Kadang-kadang tu terjaga sebab membetulkan duduk. Train ni dijangka tiba di Beijing pada pukul 6.28 pagi.
Okla.. jom tido.. jumpa di next entry
Jam masa ni dah pun pukul 5.40 petang. Ikutkan awal lagi. So kitorang masuk ke dalam mencari waiting room untuk soft seat. Nak masuk entrance ni pun kena scan beg, body scan dan check ticket.