Thursday, April 6, 2017

Trip ke Xian,Beijing,Harbin CHINA(Winter 2017)-D6

CHINA FAMILY TRIP
22 Februari 2017

Dah pun masuk hari ke 6 kitorang berada di China. Hari ni kitorang masing-masing bangun awal sebab dah janji dengan guide tu kena tunggu di lobi pada pukul 5.30 pagi. Sempatla subuh dulu sebab waktu subuh seawal 4.51 pagi.

bersiap

Kitorang cuma prepare bekal air, roti dan nasi putih je. Lauk dah siap bawak jenis yang boleh dipanaskan seperti Brahims dan sambal bilis tempe. Malam tadi kitorang dah siap pack dan bawak baju dan barang-barang untuk tinggal 1 malam sahaja. Beg selebihnya akan kitorang tumpang sementara di hotel sebabnya kitorang akan check in semula keesokan harinya. X perlu la nak bawak beg berat-berat bagai.

simpan beg
menunggu di lobi
suasana lobi hotel

Lepas dah siap, kitorang pun turun ke lobi, letak beg di ruang simpan beg dan menunggu agen pelancongan ni ambil kitorang. Lama jugak tunggu tapi x muncul-muncul. Kitorang siap check out dan pulangkan kad bilik sekali, lusa baru check in semula hotel ni.

Kat luar, rupanya salji tengah turun. Patutla sejuk semacam je. Bestnya.. huhu..kitorang ambil peluang la untuk bergambar. Opkosla kan, Malaysia mana ada salji. kikiki..

mak & abah
putih dengan salji
view luar hotel

Bila agak x tahan sejuk tu, kitorang masuk balik ke dalam lobi hotel. Sempat cek suhu masa ni, -7 darjah selsius. Sejukkk.. Lepas tu keluar lagi melayan salji turun. Biarlah orang nak cakap jakun pun. hahaha. Dijangka salji akan turun sepanjang hari ni

-7 darjah selsius
nini
lori sodok salji

Masa ni banyak la kelihatan lori-lori yang membersihkan jalan dari salji. Kalau x, licin la jalan dipenuhi salji. Jam dah pun dekat pukul 6.00 pagi. Tapi masih x nampak kelibat bas yang akan ambil kitorang.

bertanya pada staff
Me masuk ke dalam untuk bertanya pada staff hotel. Dia tolong call pihak agen, rupanya bas lambat sebab cuaca buruk. Bagi kita ni seronok bila jumpa salji kan, tapi bagi diorang, hujan salji macam ni adalah dikira cuaca buruk. Terpaksa la kitorang menunggu lagi. Dari hari masih gelap sampai dah nak cerah dah pun.

pekerja membersihkan jalan
abah pinjam penyodok sebab nak bergambar
abah pun nak bergambar
dengan pekerja
dah cerah

penuh salji

Lebih kurang pukul 6.40 pagi, ada seorang lelaki cina masuk ke lobi hotel dan memanggil kitorang. Rupanya bas dah pun sampai. Kitorang bergegas naik dan mengambil tempat duduk masing-masing. Masa ni kat luar masih lagi bersalji
.

naik bas



Akhirnya dah pun naik bas. Lega.. Bas ni akan membawa kitorang ke sebuah tempat yang dinamakan China Snow Town. Nak ke tempat ni memakan masa selama lebih kurang 5 jam hingga 6 jam perjalanan. Excited sangat nak ke sini sebab salji dia berganda-ganda tebal dari tempat lain. Kat sini me share sikit gambaran China Snow Town
.

Hi Inn -----> China Snow Town
China Snow Town
walawehhh.. cantik kan
perkampungan
oh comelnye...
boleh naik mende alah ni
ni lagi

Haa.. amacam? cantik kan. Jauh pun jauhlah, sanggup nak pergi. Masa kat dalam bas ni, ada seorang tour guide wanita tetapi dia bercakap cina je dari awal-awal kitorang naik bas. Kitorang ni sepatah haram lah x faham. Orang lain semuanya cina. Layan view kat luar je la. Salji masih lagi turun tapi x la lebat sangat.

Jomlah layan view tanpa caption. :p









X lama tu suasana agak riuh dalam bas. Cotcet cotcet dalam bahasa cina. Tour guide pun kejap ke depan kejap ke belakang. Kitorang decide untuk bertanya. Lepas angkat tangan, dia pun datang dekat area tempat duduk kitorang.

Oh tidakkkk.. Rupa-rupanya bas on the way balik semula ke Harbin. Disebabkan cuaca buruk dan ada beberapa jalan yang terpaksa ditutup,  trip hari ni untuk ke China Snow Town terpaksa dibatalkan dan ditunda keesokan hari. Kitorang diminta untuk menuliskan nama sekiranya nak join trip keesokan hari. Setelah difikir balik, kitorang setuju untuk ikut serta trip esok sebagai ganti hari ni. 

Nasib baik lah train kitorang untuk ke Beijing pada 25 hb. Masih ada 3 hari lagi kat Harbin termasuk hari ni. Cumanya kena buat perubahan sikitlah pada itinerary. Malam ni kitorang terpaksa menginap di hotel yang sama menggantikan malam esok. Apa-apapun kena balik semula ke hotel untuk buat confirmation.

Bas menurunkan kitorang di hadapan St Sophea. X jauh dah dari hotel. Masa ni sempat lagi bergambar kat area muzium ni. Salji masih lagi turun. Ramai orang mengambil peluang bergambar di St Sophea ni.

St Sophea
St Sophea

yeay salji
meredah salji 
balik ke hotel

bergambo lagi

nak dekat sampai hotel 
abah, mak & dayah
salji kat kete
sampai susah nak bukak mata..hehe

X lama tu, kitorang pun bergerak ke hotel semula. Sampai je di lobi, kitorang beritahu keadaan sebenar kepada staff kaunter. Nasib baik lah masih ada bilik yang kosong. Kitorang cancel sekali booking bilik untuk keesokan hari. 

Setelah diberi kunci, kitorang pun menaiki lif ke bilik masing-masing. Nasib baik dapat check in awal. Me & asben dapat bilik yang sama seperti malam tadi. Ahli family yang lain je dapat bilik berbeza. 

dah dapat kad bilik

Sampai je di bilik, terus tanak nasi. Asben plan untuk masak nasi goreng sebagai makan tengahari kitorang. Sementara menunggu nasi masak, kitorang goreng popadum. Sambil tu me mengibas tuala untuk mengurangkan asap dalam bilik. haha.. Berusaha keras betul takut dihidu pihak hotel.
Ye ar..kang x pasal kena halau.

panaskan cooker
tumis bawang dan cili
Nasi sedang digoreng..mm sedapnya
tadaa siap

Lepas dah siap, kitorang macam biasa lah, asing siap-siap tupperware untuk 8 orang. Siap letak popadum, ready untuk delivery. hehehe. Dah siap hantar barulah kitorang makan. Alhamdulillah, settle menu untuk tengah hari. Kitorang berehat dulu sebelum decide nak keluar berjalan-jalan tengah hari nanti.

tadaa..dah licin..alhamdulillah
waktu solat

Waktu Zohor masuk, lebih kurang pukul 11.48 pagi. Kitorang decide keluar pada pukul 1.00 tengah hari. Adala masa untuk berehat sekejap sebelum keluar.

Dekat-dekat pukul 1.00 tengah hari, kitorang bersiap dan turun berkumpul di lobi. Setelah cukup ahli, kitorang berjalan keluar menuju ke Stalin Park. Perjalanan dengan berjalan kaki mengambil masa lebih kurang 15-30 minit. Itupun banyak menyinggah. Masa ni salji masih lagi turun.

Hi Inn -----> Stalin Park
berjalan-jalan
jom

Sebelum sampai di Stalin Park, banyak tempat kitorang singgah untuk bergambar. Adik ipar pun sempat menyinggah beli snow cap. Laluan yang kitorang lalu ni sama je dengan laluan nak ke Zhongyang Street, cumanya Stalin Park ke depan lagi. Jom layan view.



jalan raya dah berlecak
jom menapak
kedai auntie snow cap
on the way ke Stalin Park
nampak lagi entrance Zhongyang Street
timbunan salji kat pokok
kereta diliputi salji
pokok bengkok
salji kat kete dah mencair
SH
Malaysia
nak pose lompat tapi x jadi
abah dengan timbunan salji
selepas aksi lempar salji..hehe
cubaan melompat lagi
patung depan kedai
masjid
xtau bangunan apa
dekat nak sampai
yeay sampai dah

Stalin Park ni terletak bersebelahan dengan Songhua River. Masa musim sejuk ni memang beku habis sungai ni. Diorang siap buat pelbagai sukan ais antaranya ice skating, berenang dan hoki ais. Berenang? x ke sejuk? grrrr...Tapi masa ni, kitorang x nampak pulak ada sukan renang ni, mungkin masa festival tertentu je kot.

main hoki ais
perghhh giler sejuk
skating sambil duduk ehh..ntahla pe nama nya
Seberang sungai ni letaknya Sun Island Park, Russian Style Town dan juga Siberian Tiger. Kalau nak cross sungai ni time bukan winter ada feri disediakan. Kalau time winter macam ni kenala naik kereta atau teksi lalu ikut jambatan. Selain tu, perkhidmatan cable car turut disediakan, tapi x pasti pulak harga tiket berapa.


Stalin Park
Songhua River yang beku
Ice Skating
pejabat operasi kot
basah kaki seluar
Stalin Park
mak, abah & dayah
cubaan untuk turun ke sungai beku

Lebih kurang pukul 3.30 petang, kitorang mula bergerak balik semula ke hotel. Sejuk stay lama sangat kat luar, baik balik hotel, buat taik mata petang-petang macam ni. haha

macam-macam aktiviti ada
on the way singgah tengok auntie ni masak, ntahla menu ape
jom balik hotel
suasana sekitar

Disebabkan kitorang berjalan kaki, kena lebih berjaga-jaga sebabnya keadaan jalan lepas bersalji sangatlah licin terutamanya salji yang dah beku kat jalan sebab dia jadi ais. Sebab tu, sepanjang jalan ada je pekerja menyapu dan membersihkan jalan. Jalan raya pun sampai dah berlecak sebab banyak kereta lalu-lalang.

pekerja membersihkan jalan
bandar Harbin
Lori sodok ais
kasi berus itu jalan raya
sisa-sisa salji
jalan raya dah kotor

Sampai je di hotel masa ni dah pun lebih kurang pukul 4.00 petang. Masing-masing balik ke bilik dan berehat. Petang ni x de apa aktiviti pun, kitorang cuma decide untuk keluar ke Zhongyang Street pada waktu malam nanti. Jadi masa yang ada ni dapatlah berehat dan mengumpul tenaga untuk hari esok.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Me & asben tengah tidur. Lebih kurang dalam pukul 5.30 petang tersedar bila ada orang ketuk pintu. Rupanya si tour guide. Dia mintak kitorang turun sekejap ke lobi untuk berbincang.

Lepas bersiap, me & asben turun ke lobi untuk bertemu tour guide tadi. Dia cakap yang bas bertolak balik ke Harbin dari China Snow Town lusa nanti dijangka tiba pada waktu malam. Sedangkan waktu train balik ke Beijing kitorang adalah pada pukul 19.44 petang. Dia mintak kitorang tukar waktu train. Adoii.. mane boleh, kalau boleh pun kena beli tiket lain la.

Akhirnya selepas memikirkan kos dan risiko yang terpaksa diambil, kitorang terpaksa batalkan hasrat untuk ke China Snow Town. Memang x boleh nak ubah plan dah. Serius memang frust giler masa ni sebab x dapat pergi. Tapi nak buat macam mana kan. Tour Guide ni tadi pulangkan balik duit kitorang. Untuk mengurangkan kadar frust yang ada,..hahaha kitorang decide untuk ambil tour ke Siberian Tiger keesokan harinya bagi menggantikan trip ke China Snow Town yang dah x jadi ni.

Settle buat bayaran, kitorang naik semula ke bilik dan inform pada ahli keluarga yang lain. Masing-masing dah excited sebenarnya untuk ke China Snow Town tu. huhuhu.. Xpelah, x de rezeki ke sana. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lebih kurang pukul 8.30 malam, me & asben bersiap sedia untuk menyediakan makan malam. Antara lauk-pauk yang disediakan adalah tomyam sayur & telur dadar. Nasi putih dah siap tanak awal-awal lagi.

asben masak
telur dadar
2nd trip telur dadar in the making
dalam proses menyiang sayur
tomyam sayur
topup pulak sambal bilis & tempe..perghh
jom jemput makan..bismillah

Selesai makan, kitorang bersiap untuk keluar berjalan-jalan di Zhongyang Street. Nak mencari aiskrim yang popular di kalangan blogger-blogger yang dah pernah datang sini. Tapi x semua yang keluar, kitorang cuma berlima je. Mak, abah & dayah x ikut sekali. Masa ni pun dah lebih kurang pukul 10.00 malam.

pinjam penyapu sat..hehe
air turun dari paip ni pun beku tau
nampak macam ais kan
depan entrance
Orang dah beransur kurang
cantik bila disinari cahaya lampu
Zhongyang Street
kami di sini
antara kedai-kedai yang ada
nini, mak & abah
Zhongyang Sreet yang lengang
Nini & me
bergambar lagi
ice block

Kitorang ke sini ikutkan dah lewat sebenarnya. Tu sebab la keadaan lengang kat sini. Orang dah beransur kurang, kedai pun banyak yang dah tutup. X lama tu barulah terjumpa kedai jual aiskrim. Booth kecil je kat sudut tepi. Aiskrim yang dijual cuma diletakkan di dalam tupperware besar je. X payah nak peti ais bagai. Ini menunjukkan betapa sejuknya la Harbin ni.

ternampak booth aiskrim dari jauh
yeay jumpa
kedai jual aiskrim
comel je kedainya
jual dalam ni je
tu dia
eskrem
beli jugak

Kat sini ada jugak stall-stall yang menjual pelbagai makanan. Yang paling banyak jumpa adalah buah-buah jeruk yang disira gula (kalau x silap la) dijual bercucuk-cucuk. Nampak macam sedap, tapi x yakin nak membeli.

buah asam agaknya
kasi zoom sikit
macam-macam buah ada
abah pun makan..hehe
mm..dap nye
kokak jangan x kokak..hehe

X lama pun kitorang kat sini. Lebih kurang pukul 10.40 malam, kitorang berjalan perlahan-lahan balik ke hotel. Tapi kitorang cuba ikut laluan lain pulak, nak tengok view sekitar Harbin ni.



signboard pun ada tulisan Rusia jugak
jom balik hotel
kalabu malami kot
ais
suasana malam di Harbin

On the way balik ke hotel ni banyakla kelihatan jentolak dan lori-lori yang membuat kerja-kerja pembersihan jalan sebabnya kereta dah makin kurang. So senangla nak buat kerja. Kalau x, licin dan kotor la jalan keesokan hari apabila makin banyak kereta yang lalu-lalang.

jentolak
buat kerja malam
lori ni dia pakai macam berus besar
kereta dah kurang
nak lintas jalan lepas tu sampai dah hotel

Kitorang sampai kat hotel lebih kurang pukul 11.30 malam. Penat dah berjalan, masing-masing balik ke bilik untuk berehat. Untuk ke Siberian Tiger esok pulak, dah set dengan guide tu untuk ambil kitorang dalam pukul 11.00 pagi. Kira okla, x awal dan x lewat sangat.

Menu sarapan pagi esok dah set nak masak bihun goreng. Perencah bihun memang dah ada beli dan bawak dari Malaysia. Me siap rendam terus 3 peket bihun yang kitorang dah bawak. Esok senang sikit nak masak.

ha rendam la apa lagi
guna je bekas yang ada
Selesai segala urusan kitorang pun tidur dan berehat mengumpul tenaga untuk esok hari.
So nantikan entry hari ke 7 di mana kitorang akan menjenguk rimau-rimau siberia kat Harbin ni.

See ya..Selamat malam semua..








































































































































































































































































































































































































































































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8