Wednesday, April 12, 2017

Trip ke Xian,Beijing,Harbin CHINA(Winter 2017)-D10


CHINA FAMILY TRIP


26 Februari 2017

Hari terakhir di China. Hari ni cuma hari perjalanan balik ke Malaysia sebab flight adalah seawal 5 pagi.

Lebih kurang pukul 12.30 pagi, kitorang bersiap untuk check out. Lepas dah siap, masing-masing menunggu di lobi. Teksi tiba lebih kurang pukul 1.15 pagi. Disebabkan ada 8 orang, ada 2 teksi membawa kitorang ke airport. Dah set dengan asben supaya tunggu di luar airport.

hostel -----> Beijing Capital Int Airport

teksi sampai
masukkan beg
sebuah lagi teksi
abah duk depan
driver

Kitorang tiba di airport terminal 2 pada pukul 1.40 pagi. Tapi, x nampak kelibat family lain yang naik sebuah lagi teksi. Kitorang berjalan menuju ke pintu masuk airport.

dah sampai
terminal 2
pagi-pagi buta
mak, abah & nini

Ikutkan teksi yang asben naik ni dah sampai sebabnya diorang gerak dulu tadi. Hampir 10 minit menunggu, kitorang decide untuk masuk ke dalam. Me suruh nini, abah & mak masuk dulu untuk check in beg sebab passport me ada pada asben.

cek passport

X lama menunggu kat luar, jumpa jugak asben & family yang lain. Rupanya teksi salah hantar diorang ke terminal domestik. Diorang kena berjalan ke sini. Dah dapat passport, kitorang pun masuk ke dalam mencari nini, abah dan mak yang dah masuk awal-awal tadi. 

Kitorang menunggu kat dalam sebab kaunter masih lagi belum dibuka. Rupa-rupanya flight ke KL pun delay pukul 6.30 pagi. Kitorang duduk dulu di lantai bahagian tepi sambil membuat pengiraan bajet.

delay
kaunter x bukak lagi
dah siap beratur

Masa buat kiraan bajet ni, didapati banyak lagi balance duit yang x digunakan. Mana taknya, ada tempat yang kitorang x dapat pergi seperti China Snow Town, dan ada juga tempat yang kitorang x masuk seperti Beijing Great Wall & Zhaolin Park. Sampai je di KL nanti, kitorang akan tukarkan semula ke ringgit.

syiling yuan
abah & asben
beg kitorang
ni amoi kaunter
dah selamat masuk
1 beg ni x lepas sebab oversized

Disebabkan ada 1 beg kitorang ni oversized, kena la hantar kat bahagian oversized baggage check in. Selesai  urusan beg, kitorang pun masuk menuju ke bahagian imigresen. Masa ni awal lagi, lebih kurang pukul 3.15 pagi. Detail jugak imigresen kat airport ni. Segala isi beg yang ada cecair kena keluarkan sebelum masuk scanner.

oversized
menuju ke bahagian imigresen
standby passport siap-siap

Selepas melepasi imigresen, kitorang pun berjalan menuju ke ruang menunggu. Ingatkan nak beli strawberry, tapi kebanyakan kedai masih belum dibuka sebab masih terlalu awal.

tutup lagi
maap kabur..hehe
flight ke KL delay
otw

Sementara menunggu, kitorang ke Starbucks membeli coffee. Bagi cerah sikit mata. Mana tak nya, patutnye sekarang ni time tido.. huhu. Tapi waktu flight dari Beijing ke KL memang awal pagi, x dapat nak elak dah.

beratur
beli 3 ngam ngam 100 yuan

Masih ada dekat 2 jam lagi sebelum nak naik flight. Mata mengantuk, tapi x dapat nak berbaring. Bersandar kepala je la kat kerusi. Berhampiran dengan tempat duduk kitorang ni ada 1 pasangan melayu yang akan naik flight yang sama dengan kitorang. Sempatla menyembang. Diorang cuma 3 hari je kat Beijing ni.

abah berbaring

Lebih kurang pukul 6.15 pagi, gate open. Kitorang beratur dan masuk ke dalam flight mencari tempat duduk. Bye bye China.. huhu.. Seat kitorang kali ni pun masih di bahagian belakang.

dah boleh masuk
beratur
jom masuk
seat tepi tingkap

Waktu ni hari pun dah semakin cerah. Flight berlepas lebih kurang pukul 6.35 pagi. Perut dah start lapar sebenarnya. Nasib baik dah siap order makanan sekali masa beli tiket flight haritu.

view dari atas
kawasan pergunungan
bosan2 kita baca magazine
tiket me & asben
mak, abah & nini duduk kat tengah

Sambil-sambil belek magazine, terjebak beli set blanket, eye mask & neck pillow Air Asia. Adik me plak p beli set magnet dan mainan. Haha. Perabih duit betul.  Lebih kurang dalam pukul 8.00 pagi, dah terhidu bau makanan. haaa...ngamla.. Menunggu je la cabin crew sampai ke tempat kitorang. Me order menu berlainan untuk setiap orang.

blanket
dekat nak sampai
nasi kerabu mak punya
nasi lemak

Seat me & asben sebaris dengan mak, abah dan nini. Mak, abah dan Dayah je agak jauh ke depan sikit. Biasalah, seat rawak kan. Bukannya beli seat pun.

selamat menjamu selera
bismillah
dayah sempat culik anak cina ni nak bergambar..hehe comel
comel badan bulat

Lepas makan, ada yang sambung tidur balik. Lama jugak nak menunggu sampai. Patutnya pukul 12.15 tengah hari dah sampai, tapi disebabkan delay mungkin pukul 1 lebih baru sampai.

dekat nak sampai
awan nano

Dalam pukul 1.00 petang macam tu, flight dah semakin menurun. Yeay dah nak landing dah. X sabar pulak nak sampai sebab rindu pulak nak makan roti canai. haha

dah dekat
prepare to landing

Ngam-ngam je flight nak landing, phone berbunyi. Rupanya adik me, Nadia call. Dia ingatkan kitorang dah sampai 12 lebih tadi. Alhamdulillah, flight selamat mendarat di KLIA 2. Sebaik je flight berhenti, kitorang pun mengambil beg masing-masing dan keluar menuju ke dalam ruang airport.

alhamdulillah sampai
Keluar je dari pintu arrival, nampak dah abang ipar dan pokde dah menunggu kitorang. Setelah berbincang, kitorang akan terus ke Seri kembangan untuk ke money changer dan makan tengah hari. 

KLIA 2
ke kawasan parking
simpan beg
hilang dah kelibat winter coat. huhu
bayar tiket dulu

Kitorang tiba di Seri kembangan lebih kurang pukul 3.00 petang. Selesai urusan di money changer, kitorang pun mencari kedai makan. Nak mencari roti canai tengah hari macam ni susah la sikit. Mamak ada la. Sudahnya pergi kedai nasi campur je la.

pokde, mak & abah
ada yang menunggu nasi ayam

Sesudah makan, kitorang pun bersalam-salaman dengan mak dan abah mentua. Sebiji kereta iaitu kereta pokde, akan terus balik ke Mentakab. Manakala me, asben, nini, mak & abah akan terus balik Cameron. Esok dah nak kerja weiii.. haha

singgah makan malam di Tapah

Alhamdulillah, kitorang tiba di Tanah Rata dah malam, lebih kurang pukul 10.30 malam. Kena tidur awal sebabnya esok dah kena masuk kerja. Asben me xpe lagi, dia dah siap apply cuti untuk esok.

antara souvenir yang dibeli
fridge magnet
fridge magnet lagi
Maka berakhir la trip kitorang bulan februari ni ke negara China. Buat masa ni, masih belum rajin nak buat kiraan bajet. Nanti me akan share dalam entry akan datang. Kot ada yang salah info ke, korang tegur2 la dalam comment ke nanti ye.

Ke mana kita lepas ni? Tungguuuuu..

Akhir kata, sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah adik me, Nur Alia Akma yang telah menghembuskan nafas terakhir pada 8 Mei 2015. Hampir 2 tahun adik meninggalkan kami semua. kami sayangggg adik. Semoga ditempatkan di kalangan ahli-ahli syurga Mu Ya Allah.. Aminn

Sekian, Assalamualaikum..


Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8