 |
HUSBAND WIFE TRIP TO XINJIANG CHINA
|
|
12 Jun 2019
Hari ni dah hari ke 6 berada di Xinjiang China. Semakin hari, semakin cantik tempat yang kitorang jejak. Subhanallah.
Kitorang bangun awal seperti biasa dan breakfast dulu. Sambil tu bersiap-siap untuk check out. Dalam pukul 10.30 la jugak baru gerak keluar. Harini pun dikira tough jugak sebab nak kena tahan kereta, nak hitchhike berpatah balik ke jambatan gantung, Guozigou Bridge yang kitorang lalu semalam.
 |
khemah kitorang tido malam tadi |
Kitorang berjalan keluar dan menuju ke jalan besar berhadapan resort. Cuaca harini agak membimbangkan kitorang jugakla. Nampak macam mendung nak hujan.
Bila hujan reda kitorang kembali semula ke tempat kitorang tahan kereta tadi. Lebih kurang setengah jam kitorang kat situ, berhentilah sebuah kereta. Driver seorang lelaki cina. Dia nampak la kitorang pegang kertas bertulis Guozigou bridge dalam bahasa cina. Dengan menggunakan translator app dalam phone, dia bagitau yang dia cuma boleh tumpangkan kitorang sampai sebelum bridge je. Kitorang on je..syukur sangat dah ada yang nak bagi tumpang.
 |
Tourist Centre ---> Guozigou Valley |
 |
tasik bersebelahan je dengan kawasan resort |
 |
mendung je hari |
Alhamdulillah, akhirnya ada jugak yang nak tumpangkan kitorang. Kat dalam kereta, kitorang bersembang menggunakan apps phone. Lelaki ni bagitau yang rumah dia berdekatan dengan jambatan tu, thats why la dia dapat tumpangkan sampai situ.
 |
duduk depan sambil amek gambar |
 |
pulau kecik kat tengah tengah Sayram Lake |
 |
Sayram Lake |
 |
snow capped mountain kat depan tu |
 |
luas betul tasik ni |
Kereta lelaki cina ni masih bergerak menyusuri jalan yang agak basah dek hujan. Dalam 15 minit perjalanan, lelaki ni berhentikan kereta kat tepi jalan. Dia tumpangkan kitorang sampai sini je sebab dia akan melalui simpang jalan lain. Syukur Alhamdulillah.
 |
thank u! |
Dari sini masih lagi belum kelihatan jambatan yang kitorang lalu semalam. Sayram Lake masih kelihatan. Kitorang try tahan lagi kereta lain. Alhamdulillah, x sampai 5 minit, berhentilah sebiji kereta yang dinaiki 2 lelaki. Kitorang berjaya tumpang lagi sekali. Kereta pun bergerak menuju ke Guozigou Valley.
 |
kat dalam kereta |
Masih lagi cara communication menggunakan translator app, kitorang diberitahu yang lelaki ni pun dia bawak kawan dia jalan-jalan kat area ni. Kebetulan la sangat yang diorang pun sedang menuju ke Yining. Jadi dapatla kitorang tumpang sampai ke Yining terus.
 |
dah nak sampai jambatan |
 |
cantik |
Lebih kurang dalam 10 minit perjalanan, akhirnya kitorang tiba di area jambatan semalam. Tapi belum lagi sampai kat jambatan. Ikutkan nama kawasan ni adalah Guozigou Valley. Diorang siap singgah nak bagi kitorang amek gambar area ni. Kitorang just biarje bagpack dalam kereta dan keluar untuk bergambar.
 |
cantikkkk |
 |
hijau je kawasan ni |
 |
ada laluan titi untuk ke viewpoint area |

|
Guozigou Bridge
 |
nun kat sana Guozigou Bridge |
|
X lama melepak bergambar kat sini, kitorang pun masuk semula ke dalam kereta dan bergerak ke Yining. Masih lagi melayan pemandangan Guozigou Valley. Cantik sangat kawasan ni.
 |
Guozigou Valey ---> Lavender farm |
Di pertengahan jalan, kitorang singgah di salah 1 lagi police checkpoint. Hampir 15 minit jugakla kat sini. Sekali dengan owner kereta yang tolong kitorang ni pun kena soal siasat. Prosedur biasa yang kitorang dah lalui macam sebelum2 ni. Perjalanan diteruskan semula
Lebih kurang pukul 2.30 petang, kitorang dah pun sampai di area Qingshuihe, area yang terkenal dengan tanaman lavender. Kitorang decide nak turun di salah sebuah lavender farm yang ada.
 |
oh lavender |
Kitorang minta owner kereta turunkan kitorang di Jieyou Lavender Farm. Dah survey dah kat internet sebelum ni. Nampak kat internet macam cantik dan luas farm dia.
Sempatla bergambar dulu dengan kawan baru yang tumpangkan kitorang ni. Oh ye.. Nama salah sorang ni Zhi Peng Xia.. Nama owner kereta x ingat, dia agak pendiam sikit hehe. Banyak bersembang dengan kawan dia. Teringat ni pun sebab asben pernah chat dengan Zhi dalam wechat. Diorang berdua ni meneruskan perjalanan ke Yining.
 |
tq Zhi & friend ! |
 |
ni kereta diorang |
Kitorang pulak terus masuk entrance dan mencari tempat nak simpan beg. Mujurla guard kat entrance tu bagi kitorang tumpang simpan beg, just letak kat bawah meja dia bertugas je. Kitorang pun terus masuk dalam menuju ke kaunter tiket. Tiket masuk ke lavender farm ni berharga 36 yuan untuk 2 orang.
 |
kat area kaunter tiket |
Sebelum keluar ke lavender farm, ada sedikit ruang pameran disediakan berkaitan dengan lavender. Tapi bahasa Inggeris x disediakan. Tengok gambar je lah
 |
tulisan cina daa |
 |
dah tentulah penerangan tentang jenis-jenis lavender kan |
 |
dried lavender |
 |
gambar |
Selesai teroka ruang pameran, kitorang pun berjalan keluar menuju ke lavender farm.
 |
ok jom ke lavender farm |
 |
buah ape ye |
 |
comel |
 |
ramai jugak pengunjung |
Luas jugak kawasan ladang lavender ni. Cantik dengan warna purple memenuhi kawasan sekitar. Kalau nak bergambar sensorang, dengan background lavender tu agak payah jugakla sebab ramai orang.
 |
lawa nye |
 |
zoom sikit |
 |
luas kan |
Hampir sejam setengah jugakla kitorang kat ladang ni. Lepas bergambar, try pulak aiskrim lavender, sedap. Selain lavender, ada jugak kawasan yang ditanam dengan bunga jenis lain yang pelbagai warna. Colourful gitu
 |
taman bunga |
 |
ladang bunga |
Settle bergambar, kitorang pun keluar menuju ke entrance tadi semula. Sempatla singgah kejap tengok-tengok barang souvenir yang dijual. Agak mahal jugakla. Antara yang dijadikan souvenir dari lavender ni adalah sabun, perfume, lotion dan face cream.
 |
souvenir area |
 |
dried lavender |
Kitorang keluar menuju ke guard house. Selepas mengucapkan terima kasih, beg digalas dan kitorang berjalan kaki mencari bus station. X jauh dah dari lavender farm ni. Dah ingat rupa entrance bus station Qingshuihe ni sebab semalam bas ada singgah ambil penumpang.
 |
entrance Jieyou Lavender Farm |
 |
jalan kaki ke bus station |
Hari dah nak ke petang, perut dari tadi dah berbunyik kelaparan. On the way ni kitorang singgah la kedai runcit beli buah-buahan seperti pisang dan strawberry. Bolehla buat mengisi perut dan menambah tenaga.
 |
beli buah-buahan
 |
dah nak sampai tempat bas |
|
 |
sedap manis strawberry ni |
 |
ni buah laici kan |
Sampai je di bus station, kitorang terus menuju ke kaunter. Tiket bas ke Yining/Ili berharga 30 yuan untuk 2 orang. X yah nak menunggu dah, kitorang terus je naik. Penuh je, bas pun gerak ke Yining.
 |
mini bus yang kitorang naik untuk ke Yining |
 |
Qingshuihe Bus stn ---> Ili/Yining |
 |
penuh dah |
Perjalanan bas ke Yining mengambil masa lebih kurang sejam lebih perjalanan. Sampaije di Yining Bus stn, kena soal lagi dengan polis. Seperti biasa. huhu. Selesai urusan, kitorang ke kaunter untuk membeli tiket bas untuk esok.
Esok kitorang akan ke Zhaosu, salah sebuah tempat yang mengambil masa 2 jam setengah dari Yining kalau ikut google map. Tapi yang sebenarnya jadi 4 jam lebih jugakla, sebab apa? Nanti me ceritakan.
 |
Yining/Ili ---> Zhaosu |
Tiket bas ke Zhaosu berharga 88 yuan untuk 2 orang. Settle beli tiket, polis tadi menunjukkan kitorang hotel untuk bermalam. Berdekatan dengan bus station. Mahal jugak la hotel ni, harga dalam RM 150. Nama hotel ni, Grand Road Silk Hotel.
Kalau ikut bajet, kitorang nak cari yang bawah seratus je semalam. Asal dapat lelap mata sudah. Tapi nak buat macam mana, kat China ni memang x banyak hotel yang accept foreigner. Kalau ada, yang macam ni la harganya. Kalau nak yang murah kena rajin mencari la.
Tapi setiap kali kalau dapat hotel yang agak bersih dan mahal sikit macam ni, ambil lah peluang untuk menggunakan tandas dengan membuang sepuas-puasnya. haha. Sebab apa?, kalau kat luar, contohnya tempat persinggahan bas, Ya Allah.. tandas dia, sumpah geli. Dengan xde air nya. Dengan x de pintunya. Terbantut urusan.
 |
ni la bilik kitorang |
 |
bilik mandi |
Selepas berehat, mandi dan solat, kitorang decide untuk keluar berjalan-jalan di kawasan sekitar hotel. Masa ni jam dah pun pukul 8.40 malam. Seperti biasa, hari masih lagi cerah. Puas berjalan kat Xinjiang ni waktu siang hari.
Kitorang dah target apa nak dibeli iaitu telur ayam! Ni memang wajib cari kat negara yang susah carik makanan halal, kalau makan magee pun letak sekali telur kat dalam. Kadang-kadang kitorang buat telur 3 suku je buat makan breakfast. Kenyang jugak sampai ke petang.
 |
shoppe |
 |
berjalan mencari kedai jual tulur ayam |
 |
view kawasan sekitar |
 |
stall jual buah-buahan |
 |
sesetengah tempat nak masuk kena body scan |
 |
menarik betul tengok buah-buahan ni |
 |
buah lagi |
 |
deretan kedai |
 |
kedai buah lagi |
Asyik lalu kedai buah je, sudahnya terbeli sampai RM 40 jugakla buah-buah campur. haha. Xpelah, buat stok lapar-lapar nanti. Telur ayam pun dah dibeli, dekat 2 jam gakla kitorang merayap, baru balik semula ke hotel.
 |
antara buah-buahan yang dibeli. buah melon kuning tu yang paling sodappp manehhh |
So, dah balik masa untuk berehat. Kumpul tenaga untuk hari esok. Bagi yang setia menanti kesinambungan cerita trip ni, sabar ye tunggu entry hari ke7. Kalau ada mood cepatla siap nya. huhu