Wednesday, April 12, 2017

Trip ke Xian,Beijing,Harbin CHINA(Winter 2017)-D9

CHINA FAMILY TRIP

25 Februari 2017

Hari ke 9! Esok dah nak balik Malaysia dah..yeayyy.. Roti canai...haha

Okla.. ni sambungan dari hari ke 8.. Masih lagi dalam train malam menuju ke Beijing. Me adala beberapa kali tersedar membetulkan duduk. Kadang tu train berhenti kat station untuk ambil orang. Tapi x pasti la nama stn tu apa sebab mamai kan.

kabur tulisan

Memandangkan air panas ada disediakan, dan la kitorang makan bubur nasi dan buat air sekali untuk bekal. Train dijangka tiba di Beijing Railway stn dalam pukul 6.28 pagi.Sempatla subuh dulu, waktu subuh lebih kurang pukul 5.25 pagi. Lepastu kitorang siap-siap pakai kasut dan winter coat. Suhu kat Beijing x sesejuk di Harbin.

Sesampai je nanti kitorang akan terus ke Dongsi untuk letak beg di hostel yang sama tempoh hari. Lepas tu kitorang akan ke Badaling Great Wall menggantikan hari yang sebelum ni x dapat nak pergi tu.

dah sampai

Train tiba tepat pada pukul 6.28 pagi. Kitorang mengambil beg dan turun menghala ke pintu keluar. Penuh sangat orang masa ni, siap bertolak-tolak lagi.

kepadatan melampau
exit
check tiket lagi
Beijing Railway Stn
suasana awal pagi di Beijing Railway stn

Keluar je dari exit, kitorang terus menuju ke subway stn untuk mengambil subway ke Dongsi. Sebelum tiba di Dongsi stn, kena tukar line dulu di Chaoyangmen stn.

Beijing Railway stn -----> Dongsi


ke subway stn
scan beg
turun tangga
turun di stop ke 2
menunggu train
dalam subway
tukar ke line 6
berjalan ke exit

Seperti sebelum ni, kitorang berjalan agak jauh untuk menuju ke exit E Dongsi. Keluar je dari exit, mesti akan jumpa gerai roti seperti roti canai berhadapan dengan exit.  Kitorang terus berjalan ke hostel untuk menyimpan beg sebelum check in petang nanti.

kedai roti
laluan subway
dah nak lunyai itinerary

Selesai menyimpan beg, kitorang keluar semula dan mengambil subway menuju ke Jishuitan stn. Sama je seperti tempoh hari. Tapi sebelum tu kena buat pertukaran dari line 5 ke line 2. Kena turun di Yonghe Gong Lama Temple stn. Bapak panjang nama stn ni. haha. Tempoh perjalanan adalah selama 17 minit.

Dongsi -----> Jishuitan

tunggu subway

Kitorang tiba di Jishuitan stn lebih kurang pukul 8.15 pagi. Haa.. awal kan. X nak terlepas bas lagi macam hari tu. huhu. Macam tempoh hari, kitorang kena menapak dalam 10-15 minit ke Dengshemen bus stn untuk menaiki bas.

sungai ni masih beku
macam salji pulak
beku

Sesampai je di Dengshemen Bus stn, kitorang terus mencari bus bernombor 877. Bas ni dah hampir nak penuh. Sebaik sahaja kitorang naik, bas pun bergerak. Kitorang bayar pada orang yang kutip tambang bas sebanyak 96 yuan untuk 8 orang.

Deshengmen -----> Badaling

tiket bas
dalam bas
ada minah cot cet cot cet kat depan
view kat luar
lentok dah
kitorang duduk seat belakang sekali

Jom layan view masa otw.










Masa dah dekat nak sampai ni banyak view pergunungan.





Bas berhenti di hadapan pintu masuk Badaling Great Wall lebih kurang pukul 9.45 pagi. Kitorang turun dan menuju ke kaunter tiket yang terletak tidak jauh dari hentian bas tadi. Rupa-rupanya kaunter yang depan ni hanya untuk yang nak naik sliding car. Kalau yang nak masuk great wall tu kena beli tiket kat atas nanti.

ni kot sliding car tu
tempat bas parking
toilet
So kitorang pun berjalan la perlahan-lahan, ikut je laluan arah yang dah ditunjukkan. Sebelum tu, ada yang singgah untuk ke toilet. Suhu masa ni agak sejuk jugakla. Di bahagian kiri terdapat kedai-kedai menjual makanan dan cenderahati.

kedai jual makanan
deretan kedai
rasanya kat sini pun boleh beli tiket

Kitorang lalu laluan bertangga yang macam sebuah terowong. Kat dalam ni, di bahagian kiri dan kanan, ramai peniaga yang menjual pelbagai jenis cenderahati.


ni view dari atas sebenarnya.. bertingkek tingkek
kreatif kan
cantik
jual asam kot
mm nampak sedap


Setibanya kat atas, kena menapak lagi. Masa ni belum lagi sampai entrance Great Wall yang tempat orang selalu ambil gambar tu. Tenaga betul-betul dah kurang sangat masa ni. Masing-masing kepenatan.

baru keluar dari terowong
sampai kat atas

jalan lagi
pokok pun togel je
baca map

map Great wall
ha tu kat atas tu

dekat nak sampai
entrance

Setibanya di entrance yang memerlukan tiket dibeli, kitorang decide untuk x masuk. Dah sampai tapi x nak masuk.. haha.. Cukupla ambil gambar latar belakang je. Tengok yang memanjat tu je kitorang rasa penat, belum masuk lagi. 

Pengajarannya, kalau nak datang sini, pergilah masa awal-awal sampai China. Tenaga pun banyak lagi masa tu. Tenaga yang ada sekarang ni cukup untuk bawak balik Malaysia je..haha

atas tu salah 1 laluan great wall

Sambil-sambil tu, kitorang masukla beberapa kedai souvenir yang ada. Tapi harga boleh tahan gak mahal. X lama pun kitorang kat sini. Lebih kurang setengah jam macam tu, kitorang sepakat untuk turun semula. Sebelum tu, kitorang singgah di 1 kawasan ni yang menyediakan bench, untuk sarapan pagi.

ada yang makan nasi
makan roti
mak makan nasi
sejuk masa ni

Selesai mengisi perut, kitorang berjalan semula menuruni bukit ke tempat bas awal-awal tadi. Kali ni kitorang x ikut laluan terowong, turun ikut bukit pulak.

kawasan luas
great wall kat atas nun
The Great Wall
tempat apakah
jom turun balik

menghala ke tempat bas
strawberry
beratur tunggu bas

Sesampai je di tempat bas, me & asben pun beratur. Yang lain ada yang ke tandas. Kitorang naik bas lebih kurang pukul 11.30 pagi.

dah naik bas

Masa kat dalam bas ni, kitorang discuss untuk mencari souvenir. Tempat pilihan adalah kedai di area Stadium Beijing. Tapi kitorang saje la nak berjalan ke Qianmen Street. Kalau nak ke Qianmen Street ni nak kena turun di station Qianmen.


dah sampai



Kitorang tiba semula di Dengshemen Bus stn pada pukul 12.30 tengah hari. Kitorang berjalan kaki semula menuju ke subway Jishuitan stn. Dari sini kena ambil subway line 2 terus je ke Qianmen. Ada 8 stop. Perjalanan lebih kurang 20 minit.

abah bergambar dengan basikal 

Jishuitan -----> Qianmen
xsampai lagi
dalam train

Setibanya di Qianmen stn, kitorang turun dan mencari exit yang berdekatan dengan Qianmen Street. X berapa pasti sebenarnya. Kitorang decide keluar exit C.

keterangan exit
lepas keluar exit
view area Qianmen
bangunan apa ntah

Qianmen ni terletak berdekatan je dengan area Tiananmen Square. Lepas keluar exit, blur kejap nak ke mana. So kitorang lepak-lepak dulu kat 1 kawasan ni yang menyediakan kerusi.  

Selain mencari souvenir, tujuan kitorang ke sini juga adalah untuk mencari sebuah kedai makan muslim iaitu Donglaishun Restaurant. Me & asben decide untuk survey tempat dulu, yang lain menunggu kat tempat rehat tadi.

kedai-kedai sekitar
ramai jugak orang
view sekitar

Sebenarnya, me x buat survey sangat pasal Qianmen Street ni. Tempat dia macam mana pun x dapat nak gambarkan. Cuma ada la pernah tengok gambar sekeping dua dalam internet. So kitorang mencari je port yang orang agak-agak ramai tu.

Setibanya di 1 tempat ni, ada tram lalu kat tengah-tengah. Ha, sah lah ni dia Qianmen Street. Sebabnya pernah survey yang tempat ni ada tram yang lalu kat tengah-tengah street. Street ni bertambah cantik dengan senibina bangunan di kiri kanannya yang agak klasik dan unik. 

Qianmen Street
Dangdang Che (tram)
pedestrian street

So bila dah jumpa, asben suruh tunggu kat sini. Dia nak pergi bawak  yang lain ke sini. So, me pun mencari tempat duduk dan menunggu yang lain sambil memerhati gelagat pengunjung2 kat sini. Kedai makan masih lagi x jumpa.

otw bawak family ke street
x sampai lagi
entrance Qianmen Street
kawasan Qianmen Street


Masa otw mencari tadi, ada jugak kitorang singgah di beberapa kedai souvenir. Tapi kebanyakannya menjual dengan harga yang mahal. Lepas je family sampai, me & asben pergi lagi survey kedai makan Donglaishun ni. Adala lebih kurang setengah jam mencari baru jumpa. Rupanya kedai tu kat tingkat atas.

yang lain menunggu lagi
mak abah
mak & dayah

Tapi bila dah sampai kat pintu masuk kedai, macam x berapa yakin pulak nak makan kat situ. Bila tengok buku menu pun kebanyakannya daging. Tapi kat signboard memang dah ada tanda halal. Lagipun kedai nampak macam mewah, kang x pasal mahal pulak kena bayar.. haha.. yang bajet sudah.. Akhirnya kitorang plan untuk mencari kedai makan yang lain.

logo

Donglaishun Restaurant
kedai makan

Sebelum tu, kitorang pergi mendapatkan ahli family yang lain. Nampak mak abah tengah bersembang dengan 1 pasangan melayu. Rupanya orang Malaysia jugak yang baru je sampai. Wife dia nama Shida. Diorang datang berdua je dan menginap di hotel berdekatan dengan Qianmen ni. So kitorang pun ajak join sekali makan tengah hari. 

Tengah berjalan tu terpandang 1 signboard halal di salah sebuah kedai kat area Qianmen Street ni. Kitorang pun masuk dan mengambil tempat duduk. Shida & asben dia duduk kat meja lain sebab meja kitorang ngam2 untuk 8 orang. 

sijil halal

Kitorang order nasi goreng, salad dan sup tomato campur telur. Sementara menunggu, kitorang mintak air panas dan rendam bubur nasi. Layan jugak makan bubur nasi segera tengah lapar-lapar ni kan.

bubur segera
layan bubur dulu
X lama menunggu, sampaila order. Nasi goreng kat sini rasa dia lebih kurang la macam nasi goreng cina kat Malaysia. Cumanya sup tomato nya, tawar, hampir xde rasa. haha.. Kitorang siap mintak garam lagi.

nasi goreng telur
salad tapi pelik sebab rasa manis dan ada kacang tanah kat dalam
sup tomato dan telur yang tawar kedi..:p

jom makan..bismillah
makan nasi goreng
alhamdulillah

Alhamdulillah dah kenyang. So kitorang pun berjalan keluar menuju ke subway stn. Tadi dah discuss bersama untuk ke Olympic Stadium mencari souvenir. Setakat ni, kedai kat area stadium tu je yang souvenir nya agak mampu nak beli. huhu. Tempat lain semua mahal.

Otw ke subway stn, me sempatla bersembang dengan Shida. Peramah orangnya. Katanya akan stay selama seminggu di Beijing ni. Diorang pun ikut kitorang sekali ke Olympic stadium.

entrance arch
area Qianmen Street

Setibanya di subway stn, kitorang mengambil line 2 menuju ke Gulou Dajie stn sebelum bertukar pulak ke line 8 untuk ke Olympic Sport Centre stn. Jauh gak, dekat-dekat sejam perjalanan.

Qianmen stn -----> Olympic sport center stn 
tunggu train

Kitorang tiba di Olympic stadium hampir-hampir pukul 5.00 petang. Masa untuk shopping souvenir. Kali ni harga fridge magnet lebih murah berbanding tempoh hari. Boleh dapat 4 magnet untuk 10 yuan.Masing-masing sibuk membeli. Ada yang borong T-shirt, pen, magnet dan macam-macam lagi.

security check
borong t-shirt
ni lagi

Selesai memborong, kitorang pun decide untuk balik ke hotel, check in, dan berehat. Sempatla bergambar ramai-ramai dengan Shida & asben dia. Diorang akan tunggu sampai malam kat situ. Kitorang terus turun mengambil subway untuk pulang ke hotel.

Shida & asben
Stadium -----> Dongsi stn

Line yang perlu diambil dari sini adalah line 8 dan kitorang perlu turun di Nanluoguxiang stn. Lepas tu, kena tukar line 6 pulak, untuk ke Dongsi stn. Maka sampai kat sini je la khidmat smart card digunakan. Balance dalam kad ni adala dalam lebih kurang 10 yuan lagi. X dan pun nak refund balik.
Kira burn je la ni. Kot-kot lain kali datang Beijing, bolehla kot pakai lagi.. hehe

Sesampai je di hotel, kitorang pun check in. Masa ni siap set terus dengan staff kaunter, call kan teksi untuk kitorang untuk pukul 1.00 pagi nanti. Flight kitorang keesokan hari adalah seawal 5.50 pagi.

Makanya sampai sini je la percutian kitorang kat China ni. Balik je bilik, masing-masing berehat dan tidur awal.

Ok sambungan di next entry.. tata titi tutu






















































































































































































































































































































































Perjalanan bas ke Badaling Great Wall mengambil masa selama lebih kurang sejam. Masa ni masing-masing terlelap sebab penat. Mana taknya, baru je turun train 10 jam terus berjalan.. Tapi terpaksa la sebab masa limited. Ni je masa yang ada untuk ganti balik trip ke Badaling yang x jadi tempoh hari. 



















































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8