Thursday, March 22, 2018

Trip ke Kolkata,Darjeeling&Sikkim INDIA(2018)-D4

HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA

16 Januari 2018
Semalam kitorang dah siap book North Sikkim Tour ke Yumthang Valley selama 2 hari 1 malam. Ikutkan kitorang nak join sharing je, tapi xde. So kena la bayar untuk 1 jeep. Apa yang termasuk dalam pakej ni adalah perjalanan pergi balik, driver, tour guide yang boleh cakap english dan makan full board.

Semalam dah set dengan person incharge tu yang akan ambil kitorang dalam pukul 9.00 pagi. So ada masa lagi untuk lepak-lepak kat hotel.

Lepas solat subuh, kitorang keluar ke balcony untuk tengok matahari terbit pulak. Sejuk yang teramat masa ni.

pukul 6.00 pagi masa ni

view pagi
selamat pagi 
Gangtok

ha.. makin jelas kan
panorama view
makin cerah dah hari

lama renung masa ni.. tenang je tengok alam ciptaan Allah swt
sambil main henpon
sebelah pakai glove sebab sejukkk

Lebih kurang pukul 7.15 pagi, kitorang pun masuk ke bilik dan bersiap untuk breakfast dan check out. Selepas keluar dari bilik, kitorang terus ke restoran hotel dan order makan pagi. Mungkin disebabkan x ramai guest, so diorang x buat buffet pagi.

Kitorang makan roti bakar, omelette dengan air hot chocolate. Makan kenyang-kenyang sebelum perjalanan jauh kejap lagi.

kat restoran hotel
xde orang lain pun
breakfast dulu

Lebih kurang pukul 8.30 pagi, dah tercongok dah kat lobi, tour guide yang akan bawak kitorang ke Yumthang Valley. Asben bagitau nak breakfast kejap. Lagipun semalam diorang set pukul 9 pagi. Bagus jugakla diorang datang awal.

Selesai breakfast, kitorang check out dan terus menaiki jeep yang dah sampai awal tadi. Kitorang duduk kat seat bahagian tengah dan tour guide tadi duduk depan sebelah driver. Beg kitorang ada kat bahagian belakang jeep.

Kitorang bertolak lebih kurang pukul 8.50 pagi. Kalau nak ke Yumthang Valley ni kebiasaannya akan tidur dulu di 1 tempat iaitu Lachung. Esok pagi-pagi baru gerak ke Yumthang Valley. Dari Lachung, x jauh dah nak ke Yumthang Valley.

Hotel Sonam Delek, Gangtok -----> Lachung (x pasti la driver ikut route ni atau x)
Yang pastinya, laluan ke Lachung akan melalui Chungtang. (ikut kanan). Sebelum ni kan me ada bagitau pasal 1 tasik bernama Gurudongmar Lake. Kalau  ke tasik tu pulak, dari Chungtang akan ikut kiri sampai la ke Lachen. (refer map atas). 

Kena tidur Lachen sebelum pagi-pagi esoknya gerak ke Gurudongmar Lake. Ni atas apa yang me dah survey la. Tapi foreigner x boleh pun sampai ke sana. Local Indian je lepas..

route kalau ke Gurudongmar Lake, melalui Lachen


guide dan driver
Hotel Sonam Delek -----> Fuel stn

Dalam 15 minit perjalanan, driver singgah untuk isi minyak jeep. Sempatla borak-borak dengan tour guide. Lupa nama guide ni. haha. Tapi muda lagi budak ni, umur baru 23 x silap, tapi banyak info la boleh dapat pasal Sikkim dari dia. Yang driver senyap je, senyum geleng senyum geleng je.

On the way ke Lachung ni ada banyak waterfall. Guide ni ada bagitau nama waterfall2 ni tapi x berapa ingat sebab banyak gakla sepanjang laluan. Xpe, nanti kita google je balik.

xtau nama tempat
ha ni jeep kitorang naik

Lepas settle isi minyak, perjalanan diteruskan. Kitorang ada singgah di Kabi Check Post masa on the way ni. Guide tadi submit kitorang punya permit pada pegawai bertugas. Nampak banyak helai gak guide ni photostat untuk submit di check post-check post otw nanti. Samaje la proses dia macam kat Ladakh.

cantiknyeeee
cantik cuaca hari ni

welcome to North Sikkim
Kabi Check post
Petrol Pump -----> Seven Sisters Waterfall

Banyak kali jugak kitorang singgah bergambar sebab nampak makin jelas Mt Kanchenjunga masa dalam perjalanan ni. Lebih kurang pukul 10.15 pagi, kitorang tiba di salah satu waterfall, namanya Seven Sisters Waterfall. Kat sini kitorang singgah minum chai je.

belah depan tu waterfall
singgah jap

ada jual momo
kat waterfall
nak ke waterfall
air terjun x deras, halusje

Ada la dalam 15 minit gak kitorang rest kat area ni. Lepas tu, perjalanan diteruskan sehinggalah driver berhenti di View Point Lungma Dara.

Kat sini kebetulan pulak tayar pancit. Ha.. dekat 20 minit gakla lepak sini menunggu driver tukar tayar spare. So kitorang amek peluang menghayati keindahan alam dan bergambo ler..

pergunungan

kat sana tu jeep kitorang
jalanraya yang bengkang bengkok



dah pancittt haa
view point

Selesai je driver tukar tayar, kitorang pun sambung balik perjalanan. Lebih kurang pukul 12.00 tengah hari, jeep berhenti di hadapan sebuah kedai makan berdekatan dengan Rangrang Bridge. Kata guide, kitorang makan tengahari kat sini. 

Seven Sisters Fall -----> Rangrang Bridge
* xjumpa area kedai makan dalam map.. so guna Rangrang Bridge je. hehe. Kedai makan ni selepas dari Rangrang Bridge. Dalam 10 minit je.

Rangrang Bridge dulunya cuma guna jambatan kecik macam dalam gambar bawah ni je, lepas tubaru dorang buat jambatan besar. Seram tengok gambar lori askar lalu jambatan kecik ni, macam nak roboh jambatan. 

Rangrang Bridge
sekarang dah ada jambatan besar

Sebelum tu tadi ada singgah di Rangrang Post. Macam tadi, guide keluar dan submit permit kitorang. Kiranya ni dah 2 check post dah tempuh.

Rangrang Post

Makan tengahari ni dah include sekali dalam tour, so kita bedal jelah sampai kenyang. Kedai pure vege dan non vege terletak bersebelahan. Kitorang makan di kedai vege. Mintak set nasi campur. Datang bersama 4 side menu. Lauk kari kentang, sambal kentang, kuah dan sayur. Oh kentang! hehe Sedap boleh tahan. Bismillah dulu. 

singgah makan
pure vege & non vege
makanan dah sampai
Bismillah

Baru nak menyuap, sampai pulak capati. Sedap pulak tu. Lembutje adunannya.. Alhamdulillah memang kenyang kitorang tengah hari ni. (Tengah tulis entry ni terasa lapar pulak. huhu)

capati oh capati

Selesai makan, perjalanan diteruskan lagi. Kitorang x tidur pun sepanjang perjalanan. Saje nak layan view. Lagipun kat Gangtok semalam puas dah tidur.

Rangrang Bridge -----> Fuel Stn

Lebih kurang setengah jam perjalanan, driver ni singgah kejap di kedai tayar berhampiran stesen minyak untuk tampal tayar dia yang pancit tadi. Sempatla kitorang turun bergambar dulu.

North Sikkim Fueling Centre
view sekitar
kedai tayar Abang Babulal
lawo kan pergunungan belakang tu
asben tgh menyembang dengan guide
gunung ganang

dekat 30 minit jugakla kat sini menunggu tayar siap repair. Lepas settle, kitorang terus gerak dan tiba di pekan Mangan dalam pukul 1.15 tengah hari. Driver singgah beli rokok & ke bengkel kereta, check jeep dia. 

Fuel stn -----> Mangan

Mangan
kedai di Mangan


singgah bengkel
view tepi jalan
check up
sempat turun kete nak amek gamba..eh cantik!
luas mata memandang
pergunungan salji
view sebelah lain
ha kasi zoom
zoom kiri
zoom kanan..hehe

Perjalanan diteruskan lagi. Nasib baik la x pening, jalan boleh tahan gak bersimpang siur. Kitorang singgah lagi dekat waterfall lain pulak. Yang ni namanya Naga Falls.

Mangan -----> Naga Falls


laluan ke North Sikkim
pompuan pun jadi buruh kat sini..
Naga Falls

view sekitar
jambatan

X lama pun singgah ni. Takat nak tengok air terjun, negara sendiri banyak.. haha. Kitorang gerak semula dan singgah di Toong Police Check Post. Guide keluar dan serahkan permit. Kat sini ada peniaga yang jual chai. Seperti biasa, murahje, Rs10 secawan.

otw
dah nak sampai police check post
Toong Police Check Post

ade peniaga jual chai

Lepas gerak, kitorang tiba pula di Chungtang pada pukul 2.30 petang. Kat sini la yang me cerita sebelum ni, kalau nak ke Lachen kena ikut kiri, manakala ke Lachung kena ikut kanan.

Naga Falls -----> Chungtang
Chungtang to Lachen / Lachung

Kat sini juga ada sebuah dam, dinamakan Chungtang Hydroelectric Power Plant. Biru lawoo je airnya. Driver berhenti jugak kejap sebab kitorang yang jakun ni nak bergambar.. 

Makin nak dekat ke Lachung ni, suhu makin drop. Sejuk giler rasa. 

biruuuu
dam
Chungtang

Perjalanan diteruskan dan kitorang berhenti lagi di waterfall. Berapa banyak waterfall daa... ahaha.. Yang ni namanya Bhim Nala Falls, dikenali juga dengan nama Amitabh Bachaan Falls. Tapi ada banyak gak nama lain. Kenapa nama dia? sebab dia pernah shooting kat sini katanya..ntah. Nak masuk kena bayar Rs10. Kitorang amek gambar dari luarje

Chungtang -----> AB Waterfall

waterfall lagi
nak masuk bayo dulu
dengan guide

Dari sini dah xjauh dah nak ke Lachung. Dalam pukul 3.45 petang, sampaila kitorang di Lachung dan terus ke guest house. Kitorang kena stay di Potala Inn. Dah include pakej tour. Sejuk giler kat Lachung ni. Kitorang sewa heater tradisional Rs400 sebab dalam bilik x disediakan heater. 

AB Falls -----> Lachung
Potala Inn

Potala Inn
inilah bilik yang kitorang dapat
bilik ayor

heater ala-ala zaman dulu

Segalanya sejuk. Dengan selimut-selimut pun sejuk-sejuk lembap. kitorang terpikir, macam mana la nak tidur malam ni nanti ha sejuk gini. Tapi suasana agak best jugakla. Jangan nak mengharap wifi ye..Wifi memang xde sini.. Cuba layan keindahan alam semulajadi kat sini.. tenang rasa..

view dari tingkap bilik
pergunungan

Lepas solat dan berehat kejap, kitorang decide untuk keluar merayap tengok sekeliling. Hari pun cerah lagi, masa ni baru pukul 4.00 petang. Ada sejam lebih kurang sebelum gelap.

depan guesthouse

Masa keluar tu, guide kitorang ni tanya, nak dia bawakkan ke sekeliling kawasan ni x. Tapi kitorang ok lagi jalan berdua, lebih romantik kekonon.. haha

background belakang ada pergunungan salji
jom jalan
hotel rasenye
lawo siap ada kabus kabus

masa ni kitorang rasa kat hujung sana tu la Yumthang Valley

Kitorang x pergi jauh sangat pun. Ada jumpa 1 bukit tinggi sikit, kat situ la kitorang bergambar. Lawa sangat tengok pemandangan sekeliling.

kasi peace sikit
Lachung
menikmati katanya
ha atas bukit ni la kitorang melepak

Dalam setengah jam melepak, kitorang pun berjalan kaki perlahan-lahan balik semula ke guesthouse. Hari pun dah hampir nak gelap, perut kitorang pulak dah berkeroncong mintak diisi. 

perkampungan

salah sebuah rumah di kampung ni

hari dah nak gelap
jom balik bilik

Sampai je di bilik, kitorang mandi dan bersiap untuk makan malam. Kata guide tu tadi, makan malam diorang sediakan awal dalam pukul 7.30 malam. Lepas siap siap sarung sweater tebal,kitorang pun terus ke dapur guesthouse. Sejukk wehhh..Guesthouse ni diusahakan oleh sepasang suami isteri warga tempatan.

living hall
kat dapur guesthouse
dah siap dihidang

Antara menu makan malam kitorang adalah kuah dal, popadum, kentang dan kentang. hehe. Lauk kentang je sepanjang di Sikkim. Alhamdulillah kenyang. Sedap masakan diorang.


Bismillah

tengok tu hampir licin lauk..haha

Selesai makan, kitorang ingat nak berjalan-jalan dulu kat kawasan sekitar. Tapi gelap gelita, dah pukul 8 lebih..x berani pulak. Sudahnya balik bilik je la. Nak main internet, wifi pon xde, tidur awal jela..Sempatla kitorang kemas-kemas beg dulu sebelum tidur.


balik bilik je la
Esok pagi kitorang akan gerak ke Yumthang Valley. Nak tengok view cantik-cantik di Yumthang Valley? jom layan next entry

























































































































































































































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8