Monday, March 19, 2018

Trip ke Kolkata,Darjeeling&Sikkim INDIA(2018)-D2

HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA
14 Januari 2018
Ke mana harini? Hari ni kitorang akan ke Sikkim. Sikkim ni terletak di sebelah utara peta India,  sebelah dengan Nepal. So dari Kolkata ni kitorang akan menaiki flight ke Bagdogra Airport. Airport yang terdekat dengan Sikkim. Tapi waktu flight adalah pada pukul 1.00 petang nanti.

Sikkim

So pagi ni, x la awal mana pun kitorang check out. Kitorang target nak melawat kawasan sekitar Kolkata ni dulu, takat mana yang sempat la. Dari apa yang me dah survey, x banyak sangat tempat untuk dilawati, banyak temple je la kat sini. X sesuai bagi kita yang muslim untuk ke tempat2 macam ni.

lorong bilik yang agak seremm.. huhu

So, lepas bersiap dan packing beg, lebih kurang pukul 9.00 pagi, kitorang pun check out dan mintak tolong staff hotel tahankan taxi. Kitorang mintak driver taxi hantarkan ke Victoria Memorial Hall. X jauh pun, dalam 10 minit perjalanan taxi. Bayaran dikenakan Rs50 dari Central Guest House ni.

suasana sekitar
teksi kunin
dah naik teksi

Hotel -----> Victoria Memorial Hall

So, sampaila di Victoria Memorial Hall ni. Apa yang ada kat sini? Dari yang me survey, katanya tempat ni dibina bagi memperingati Queen Victoria, sekarang ni dah jadi muzium la. Senibina dia pun lebih ke arah British, english2 style gitu.

So asben terus ke kaunter tiket. Mula tu macam malas pulak nak masuk, tapi tengok harga tiket murah je pun. So kitorang decide untuk masukla kejap. Tiket berharga Rs10 seorang untuk masuk kat area garden. Kalau nak masuk hall, bayar harga lain.

tiket masuk
Masa ni xtaula kenapa, cuaca x ok kot sebabnya macam berkabus je gambar2 yang kitorang ambik. Jerebu mungkin. Eh..kabus sebab sejuk la ni kan. Ntah..

Victoria Memorial Hall 
ade garden kat depan dia

Masa ni x la ramai sangat orang. Ada jugak beberapa pasangan pengantin tengah shoot gambar outdoor untuk wedding dorang.

pengantin
main entrance nak masuk memorial hall
gambar sisi
bersepah burung gagak kat sini

X lama pun kitorang kat sini. Lebih kurang pukul 9.30 pagi, kitorang dah tercegat kat pintu keluar menahan teksi kuning untuk ke tempat lain pulak. 

Dalam itinerary, sepatutnya lepas ni kitorang akan ke Flower Market. Ala... tempat orang meniaga bunga-bunga sembahyang tu. Kita redah je lah mana yang sempat..

kat entrance Memorial ni adala beberapa peniaga menjual cenderamata

nak tahan teksi kunin
Victoria Memorial Hall -----> Howrah stn
Dapat tahan je teksi, asben tanya driver nak ke Flower Market. Tapi driver x paham. So kitorang mintak driver hantar kat Howrah Bridge je. Kena bayar Rs 150. Kedudukan Flower Market ni dekat bawah jambatan Howrah je. Tu yang me survey dalam google map la.

Flower Market

merentas Howrah Bridge

Masa tengah seberang jambatan ni terpikir jugak, Flower Market tu sebelum jambatan ke selepas.. haha..Padahal sebelum ni dah tengok dah, yang Flower market ni sebelum jambatan. Adoila. Boleh pulak blur nak turun kat mana.

Masa ni Driver pun terus je bawak melepasi jambatan, sekali tu terpandang Howrah Stn. So kitorang cepat-cepat mintak nak turun kat sini.

dari dalam teksi

diorang ni gendong barang atas kepala

Tanya pada orang sekeliling masing-masing x tau kat mana Flower Market. X la pulak ingat nak translate bunga ke bahasa Hindi.. Dah balik Malaysia, baru tau bunga adalah phool dalam bahasa Hindi.

Kitorang pun jalan-jalan dulu kawasan situ. Dari jauh kitorang nampak macam ramai orang, rupanya ada ramai warga India tengah mandi kat tepi sungai. Mungkin adala kot upacara diorang. Ada jugak yang mencuci pakaian kat tepi sungai ni. Sungai ni namanya Hoogly River. Kitorang pergi la tengok-tengok kejap.

kat kawasan tepi sungai
bersidai baju2 kat pokok..
mandi sambil tengok Howrah Bridge
tengah mandi tu ha
lawa pulak ada bayang kabus

X lama tu, kitorang pun keluar dari kawasan mandi-manda tu sambil mencari solution untuk ke Flower Market. masa ni la pun baru terpikir, mungkin kat seberang jambatan sebab haritu tengok dalam map macam sebelum cross jambatan.

So kitorang pun  berjalan kaki je seberang balik ke sebelah sana. Ramai je orang yang seberang jambatan ni dengan berjalan kaki. Sambil jalan tu sambil mendengar bunyi-bunyi hon kereta yang lalu-lalang.

jom jalan

huii dasat...berat tu..
kat seberang ni pun ada yang tengah mandi kat tepi sungai

Sampai je kat hujung jambatan, terus terpandang Flower Market yang terletak kat bahagian bawah. Bersepah kawasan orang niaga tu dengan surat khabar. Masa ni mungkin dah nak hampir nak tutup.

Dah alang-alang sampai, kitorang pergi la explore kejap. Nama flower market ni sebenarnya Mullick Ghat Flower Market. Kat sini dorang jual bunga-bunga yang dah siap diikat untuk jadi bunga kalung kat leher tu.  Katanya jenis bunga nya adalah bunga marigold yang kebanyakannya berwarna oren dan kuning.

dah sampai
kedai-kedai menjual bunga
ha tu dia bersepah dengan surat khabar dan dahan-dahan bunga
kalung bunga
kaler kuning
bergayut-gayut kat bahu
view dari atas jambatan
Masa ni tengok jam dah pun pukul 10.30 pagi. Kitorang pun decide nak terus gerak ke airport memandangkan flight ke Bagdogra adalah  pada pukul 1.00 petang. Biar sampai awal daripada last minute kan. Kang nak beratur untuk check in lagi.

mula-mula ingat uncle ni jual buah-buah & sayur yang dah siap dihiris. Rupanya dia jual pisau hiris tu daaa.. huhu


ada jual buah 

So ternampak sorang polis kat kawasan tu. Kitorang tanya dia kat mana nak ambil prepaid taxi. Dia kata boleh tahan je kat tepi jalan, tapi kena seberang jalan dulu. Dia yang tolong tahankan taxi, driver cas Rs250 untuk ke airport. Abam polis ni siap sound driver tadi supaya x naikkan harga. Tq abam polis Kolkata!

Flower Market -----> Kolkata Airport

on the way ke airport Kolkata

dah sampai airport

Flight yang me dah book ni adalah GoAir. Masuk je ke dalam airport, kitorang terus ke kaunter untuk urusan check in. Masa ni pun dah pukul 11.30 pagi. Selesai dapat boarding pass, kitorang terus ke boarding gate. Flight berlepas pada pukul 1.05 petang ke Bagdogra.

Go Air

dah jom naik

Kolkata Airport -----> Bagdogra Airport

Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam suku je. Naik flight memang sekejap, kalau naik train hampir 11 jam jugakla. Cumanya dari train stn tu nanti, dah boleh terus naik sharing jeep untuk ke Sikkim.

Kalau dari airport, nak kena ambik teksi dulu ke tempat sharing jeep. Semua dah di survey awal-awal. hehehe..

Kolkata -----> New Jalpaiguri by train

So flight pun selamat mendarat di Bagdogra Airport pada pukul 2.15 petang. Disebabkan beg kitorang bawak masuk kabin, so xpayah la nak menunggu di bahagian beg. Kitorang terus je keluar mencari kaunter prepaid taxi.

Dari Bagdogra Airport ni, kita boleh terus ke stesen keretapi terdekat untuk menaiki sharing jeep ke Gangtok. Ada 2 stesen berdekatan yang me survey, 1 di Siliguri stn dan 1 lagi di New Jalpaiguri stn. Siliguri stn lebih dekat dengan airport. So, kitorang book prepaid taxi untuk ke Siliguri dengan bayaran Rs 350 sehala.

Bagdogra Airport

Bagdogra airport -----> New Jalpaiguri stn
Bagdogra airport -----> Siliguri stn
dalam teksi ke Siliguri 
otw ke Siliguri
Perjalanan menaiki teksi ke Siliguri mengambil masa lebih kurang 45 minit. Kitorang tiba di Siliguri pada pukul 3.10 petang. Dah sampai sini nak kena cari sharing jeep pulak untuk ke Gangtok, Sikkim. Kalau amek sharing ni murah sikit berbanding sewa untuk sebijik kereta. Lagipun kitorang berdua je.

dalam sharing jeep ke Gangtok

Sharing jeep di Siliguri ni memang dah tersedia untuk ke Gangtok. Selalunya diorang akan tunggu penuh, baru gerak. Kebiasaannya diorang akan bawak 10 penumpang sekali jalan. Memang padatla sikit. Sorang kena bayar Rs 250 untuk sharing jeep ni.

Perjalanan agak jauh jugakla, 4 jam lebih kurang nak sampai ke Gangtok. On the way nanti kitorang nak kena singgah di Rangpo untuk issue permit masuk ke Sikkim

On the way ni, ikutkan nak amek gambar sepanjang perjalanan. Siap standby dah keluarkan kamera. Tapi disebabkan faktor kesempitan ruang, agak sukar jugak nak klik klik. haha.. Sempit gila. Seat yang belakang sekali ni dah la dekat tayar, kenala duduk senget. huhu..Berempat pulak tu. Kurus-kurus xpe jugak, ni boleh tahan badan masing-masing. haha

on the way

TIPS PENTING : Bagi yang nak ke Sikkim, permit perlu issue di Rangpo, pintu masuk sebelum ke Gangtok. X de bayaran dikenakan. Cuma tunjuk passport. Nanti diorang bagi permit tu. (ILP-Inner Line Permit) Kejapje pun buatnya.

Siliguri -----> kedai makan Chhetri Hotel

Sebelum Rangpo, kitorang ada singgah minum di kedai makan bawah hotel Chhetri. X pasti area mana.  Kitorang order chai dan magee. Sama macam kat Ladakh dulu. Kuat betul belasah magee. Tapi serius sedap magee diorang. Pekat likat. Cuma chai lebih sedap di area Ladakh hari tu. 

mmm dapnye
sharing jeep yang kitorang naik
kedai makan. Hari pun dah nak gelap
Chhetri hotel -----> Rangpo

Selepas singgah makan tadi, perjalanan diteruskan dan kitorang tiba di  Rangpo pada pukul 5.45petang. Masa ni memang dah gelap dah hari. Cuma me & asben je foreigner dalam jeep ni, so kitorang turun dari jeep dan terus naik tangga untuk ke tempat issue permit. (nanti me masukkan gambar tempat issue permit ni kat entry keluar Sikkim nanti)

X sampai 10 minit, settle. Kitorang turun dan terus menaiki jeep semula. Perjalanan diteruskan ke Gangtok. Kitorang tiba di Gangtok pada pukul 7.15 malam. Masa ni xde book lagi mana-mana hotel di Gangtok ni.

Kitorang tahan taxi, suruh dia hantar mana-mana hotel yang ada good wifi. So driver ni terus bawak kitorang ke hotel Mist Tree Mountain di area pekan Gangtok. Katanya kepunyaan member dia. 

Rangpo -----> Gangtok

view dari lobi hotel
view dari tingkap bilik. Ada event di stadium bola
Tengok rate harga pun ok, kitorang on. Selepas check in, mandi dan solat, kitorang decide untuk keluar berjalan-jalan di kawasan sekitar. Cuaca sejuk sangat malam ni. Masa cek suhu malam ni 10 darjah celcius. Makin lewat malam makin drop suhu.

Hotel ni terletak berdekatan dengan MG Marg. 5 minit je berjalan kaki. Mg Marg ni bermaksud Mahatma Ghandi Road. Kira di short form kan la. Merupakan salah 1 landmark yang ada di Gangtok ni. Kat sini la port yang ramai orang datang lepak, terutamanya malam hari sebab ada deretan kedai kat kiri kanan. Happening jugakla.

Hotel Mist Tree -----> MG Marg

Kat Gangtok ni kebetulan masa kitorang datang ada event yang dibuat di Palzor Stadium, stadium bola sepak. So dapat dengar gakla riuh-riuh kat sini.

Dari bilik kitorang boleh nampak stadium ni. Diorang siap pasang screen besar di MG Marg yang buat lintas langsung sewaktu konsert sedang berlangsung di stadium tu. Gambar atas tu yang terang benderang dari tingkap bilik tu lah stadium nya.

Dari pandangan kitorang, MG Marg ni x ubah macam main Bazaar di Leh, Ladakh yang kitorang pernah pergi tahun lepas. Lebih kurang sama.

Gambar kitorang amek masa di Main Bazaar Leh tahun lepas


MG Marg. Ada statue Mahatma Ghandi kat situ
lebih kurang macam main bazaar di Leh
deretan kedai di MG Marg

Dalam sejam gakla kitorang merayau-rayau sekitar MG Marg ni. Kitorang cuma beli mineral water je lepas tu terus berjalan kaki semula balik ke hotel.

Esok kitorang cuma berada di pekan Gangtok ni je. Sebabnya nak cari tourist agency untuk amek North Sikkim Tour ke Yumthang Valley, salah satu tempat yang orang akan pergi kalau datang Sikkim.

So untuk ke Yumthang Valley, nak kena ada permit jugak. Permit untuk masuk ke North Area of Sikkim. Permit ni dinamakan PAP (Protected Area Permit). X sama dengan permit yang masuk Sikkim, yang buat kat Rangpo tu. Tu nama dia ILP (Inner Line Permit). Nak issue PAP ni, tour agent yang akan buatkan. Ambil masa sehari jugakla.

TIPS PENTING : Terdapat pelbagai tour di area Sikkim ni antaranya North Sikkim Tour macam kitorang ni. Depend pada minat dan bajet masing2. Yang penting siap-siap bawak dokumen yang perlu untuk apply permit antaranya of course lah passport dan visa serta gambar 4,5 keping(banyak lg bagus).

Yumthang Valley
Kat Sikkim juga terkenal dengan Mt Kanchenjunga yang dapat dilihat selalunya dari Gangtok dan Darjeeling. Kalau di Darjeeling, kita boleh ke Tiger Hill untuk melihat view Mt Kanchenjunga semasa matahari terbit.

tiger Hill Darjeeling

Manakala di Gangtok ni, tempat top untuk melihat view Mt Kanchenjunga adalah di Tashi View Point. Tapi sepanjang kitorang di Gangtok ni, xde pun pergi ke View Point ni sebab dari hotel pun dapat tengok, cuma jauh sikitla.

Tashi View Point Gangtok
Kat Sikkim ni juga ada beberapa lake. Ikutkan hati teringin nak ke Gurudongmar Lake, tapi foreigner x lepas sampai ke tasik ni. Local Indian je boleh lepas sampai ke sini.

lawo kan.. ni la Gurudongmar Lake

Oklah, disebabkan terlebih rajin sikit, kat sini me senaraikan sikit area dan tempat lawatan kat kawasan Sikkim. Ni atas apa yang me dah survey.

Seperti yang me ceritakan kat atas, sebelum masuk Sikkim, foreigner kena apply ILP (Inner Line Permit) dulu kan. Ok lepas dah masuk Sikkim. So, nak tour area Sikkim pulak, kena apply PAP (Protected Area Permit). So kat bawah ni me senaraikan protected area yang selalunya dilawati oleh pengunjung yang datang ke Sikkim mengikut bahagian ;

East Sikkim;

1) Tsomgo (Changu) Lake. Terletak kira-kira 40 meter dari Gangtok. Tasik ni memang akan beku pada musim sejuk. Foreigner boleh ke sini dan perlu apply PAP permit.

Tsomgo Lake.
2) Nathula Pass. Merupakan laluan yang menghubungkan negara India, Sikkim dengan wilayah autonomi Tibet, China. Foreigner x dibenarkan ke sini.

Nathula

West Sikkim

1) Dzongri and Goecahala Trek. Ha.. ni sesuai bagi yang minat trekking & camping. View cantiknyerla.. Dapat tengok Mt Kanchenjunga dan gunung2 salji yang lain dari jarak dekat.

Dzongri and Goecahala Trek

2) Singalila trek. Ni pun salah 1 trekking tour. Sama jugak kena dapatkan permit untuk ke tempat ni

Singalila Trek
North Sikkim

1) Yumthang, Yumesamdong (Zero Point), Thangu/Chopta Valley. Kitorang cuma ke Yumthang Valley je. Biasanya diorang akan ambil trip sampai ke Yumthang Valley. Kalau nak ke Zero Point, kena bayar extra charges kat driver.

Yumesamdong/ Zero point
Chopta Valley

2) Gurudongmar Lake. Ha ni seperti yang me cerita kat atas. Tengok gambar atas je lah ek. Lawo kan? Tapi foreigner x lepas sampai sana. aduhaiii

South Sikkim

Ha, kalau nak pi belah2 south ni, foreigner xperlukan PAP, cukup sekadar ILP. Antara tempat menarik yang ada adalah Namchi, Ravangla, Jorethang. Bagi me, belah2 south ni x berapa menarik sangat. hehe..

Ravangla
Namchi
Ha amacam.. Cantik kan Sikkim? Terutama sebelah west dengan north tuuu.. Rasa macam nak pergi trekking pulak lain kali. Tapi cukupke stamina ni.. huhu

Okla, jom sambung ke hari berikutnya.. 


























































































Trip ke Kolkata,Darjeeling&Sikkim INDIA(2018)-D1

HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA


13 Januari 2018

Train tiba di Gemas lebih kurang pukul 2.10 pagi. Mengantuknyala masa ni. Tapi kitorang terpaksa gagahkan kaki gak turun dan berjalan ke stn.


tiba di stesen Gemas pagi2 buta
berjalan masuk
stesen ktmb Gemas

Train seterusnya untuk ke JB Sentral adalah pada pukul 5.15 pagi. Ada masa lebih kurang 3 jam lagi. Ayoyo...apa nak dibuat. Kitorang pun cari port nak lepak-lepak. Asben sempat la lelap kat deretan kerusi. Siap berdengkur bagai.. Ape adehal..

Kita ni yang segan nak tidur. Maka setialah berjaga di sisi beg dan barang2.. Tahan la kelopak mata dari terkatup.. Nasib baik jenis yang xcepat lelap. Lagipun dah biasa berjaga & x tidur time belajar & keje buat design dulu.

Gemas -----> JB Sentral

Masa pun berlalu, lebih kurang pukul 5.10 pagi, kitorang turun ke platform dan menaiki train yang dah tersedia. Sebelum waktu train tadi, dah siap-siap ke tandas cuci muka bagai. Train tiba di JB Sentral pada pukul 9.00 pagi.

JB Sentral. Gambar dari wikipedia

Masih awal pagi lagi. Flight kitorang ke India adalah pada waktu malam nanti. Pada awalnya dah decide dengan asben nak check in hotel dan berehat je. So kitorang pun mencari locker untuk simpan backpack. Bayaran sewa locker di JB Sentral adalah RM10. Kalau lagi besar, lagi mahal.

Selesai je simpan beg, kitorang pun berjalan kaki di kawasan sekitar JB Sentral mencari hotel. Ada jugak jumpa tapi mahal nau aihh. Ada tu kitorang tanya ada x sewa per jam, orang kaunter tengok pelik je.. Dia ingat x kawin lagi gamaknye.

Kotaraya
Sambil cari hotel, kitorang tanya sekali tempat makan pagi sebabnya sepanjang kitorang berjalan tu, x jumpa kedai makan melayu. Kedai mamak adala jumpa. Ada staff salah satu hotel cadangkan kitorang ke Galleria @ Kotaraya. Jalan punya jalan sampailah kitorang di bangunan Kotaraya tu. Singgah jap breakfast sebelum berjalan kaki semula ke JB City Square.

Sudahnya kitorang decide untuk tengok wayang je. Sempat la layan 2 cerita (Thor & Jumanji) kat sini sambil layan mata yang mengantuk. Sebelum tengok wayang tu kitorang melepak di Cafe Bene, minum minum kopi.

tengok cerita Thor

Lebih kurang pukul 5.30 petang, kitorang berjalan kaki semula ke bangunan JB Sentral dan membeli tiket bas Causeway Link untuk ke Senai Int Airport. Tiket sehala berharga RM8 seorang. Kitorang book bus pukul 6.00 petang, kiranya xla awal sangat dan lewat sangat untuk ke airport.

JB Sentral -----> Senai Int Airport

Lepas ambil beg dari locker, kitorang terus berjalan ke terminal bas. Bas bergerak tepat pada pukul 6.00 petang dan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai di airport. Bas ni ada setiap sejam. X yah risau kalau terlepas.

dalam bas

Kat airport, kitorang just tunggu masuk boarding gate je. Xde apa nak kejar sangat la masa ni. Web check in dah buat. Beg pun bawak masuk cabin je.

Alhamdulillah flight x de delay. Flight kitorang berlepas pada pukul 9.35 malam ke Kolkata dan tiba pada pukul 10.40 malam waktu India di Netaji Subhash Chandra Bose International Airport, Kolkata. 

Perbezaan waktu India dengan Malaysia adalah 2 jam setengah. Kiranya masa sampai ni, kat Malaysia dah pun pukul 1.10 pagi. (betul la kan kiraan ni?)

Senai Int Airport -----> Kolkata (patutnya 4jam lebih je. entah kat google map tulis 7j50m)

So mula-mula lepas sampai, seperti yang me dah survey, kitorang perlu booking prepaid taxi dulu untuk ke hotel. Kaunter prepaid taxi ni kat dalam airport, sebelum pintu keluar. Untuk ke hotel, cas taxi adalah Rs350.

TIPS PENTING : Standby siap-siap alamat hotel dan terus tunjuk di kaunter prepaid taxi kat dalam airport. Jangan ambik terus yang kat luar tu. Dengar citer mahal. Kena cas mahal tanggung sendirik.. hehehe

tiket prepaid taxi
ramai giler orang
tunggu turn

Kat Kolkata ni la kita boleh jumpa taxi klasik yang warna kuning ni. Bersepah lagi masih digunakan kat sini. Ramai sangat orang beratur nak naik taxi. Kena ikut turn ler..Lebih kurang pukul 11.30 malam barulah turn kitorang dapat naik taxi kaler kuning ni.

Tunjuk je alamat pada driver ni. Kalau di tau dia bawakla. Kalau x dia say hye hye bye bye je la. Pi carik taxi lain..:p

kat luar airport
   

taxi kuning

asben tengah tunjuk alamat hotel pada driver taxi

Netaji Airport -----> hotel
Perjalanan dari airport untuk ke hotel memakan masa hampir sejam gak la. Memang jauh sikit dari airport nak ke center point Kolkata. Hotel me dah book ni namanya Central Guest House. Dah siap book kat booking.com dan perlu bayar masa di hotel. 

dalam taxi ke hotel
Kitorang sampai hotel dah lewat jugakla hampir pukul 1 pagi. Selesai check in, kitorang naik ke bilik, mandi, solat dan tidur. Tapi x berapa nak lena pun tidur. Biasalah, xbiasa dengan tempat lagi.

Lagipun hotel ni terletak betul-betul tepi jalan. Kadang tu tersedar 3, 4 pagi bunyi hon lagi macam time tengahari pulak ligat nya.

So, kite ke mana pulak esok? Nantikan...












Trip ke Kolkata,Darjeeling&Sikkim INDIA(2018)-Otw

Assalamualaikum.. Bertemu lagi dalam entry trip kali ke 2 ke India! Ye la.. visa kan belum expired lagi. Gunalah sebaiknya. Buat visa haritu pun boleh tahan gak mahalnya. Time tengah menulis ni pun visa ke India masih lagi belum expired. Ada 4 hari lagi. (ni bulan 2 haritu la masa entry ni belum lg di post..la ni dah masuk bln 3, baru nak publish. haha)
Kali ni kitorang mengembara ke sebelah kanan peta negara India, kalau tengok kat map, kiranya terletak sebelah je dengan Nepal. Kitorang cover Kolkata, Darjeeling dan Sikkim. Kalau ikutkan hati nak ke Ladakh lagi. Cantikkk sangat tempat tu.

Try la jejak entry kitorang ke Ladakh tuu... huhu.. Tapi tiket mahallll ke area New Delhi nun uollss. Insyaallah lain kali kalau ada rezeki, memang nak ke sana lagi.

TIPS PENTING : Kalau plan nak ke Delhi, tapi tgk tiket mahal sgt boleh try cari tiket ke Jaipur. Selalunya lebih murah dari Delhi. Airasia selalu buat promo. Dari Jaipur nanti naik train je ke Agra pi tengok Taj Mahal dulu, lepas tu train ke Delhi. Terus dapat cover segitiga India. (Jaipur, Agra, New Delhi)

Trip ke India, yg 1st belah kiri tu, 2nd belah kanan
Ok jom kita rungkai trip ni!

12 Januari 2018

Trip kali ni me book tiket flight dari Senai Int Airport menuju ke Kolkata. Kenapa ke Johor pulak kan? Sebab kalau dari KL pun ada tapi mahal sangat. Mestilah kejar yang promo, sebab murah sikit. Kebetulan ada promo Air Asia dari Johor ke Kolkata. Cumanya kena la gerak ke Johor dulu. Hari ni adalah hari Jumaat. Me & asben masih lagi bekerja tapi melayang dah dengan mood bercutinya kan.

Lepas waktu kerja, balik rumah dulu kemas apa yang patut. Kali ni punya trip, sehari sebelum flight date, baru hegeh-hegeh nak pack baju dan barang-barang yang nak dibawa. Kalau trip yang sebelum2 ni, 2 minggu sebelum dah pack baju.

Okla..So, dalam pukul 7.00 petang, kitorang menaiki kereta bersama adik lelaki me, Iwan & wife dia, Ira, bergerak menuju ke Tapah Road. Kenapa ke Tapah Road pulak ni?

Target nya adalah untuk menaiki KTM ETS ke Johor. Nak naik bas takut pulak..So station keretapi paling dekat dengan Cameron Highlands adalah Tapah Road. Kalau dari Ipoh pun boleh jugak. Cuma station Ipoh adalah sebelum Tapah Road kalau nak menghala ke selatan ni.

route map

Tapi dari Tapah Road xde direct train ke Johor, kena transit di Gemas, Nogori Sembilan dulu. Dari Gemas station pulak akan menuju ke JB Sentral station. Dari JB Sentral boleh terus naik bas untuk ke Senai Airport.

Tiket pergi balik keretapi me dah awal-awal beli online. Pergi balik dalam RM150 jugak la sorang. Tapi masih lagi dapat jimat berbanding flight KL ke Kolkata waktu ni. Lagipun kalau nak ke KLIA2 pun still jugak kena drive dari Cameron.3 jam jugak paling kurang. Kena isi minyak kereta sampai ke KL, nak bayar parking kat airport lagi. Ha...Naik ETS je mudah.
   
Mardi Cameron -----> Stesen KTM Tapah Road
Kitorang tiba di Tapah lebih kurang pukul 8.30 malam. Singgah solat jamak di masjid Tapah sebelum bergerak ke Tapah Road. Sebelum tu, sempat lagi asben bungkus nasi lemak ayam goreng favourite dia kat salah satu gerai makan di Tapah. Ramai yang cakap nasi lemak kat gerai tu sedap.

Dalam pukul 9.20 malam, kitorang pun sampai di stesen keretapi Tapah Road. Dah ada beberapa orang yang menunggu train kat stesen ni. Me terus suruh Iwan & wife dia gerak balik semula ke Cameron Highlands sebab dah lewat malam.

KTM Tapah Road
suasana di KTM Tapah Road

Kalau ikut dalam e-ticket yang me dah print ni, train ETS ni akan sampai pada pukul 9.43 malam.
X lama tu train pun sampai. X ramai yang turun dan naik di stesen Tapah ni

sampai dah ETS
Kitorang mengambil tempat duduk mengikut nombor yang tertulis dalam e-ticket. Dah siap simpan beg semua, kitorang pun bukak bungkusan nasi lemak yang dah dibeli tadi. Sodap..Siap ratah ayam goreng lagi.

Kat dalam train ni pun turut disediakan cafe yang menjual makanan dan minuman, tandas berserta surau.

makan malam
Tapah Road -----> Gemas

Lepas makan, perut pun dah kenyang. Perjalanan nak ke Gemas mengambil masa lebih dari 4 jam. So masa untuk lelapkan mata.. zzzzzzzzzz

Jom sambung ke next entry.


Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8