Monday, March 19, 2018

Trip ke Kolkata,Darjeeling&Sikkim INDIA(2018)-D2

HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA
14 Januari 2018
Ke mana harini? Hari ni kitorang akan ke Sikkim. Sikkim ni terletak di sebelah utara peta India,  sebelah dengan Nepal. So dari Kolkata ni kitorang akan menaiki flight ke Bagdogra Airport. Airport yang terdekat dengan Sikkim. Tapi waktu flight adalah pada pukul 1.00 petang nanti.

Sikkim

So pagi ni, x la awal mana pun kitorang check out. Kitorang target nak melawat kawasan sekitar Kolkata ni dulu, takat mana yang sempat la. Dari apa yang me dah survey, x banyak sangat tempat untuk dilawati, banyak temple je la kat sini. X sesuai bagi kita yang muslim untuk ke tempat2 macam ni.

lorong bilik yang agak seremm.. huhu

So, lepas bersiap dan packing beg, lebih kurang pukul 9.00 pagi, kitorang pun check out dan mintak tolong staff hotel tahankan taxi. Kitorang mintak driver taxi hantarkan ke Victoria Memorial Hall. X jauh pun, dalam 10 minit perjalanan taxi. Bayaran dikenakan Rs50 dari Central Guest House ni.

suasana sekitar
teksi kunin
dah naik teksi

Hotel -----> Victoria Memorial Hall

So, sampaila di Victoria Memorial Hall ni. Apa yang ada kat sini? Dari yang me survey, katanya tempat ni dibina bagi memperingati Queen Victoria, sekarang ni dah jadi muzium la. Senibina dia pun lebih ke arah British, english2 style gitu.

So asben terus ke kaunter tiket. Mula tu macam malas pulak nak masuk, tapi tengok harga tiket murah je pun. So kitorang decide untuk masukla kejap. Tiket berharga Rs10 seorang untuk masuk kat area garden. Kalau nak masuk hall, bayar harga lain.

tiket masuk
Masa ni xtaula kenapa, cuaca x ok kot sebabnya macam berkabus je gambar2 yang kitorang ambik. Jerebu mungkin. Eh..kabus sebab sejuk la ni kan. Ntah..

Victoria Memorial Hall 
ade garden kat depan dia

Masa ni x la ramai sangat orang. Ada jugak beberapa pasangan pengantin tengah shoot gambar outdoor untuk wedding dorang.

pengantin
main entrance nak masuk memorial hall
gambar sisi
bersepah burung gagak kat sini

X lama pun kitorang kat sini. Lebih kurang pukul 9.30 pagi, kitorang dah tercegat kat pintu keluar menahan teksi kuning untuk ke tempat lain pulak. 

Dalam itinerary, sepatutnya lepas ni kitorang akan ke Flower Market. Ala... tempat orang meniaga bunga-bunga sembahyang tu. Kita redah je lah mana yang sempat..

kat entrance Memorial ni adala beberapa peniaga menjual cenderamata

nak tahan teksi kunin
Victoria Memorial Hall -----> Howrah stn
Dapat tahan je teksi, asben tanya driver nak ke Flower Market. Tapi driver x paham. So kitorang mintak driver hantar kat Howrah Bridge je. Kena bayar Rs 150. Kedudukan Flower Market ni dekat bawah jambatan Howrah je. Tu yang me survey dalam google map la.

Flower Market

merentas Howrah Bridge

Masa tengah seberang jambatan ni terpikir jugak, Flower Market tu sebelum jambatan ke selepas.. haha..Padahal sebelum ni dah tengok dah, yang Flower market ni sebelum jambatan. Adoila. Boleh pulak blur nak turun kat mana.

Masa ni Driver pun terus je bawak melepasi jambatan, sekali tu terpandang Howrah Stn. So kitorang cepat-cepat mintak nak turun kat sini.

dari dalam teksi

diorang ni gendong barang atas kepala

Tanya pada orang sekeliling masing-masing x tau kat mana Flower Market. X la pulak ingat nak translate bunga ke bahasa Hindi.. Dah balik Malaysia, baru tau bunga adalah phool dalam bahasa Hindi.

Kitorang pun jalan-jalan dulu kawasan situ. Dari jauh kitorang nampak macam ramai orang, rupanya ada ramai warga India tengah mandi kat tepi sungai. Mungkin adala kot upacara diorang. Ada jugak yang mencuci pakaian kat tepi sungai ni. Sungai ni namanya Hoogly River. Kitorang pergi la tengok-tengok kejap.

kat kawasan tepi sungai
bersidai baju2 kat pokok..
mandi sambil tengok Howrah Bridge
tengah mandi tu ha
lawa pulak ada bayang kabus

X lama tu, kitorang pun keluar dari kawasan mandi-manda tu sambil mencari solution untuk ke Flower Market. masa ni la pun baru terpikir, mungkin kat seberang jambatan sebab haritu tengok dalam map macam sebelum cross jambatan.

So kitorang pun  berjalan kaki je seberang balik ke sebelah sana. Ramai je orang yang seberang jambatan ni dengan berjalan kaki. Sambil jalan tu sambil mendengar bunyi-bunyi hon kereta yang lalu-lalang.

jom jalan

huii dasat...berat tu..
kat seberang ni pun ada yang tengah mandi kat tepi sungai

Sampai je kat hujung jambatan, terus terpandang Flower Market yang terletak kat bahagian bawah. Bersepah kawasan orang niaga tu dengan surat khabar. Masa ni mungkin dah nak hampir nak tutup.

Dah alang-alang sampai, kitorang pergi la explore kejap. Nama flower market ni sebenarnya Mullick Ghat Flower Market. Kat sini dorang jual bunga-bunga yang dah siap diikat untuk jadi bunga kalung kat leher tu.  Katanya jenis bunga nya adalah bunga marigold yang kebanyakannya berwarna oren dan kuning.

dah sampai
kedai-kedai menjual bunga
ha tu dia bersepah dengan surat khabar dan dahan-dahan bunga
kalung bunga
kaler kuning
bergayut-gayut kat bahu
view dari atas jambatan
Masa ni tengok jam dah pun pukul 10.30 pagi. Kitorang pun decide nak terus gerak ke airport memandangkan flight ke Bagdogra adalah  pada pukul 1.00 petang. Biar sampai awal daripada last minute kan. Kang nak beratur untuk check in lagi.

mula-mula ingat uncle ni jual buah-buah & sayur yang dah siap dihiris. Rupanya dia jual pisau hiris tu daaa.. huhu


ada jual buah 

So ternampak sorang polis kat kawasan tu. Kitorang tanya dia kat mana nak ambil prepaid taxi. Dia kata boleh tahan je kat tepi jalan, tapi kena seberang jalan dulu. Dia yang tolong tahankan taxi, driver cas Rs250 untuk ke airport. Abam polis ni siap sound driver tadi supaya x naikkan harga. Tq abam polis Kolkata!

Flower Market -----> Kolkata Airport

on the way ke airport Kolkata

dah sampai airport

Flight yang me dah book ni adalah GoAir. Masuk je ke dalam airport, kitorang terus ke kaunter untuk urusan check in. Masa ni pun dah pukul 11.30 pagi. Selesai dapat boarding pass, kitorang terus ke boarding gate. Flight berlepas pada pukul 1.05 petang ke Bagdogra.

Go Air

dah jom naik

Kolkata Airport -----> Bagdogra Airport

Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam suku je. Naik flight memang sekejap, kalau naik train hampir 11 jam jugakla. Cumanya dari train stn tu nanti, dah boleh terus naik sharing jeep untuk ke Sikkim.

Kalau dari airport, nak kena ambik teksi dulu ke tempat sharing jeep. Semua dah di survey awal-awal. hehehe..

Kolkata -----> New Jalpaiguri by train

So flight pun selamat mendarat di Bagdogra Airport pada pukul 2.15 petang. Disebabkan beg kitorang bawak masuk kabin, so xpayah la nak menunggu di bahagian beg. Kitorang terus je keluar mencari kaunter prepaid taxi.

Dari Bagdogra Airport ni, kita boleh terus ke stesen keretapi terdekat untuk menaiki sharing jeep ke Gangtok. Ada 2 stesen berdekatan yang me survey, 1 di Siliguri stn dan 1 lagi di New Jalpaiguri stn. Siliguri stn lebih dekat dengan airport. So, kitorang book prepaid taxi untuk ke Siliguri dengan bayaran Rs 350 sehala.

Bagdogra Airport

Bagdogra airport -----> New Jalpaiguri stn
Bagdogra airport -----> Siliguri stn
dalam teksi ke Siliguri 
otw ke Siliguri
Perjalanan menaiki teksi ke Siliguri mengambil masa lebih kurang 45 minit. Kitorang tiba di Siliguri pada pukul 3.10 petang. Dah sampai sini nak kena cari sharing jeep pulak untuk ke Gangtok, Sikkim. Kalau amek sharing ni murah sikit berbanding sewa untuk sebijik kereta. Lagipun kitorang berdua je.

dalam sharing jeep ke Gangtok

Sharing jeep di Siliguri ni memang dah tersedia untuk ke Gangtok. Selalunya diorang akan tunggu penuh, baru gerak. Kebiasaannya diorang akan bawak 10 penumpang sekali jalan. Memang padatla sikit. Sorang kena bayar Rs 250 untuk sharing jeep ni.

Perjalanan agak jauh jugakla, 4 jam lebih kurang nak sampai ke Gangtok. On the way nanti kitorang nak kena singgah di Rangpo untuk issue permit masuk ke Sikkim

On the way ni, ikutkan nak amek gambar sepanjang perjalanan. Siap standby dah keluarkan kamera. Tapi disebabkan faktor kesempitan ruang, agak sukar jugak nak klik klik. haha.. Sempit gila. Seat yang belakang sekali ni dah la dekat tayar, kenala duduk senget. huhu..Berempat pulak tu. Kurus-kurus xpe jugak, ni boleh tahan badan masing-masing. haha

on the way

TIPS PENTING : Bagi yang nak ke Sikkim, permit perlu issue di Rangpo, pintu masuk sebelum ke Gangtok. X de bayaran dikenakan. Cuma tunjuk passport. Nanti diorang bagi permit tu. (ILP-Inner Line Permit) Kejapje pun buatnya.

Siliguri -----> kedai makan Chhetri Hotel

Sebelum Rangpo, kitorang ada singgah minum di kedai makan bawah hotel Chhetri. X pasti area mana.  Kitorang order chai dan magee. Sama macam kat Ladakh dulu. Kuat betul belasah magee. Tapi serius sedap magee diorang. Pekat likat. Cuma chai lebih sedap di area Ladakh hari tu. 

mmm dapnye
sharing jeep yang kitorang naik
kedai makan. Hari pun dah nak gelap
Chhetri hotel -----> Rangpo

Selepas singgah makan tadi, perjalanan diteruskan dan kitorang tiba di  Rangpo pada pukul 5.45petang. Masa ni memang dah gelap dah hari. Cuma me & asben je foreigner dalam jeep ni, so kitorang turun dari jeep dan terus naik tangga untuk ke tempat issue permit. (nanti me masukkan gambar tempat issue permit ni kat entry keluar Sikkim nanti)

X sampai 10 minit, settle. Kitorang turun dan terus menaiki jeep semula. Perjalanan diteruskan ke Gangtok. Kitorang tiba di Gangtok pada pukul 7.15 malam. Masa ni xde book lagi mana-mana hotel di Gangtok ni.

Kitorang tahan taxi, suruh dia hantar mana-mana hotel yang ada good wifi. So driver ni terus bawak kitorang ke hotel Mist Tree Mountain di area pekan Gangtok. Katanya kepunyaan member dia. 

Rangpo -----> Gangtok

view dari lobi hotel
view dari tingkap bilik. Ada event di stadium bola
Tengok rate harga pun ok, kitorang on. Selepas check in, mandi dan solat, kitorang decide untuk keluar berjalan-jalan di kawasan sekitar. Cuaca sejuk sangat malam ni. Masa cek suhu malam ni 10 darjah celcius. Makin lewat malam makin drop suhu.

Hotel ni terletak berdekatan dengan MG Marg. 5 minit je berjalan kaki. Mg Marg ni bermaksud Mahatma Ghandi Road. Kira di short form kan la. Merupakan salah 1 landmark yang ada di Gangtok ni. Kat sini la port yang ramai orang datang lepak, terutamanya malam hari sebab ada deretan kedai kat kiri kanan. Happening jugakla.

Hotel Mist Tree -----> MG Marg

Kat Gangtok ni kebetulan masa kitorang datang ada event yang dibuat di Palzor Stadium, stadium bola sepak. So dapat dengar gakla riuh-riuh kat sini.

Dari bilik kitorang boleh nampak stadium ni. Diorang siap pasang screen besar di MG Marg yang buat lintas langsung sewaktu konsert sedang berlangsung di stadium tu. Gambar atas tu yang terang benderang dari tingkap bilik tu lah stadium nya.

Dari pandangan kitorang, MG Marg ni x ubah macam main Bazaar di Leh, Ladakh yang kitorang pernah pergi tahun lepas. Lebih kurang sama.

Gambar kitorang amek masa di Main Bazaar Leh tahun lepas


MG Marg. Ada statue Mahatma Ghandi kat situ
lebih kurang macam main bazaar di Leh
deretan kedai di MG Marg

Dalam sejam gakla kitorang merayau-rayau sekitar MG Marg ni. Kitorang cuma beli mineral water je lepas tu terus berjalan kaki semula balik ke hotel.

Esok kitorang cuma berada di pekan Gangtok ni je. Sebabnya nak cari tourist agency untuk amek North Sikkim Tour ke Yumthang Valley, salah satu tempat yang orang akan pergi kalau datang Sikkim.

So untuk ke Yumthang Valley, nak kena ada permit jugak. Permit untuk masuk ke North Area of Sikkim. Permit ni dinamakan PAP (Protected Area Permit). X sama dengan permit yang masuk Sikkim, yang buat kat Rangpo tu. Tu nama dia ILP (Inner Line Permit). Nak issue PAP ni, tour agent yang akan buatkan. Ambil masa sehari jugakla.

TIPS PENTING : Terdapat pelbagai tour di area Sikkim ni antaranya North Sikkim Tour macam kitorang ni. Depend pada minat dan bajet masing2. Yang penting siap-siap bawak dokumen yang perlu untuk apply permit antaranya of course lah passport dan visa serta gambar 4,5 keping(banyak lg bagus).

Yumthang Valley
Kat Sikkim juga terkenal dengan Mt Kanchenjunga yang dapat dilihat selalunya dari Gangtok dan Darjeeling. Kalau di Darjeeling, kita boleh ke Tiger Hill untuk melihat view Mt Kanchenjunga semasa matahari terbit.

tiger Hill Darjeeling

Manakala di Gangtok ni, tempat top untuk melihat view Mt Kanchenjunga adalah di Tashi View Point. Tapi sepanjang kitorang di Gangtok ni, xde pun pergi ke View Point ni sebab dari hotel pun dapat tengok, cuma jauh sikitla.

Tashi View Point Gangtok
Kat Sikkim ni juga ada beberapa lake. Ikutkan hati teringin nak ke Gurudongmar Lake, tapi foreigner x lepas sampai ke tasik ni. Local Indian je boleh lepas sampai ke sini.

lawo kan.. ni la Gurudongmar Lake

Oklah, disebabkan terlebih rajin sikit, kat sini me senaraikan sikit area dan tempat lawatan kat kawasan Sikkim. Ni atas apa yang me dah survey.

Seperti yang me ceritakan kat atas, sebelum masuk Sikkim, foreigner kena apply ILP (Inner Line Permit) dulu kan. Ok lepas dah masuk Sikkim. So, nak tour area Sikkim pulak, kena apply PAP (Protected Area Permit). So kat bawah ni me senaraikan protected area yang selalunya dilawati oleh pengunjung yang datang ke Sikkim mengikut bahagian ;

East Sikkim;

1) Tsomgo (Changu) Lake. Terletak kira-kira 40 meter dari Gangtok. Tasik ni memang akan beku pada musim sejuk. Foreigner boleh ke sini dan perlu apply PAP permit.

Tsomgo Lake.
2) Nathula Pass. Merupakan laluan yang menghubungkan negara India, Sikkim dengan wilayah autonomi Tibet, China. Foreigner x dibenarkan ke sini.

Nathula

West Sikkim

1) Dzongri and Goecahala Trek. Ha.. ni sesuai bagi yang minat trekking & camping. View cantiknyerla.. Dapat tengok Mt Kanchenjunga dan gunung2 salji yang lain dari jarak dekat.

Dzongri and Goecahala Trek

2) Singalila trek. Ni pun salah 1 trekking tour. Sama jugak kena dapatkan permit untuk ke tempat ni

Singalila Trek
North Sikkim

1) Yumthang, Yumesamdong (Zero Point), Thangu/Chopta Valley. Kitorang cuma ke Yumthang Valley je. Biasanya diorang akan ambil trip sampai ke Yumthang Valley. Kalau nak ke Zero Point, kena bayar extra charges kat driver.

Yumesamdong/ Zero point
Chopta Valley

2) Gurudongmar Lake. Ha ni seperti yang me cerita kat atas. Tengok gambar atas je lah ek. Lawo kan? Tapi foreigner x lepas sampai sana. aduhaiii

South Sikkim

Ha, kalau nak pi belah2 south ni, foreigner xperlukan PAP, cukup sekadar ILP. Antara tempat menarik yang ada adalah Namchi, Ravangla, Jorethang. Bagi me, belah2 south ni x berapa menarik sangat. hehe..

Ravangla
Namchi
Ha amacam.. Cantik kan Sikkim? Terutama sebelah west dengan north tuuu.. Rasa macam nak pergi trekking pulak lain kali. Tapi cukupke stamina ni.. huhu

Okla, jom sambung ke hari berikutnya.. 


























































































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8