Tuesday, January 22, 2019

Trip ke Surabaya,Indonesia (2018)-D2


HUSBANDWIFE HUSBANDWIFE TRIP TO SURABAYA


16 September 2018

Dah masuk hari kedua di Surabaya Indonesia. Sambungan dari waktu sampai awal pagi tadi. Kitorang cuma berehat sekejap dalam bilik. Sempat balun makan prebook meal airasia yang dah sejuk tadi untuk tenaga awal pagi. hehe

jeep kaler ijo
TIPS PENTING : Kalau boleh, try request jeep yang kaler cun2 macam merah ke, kuning ke, biru ke sebab ia akan mempengaruhi gambar yang akan korang capture kat Bromo nanti. Macam kitorang dapat ijo army ni. Dahla baju pun ijo. Pokok kat sekitar pun ijo. Macam sedondon pulak..haha

Yoschis Hotel ---> Mt Penanjakan

Pukul 3.00 pagi kitorang dah standby tunggu jeep kat luar. Settle bayaran entance masuk, jeep pun bergerak berlumba-lumba dengan jeep lain yang turut serta untuk ke Mt Penanjakan. Bukan main banyak jeep time ni. Cuak je tengok supir bawak jeep meredah bukit yang bersimpang-siur.

Mas Yadi, supir yang bawak kitorang dari airport tadi stay di hotel yang sama. Dia pun ikut kitorang sekali masa ni. Kebetulan ada seat kosong sebab kitorang cuma berempat. Kiranya kalau nak selesa, 6 orang je la yang muat dalam jeep, termasuk driver jeep.

gegor gambar sebab jalan x elok
jeep-jeep lain kat belakang, nampak lampu je

Dalam dekat sejam perjalanan, jeep berhenti kat 1 selekoh. Kata supir jeep, x perlu tengok sunrise di Penanjakan, sebab jem. Kat sini pun dah boleh nampak katanya. Alaaaa.. kitorang bayar kot. Rugi lar. X dapat gambar dari angle yang femes tu.

TIPS PENTING : Tengoklah sunrise di Mt Penanjakan sebab view dia lawa berbanding kat sini sebab Bromo terlindung di sebalik Mt Batok. Nampak asapje.. Dan gerak awal kalau boleh sebelum 3.00 pagi untuk elak jemmmm. Kalau driver x nak pi katuk kepala dia. 

Supir jeep terus park jeep dia tepi bukit. Dia berkeras x nak bawak ke Penanjakan, mungkin sebab malas nak redah jem time balik nanti. Memang x boleh harap betul. Supir jeep ni me x recommend pada korang! Dahla berlagak, x kacak pulak tu. huh! hahaha.. Ada banyak lagi perangai dia buat masa bawak kitorang ni, nanti me ceritakan.


gelapp
So, kitorang pun turun meninjau tempat dalam kegelapan. Memang x nampak la mana gunung Bromo nya..Gelap giler..Tapi sejukkkk teramat. Driver jeep dah hilang entah ke mana.  Ada jugak beberapa jeep lain yang park dekat sini. Siap berunggun api lagi. Mas Yadi cuma duduk di dalam jeep, sejuk katanya.

geng unggun api. baru perasan yg supir jeep kitorang yg pakai baju biru selepang kain merah tuuu

sejukkk punya tahap sampai kena pakai glove dah

Agak-agak x tahan, kitorang masuk kejap duduk dalam jeep. Supir jeep tadi melepak kat tempat unggun api. Lebih kurang pukul 4.45 pagi, kelihatan dah sunrise. Cantikkkkk sangat Subhanallah. Cumanya view terlindung di celah2 dahan pokok. Bromo pun berselindung di balik Mt Batok.

TIPS PENTING : Bawak sekali jacket tebal, glove, snow cap untuk cover telinga dan mask. Sebab suhu dia time subuh hari ni sejuk giler-giler. Sejuk kat Cameron tu, sejuk lagi kat sini. Kalau x bawak glove & snow cap, kat sini pun ada jual.


dah kelihatan
macet dengan orang yang ramai

nampak lampu dari jeep-jeep yang baru nak naik ke penanjakan

Tempat yang kitorang lepak ni kalau ikut map, namanya Bukit Cinta. Terletak dalam 5 minit drive sebelum sampai ke Mt Penanjakan. Walaupun tempat ni x femes macam Mt Penanjakan tu, tapi kat sini pun ramai gak orang. Confirm kat Penanjakan tu lagi sesak. Tambahan pulak hujung minggu.

TIPS PENTING : Kalau nak ke Bromo ni, better elakkan hujung minggu sebab ramai sangat orang terutama Sabtu dan Ahad. Tu yang supir pun nak elak pergi Penanjakan kot. Jem jalan. Lagi satu, kalau weekdays, tiket masuk dia murah sikit.

terhalang dengan pokok pokok
cantiknya kaler langit

Masa ni x nampak lagi mana Bromo nya. Bila dah agak cerah baru nampak asap dari gunung. So itulah Bromo. Tapi Bromo nya terletak di belakang. Yang nampak dari tempat kitorang ni adalah Mt Batok. Menurut fakta, gunung Batok ni dah x aktif dah.

Asap dari kawah Gunung Bromo
dah nak cerah dah

Masa ni masing-masing sibuk dengan kamera, nak capture keindahan. Serius memamg lawo. Dengan suhu sejuknye. Alhamdulillah. Tapi kalau dari Mt Penanjakan, angle photo lagi lawa. Boleh nampak sekaligus Bromo dengan Batok dan juga Mt Semeru.

gambar google - dari Mt Penanjakan
dah cerah baru nampak deretan jeep yang pelbagai kaler
ramai gak orang
gambo berdua

Bila dah cerah ni baru nampak port-port nak bergambar. Jauh gak kitorang berjalan meninggalkan jeep. Puas bergambar, kitorang berjalan kaki semula ke tempat jeep parking. Tapi still x dapat nak capture gambar bromo. Asyik terlindung je di balik Mt Batok. Rugi la hai x pi Penanjakan.

jangan jatuh sudah, curam tuu
Nampak Mt Batok je...:(
gerak balik ke jeep
matahari dah start memancarkan sinar
jeep hijau army
matahari

TIPS PENTING : Menurut info di blog lain, kalau di Mt Penanjakan, ada disediakan ruang solat. Siap-siap ambil wuduk kat hotel pun boleh.

Lebih kurang pukul 6.00 pagi, kitorang pun naik semula jeep dan dibawa turun ke kawasan parking untuk ke Bromo Crater. Supir ni bawak laju semacam je, macam terkejar nak terberak. Kitorang mintak nak stop kejap, tu pun susah betul dia nak berhenti. Teruk punya perangai. Ingat kitorang ni naik percuma ke.

Mt Penanjakan ---> Jeep Parking Area
Setelah dipaksa, dia berhenti jugak kat tengah-tengah padang pasir tu. Pastu x keluar-keluar dari tempat driver. Asben sempat lagi lah terbangkan drone. Ada la dalam 15 minit kitorang lepak situ. Agaknya hangin je mamat supir dalam jeep tu. haha. Mas Yadi pun join sekali kitorang kat luar. Mas Yadi pun akui yang driver ni pelik perangainya.. huh!

our shadow

TIPS PENTING : Kalau boleh, request driver untuk berhenti bergambar kejap sebelum ke tempat parking jeep. Sebab time ni cahaya matahari naik, lawa giler view. 


Nadia & Syakirin
standby
jeep meredah padang pasir

lagi syok naik motor
jom terbang
sayup je kelihatan jeep2 yang tengah turun bukit nak ke Bromo Crater

Dah settle, kitorang pun naik semula ke dalam jeep. Supir bergerak laju menuju ke tempat parking. Kat sini, sama ada nak jalan kaki ke Bromo Crater atau boleh jugak naik kuda. 

Yang si supir jeep ni dan dan suggest kawan dia punya kuda. Kita x confirm apa lagi dia dah berhentikan jeep dekat tempat kawan dia. Mula tu, owner kuda bagi 100k untuk sekor kuda. X bagi kurang dah.

Last-last diorang bagi 300k untuk 4 kuda sebab kitorang macam xnak ambil. Itupun Mas Yadi bagi isyarat sebelum turun jeep, suruh mintak 300k untuk 4 kuda. Kalau baca info dari internet pun kebanyakannya dapat harga dalam 75k untuk naik kuda sehala. Susah nak dapat lagi murah.

Jeep Parking Area ---> Bromo Crater
Siap-siap naik kuda, kitorang pun bergerak menuju ke Bromo Crater. Masa ni jam lebih kurang pukul 6.00 pagi. Dekat setengah jam gakla nak sampai ke kaki Gunung Bromo. 

jom
menuju ke Bromo Crater
masih lagi sejuk sebab awal pagi
kasi peace sikit
menongkak bukit
kesian kuda penat

Lebih kurang pukul 6.20 pagi, kitorang pun sampai di kaki Gunung Bromo dan turun dari kuda. Mengah semput kuda yang bawak kitorang. Kat kaki gunung ni ada beberapa peniaga menjual barangan cenderamata dan air minuman.

kuda sampai takat ni
bunga kering kot
pemandangan dari atas

Kitorang terus mendaki bukit menuju ke anak tangga. Tinggi jugak tangga nak naik ke kawah. Menurut sumber, ada la anggaran dalam 250 anak tangga. Jenuh jugakla nak kena panjat.

Gunung Batok ohok ohok .. hehe
sayup je tangga tu memanggil2
Bismillah. Jom panjat

Nak naik kena extra careful sikit. Sebabnya tangga ni dah agak usang jugakla, dengan pemegang ada yang xde, tangga pun dah sompek-sompek dan banyak pasir memenuhi tangga. So kalau terpijak pasir halus tu, mau tergelecek jatuh sebab licin.

view dari pertengahan anak tangga
posing kejap

Kat tengah-tengah ni sempat lagi kitorang bergambar bertiga. Kenapa bertiga? Sebab asben dah sampai dah kat atas. haha. Giler laju dia naik atas. Kitorang baru separuh perjalanan. Semput nak kejar.

uii jauh lagi
ramai lagi yang otw naik 

Setelah tercungap-cungap dan berhenti beberapa kali masa on the way naik tu, akhirnya kitorang pun sampai la di permukaan kawah Gunung Bromo. Asben dah siap berehat-rehat dah.

Tapi paling win bau asap belerang kat atas ni. Macam bau kentut telur busuk. hahaha. Sekali dia masuk hidung, terbatuk-batuk dibuatnya. Yeay! yang penting dapat jejak sampai ke atas, dapat tengok sendiri kawah gunung berapi Bromo dari dekat.

asap belerang
Masa kat atas ni, terasa gak gayatnya sebab laluan dia kecik je, silap sikit boleh jatuh masuk kawah. uiihhh.. Itupun ada pelancong yang berani ikut laluan dari awal sampai ke permulaan balik. Dahla xde penghadang. Kalaulah jatuh ke bawah..Serammm tengok.

makin ramai yang naik
sesakkk
background kawah gunung berapi
kawah
Kitorang sempatla bergambar kenangan dulu kat tempat ni. Bukan senang nak datang lagi. Orang pun dah makin ramai lagi yang naik. So kitorang pun decide nak turun balik dalam pukul 7.15 pagi macam tu. 

dah jom turun
dah macett ni
Disebabkan laluan turun sesak dengan orang ramai yang turun terkedek-kedek, ada jugak beberapa orang yang berani turun ikut laluan sebelah tangga, melalui bukit yang agak curam.

sampai dah bawah

Setelah bersusah payah menunggu step satu persatu untuk turun disebabkan ramai giler orang, akhirnya kitorang sampai gak ke bawah. Kat bawah ni dah ramai peniaga-peniaga cenderamata menanti pengunjung membeli barangan mereka & tokey2 kuda menanti untuk perjalanan balik ke jeep. 

bunga hiasan rasenye
ni kalo beli pun buat bersawang je duk atas lemari hehe
background mt batok
ada yang berhenti rehat dulu kat sini

TIPS PENTING : Bagi yang nak try naik kuda tapi sehala, better korang naik masa dari parking nak ke Bromo Crater. Sebab jalannya menongkak bukit. Masa balik nanti baru jalan kaki.

ramaiii
Kitorang decide kali ni nak jalan kaki je sebab dah menurun bukit. Lagipun kesian kuda-kuda tu nak menampung berat badan kitorang ni. haha

TIPS PENTING : Masa turun ni, benda paling penting adalah mask! Tadi masa naik, kurang sikit habuk pasir, tapi time kitorang turun, mungkin sebab kawasan berangin, berpasir rasa kat muka.

jom jalan

Peniaga 
ada lagi yang baru sampai

Matahari masa ni pun dah start meninggi, so dah terasa bahang kepanasan. So jacket dah x diperlukan lagi. huhuhu. Disebabkan janji dengan supir tu lebih kurang pukul 8 pagi, so kitorang decide untuk terbangkan drone dulu berdekatan sebuah pura yang bernama Pura Luhur Poten.

cari tempat lepak

kena pegang untuk terbangkan sebab kawasan berpasir

Pura
sekali tengok macam kat Ladakh pun ada

X lama lepas tu, kitorang pun berjalan kaki menuju ke tempat jeep parking. Dah x jumpa pulak. Padahal tadi park tempat sama, tapi jeep xde. Tadi katenye tunggu tempat sama. Satu hal pulak nak kena cari. Dalam 10 minit macam tu, baru jumpa tu pun nasib baik sebelum ni ada amek gambar nampak nombor plate jeep. Yang pi alih jeep tu buat hape. Adoiii macam2 hal.

jeep parking area

Lepas ambil tempat balik dalam jeep, kitorang dibawa pula ke Bukit Teletubbies. Me agak je la tempat yang akan pergi sebab supir sombong tu x bagitau ape pun. haha. Perjalanan dalam 10-15 minit kalau x silap. Ini pun laju dia bawak.

Jeep Parking Area ---> Bukit Teletubbies 
dari dalam jeep
X lama tu jeep berhenti kat 1 kawasan lalang kering. Me memang xde survey pun pasal Bukit Teletubbies ni, so x dapatla nak gambarkan tempat ni masa sampai. So kitorang keluar la dan bergambar. Sempat jugak naikkan drone kat sini.

Jeep park kat kawasan ni. Cuma ada sebijik lagi jeep masa kitorang sampai
pose
lihatlah padang rumput lalang kering ini
kami di sini
celah lalang pun jadikla
fly kejap
adala beberapa orang lain

Tapi kan pelik jugak, masa kitorang lepak sini xla ramai orang. Tadi kt Bromo tu bukan main ramai. Rupa-rupanya setelah me google lepas balik trip haritu, area Bukit teletubbies tu depan lagi sikit. Ada signboard tulis Bukit Teletubbies. Yang tempat kitorang lepak ni namanya Padang Savanah. 

Rupa-rupanya x include sekali la Bukit Teletubbies nya. Kitorang x dibawa ke sana pun. Selalu bayar trip bukan ke include sekali. Lainla kalau ke Bromo saja. Haih! Geram pulak rasa. Dah balik baru tau.

gambar internet - kan ada signboard tuuu
gambar internet - ni ha!
So lepas dah naik jeep tadi, kitorang pun berpatah balik. Lepas tu driver ni slow kejap, dia kata dah sampai Pasir Berbisik, nak berhenti ke. Tapi masa ni masing-masing dah penat, nak pulak tengok kat luar berdebu semacam je, so kitorang cakap xyah berhenti, terus balik je.

So perjalanan pun diteruskan sampaila ke hotel. Memang time ni masing-masing terlelap. Mengantuk giler. Ambil masa hampir 30 minit gakla nak sampai. Tu yang sempat terlelap masing-masing.

to hotel

Maka berakhirla trip jelajah Bromo. Ntahla bila pulak nak datang lagi. Sesampai je di hotel, breakfast dah tersedia. Masa ni jam lebih kurang pukul 9.30 pagi. So sambil breakfast, try bodek-bodek harga dengan Mas Yadi untuk bawak kitorang terus ke Ijen. 

area hotel

Mulanya, me plan nak naik train je sepanjang trip ni. Cuma yang sampai airport semalam tu je naik kereta sewa. Tapi bila dah deal macam ngam je, lagipun kitorang berempat so boleh share. Jimat sikit. So kitorang pun on! 

Yoschis Hotel ---> Bakso Probolinggo

Lepas settle amek barang semua, kitorang pun check out dalam pukul 10.00 pagi. Sejam lebih jugakla perjalanan turun nak sampai ke pekan Probolinggo. Sepanjang perjalanan dihidangkan dengan pemandangan bukit-bukau, kebun-kebun sayur dan kampung-kampung. Masa ni la baru nampak sekeliling sebab masa sampai semalam gelap gelita. Apa benda pun x nampak. 

Yoschis Hote ---> Bakso Probolinggo

cantik view masa on the way

Dalam perjalanan turun ni, Mas Yadi sendiri akui yang supir jeep tadi sombong. Patutnye layan guest elok-elok kata dia. Mas Yadi sendiri x puas hati dengan perangai supir jeep tu. Teringat-ingat balik rasa geram pulak. Macam nak sekeh-sekeh je. haha

bye bromo
menuruni bukit

Disebabkan dah tengahari masa ni, perut pun dah berkeroncong lapar. Mas Yadi bawak ke Restoran Bakso kat Probolinggo. Katanya memang sedap bakso kat sini.

gambar internet - kedai bakso


Bakso Probolinggo. Kat belakang signboard tu ruang solat
ni bakso campur
bakso goreng
Ni bakso urat atau bakso halus kalau x silap
sedap alhamdulillah
Memang sedap bakso kat sini. Bolehlah yang mana pergi ke Bromo nanti, try bakso kat sini masa on the way nak ke Ijen nanti. Masa kitorang makan, bunyi azan masuk waktu zohor pukul 11:27pagi, so sempatla kalau nak solat dulu. Lebih kurang pukul 11.45 pagi, kitorang pun bergerak semula untuk ke Ijen.

Bakso Probolinggo ---> Kalisat (nama tempat hotel di area Ijen). cuma x pasti laluan betul atau x

Jauh lagi nak sampai ke Ijen. Bila tanya Mas Yadi katanya lebih kurang 5 jam perjalanan. Cumanya me x pastila dia akan bawak ke area mana. Sebab kalau ikut yang me survey, kalau naik train akan berhenti di Karangasem stn atau di Banyuwangi stn. Dari sana baru ambil tour ke Ijen. 

laluan train dari Probolinggo ke Karangasem
Memandangkan memang kitorang x de book pun mana-mana hotel, kitorang on je mana-mana tempat yang Mas Yadi bawak. Sebab dia lagi tahu area mana yang dekat dengan Ijen. Kitorang membungkang je tido kat belakang. 

menuju ke Situbondo
Disebabkan asben duduk kat seat depan, me suruh temankan si Mas Yadi sembang sebab kadang tu me nampak gak die macam ngantuk. huhu. Mana x nya, dia pun bukan tido semalam, join sama kitorang ke Bromo.

Dalam perjalanan ni ada jugak kitorang singgah sekejap tepi jalan sebab kereta Mas Yadi naik suhu temperature. Kena topup air dulu. Tapi yang peliknya, gerak lagi beberapa kilometer naik lagi suhu. Ada la dekat 3, 4 kali berhenti topup air. Mungkin ada part lain yang rosak. Dalam masa sama, perjalanan diteruskan jugak untuk ke Ijen.

view sawah padi
sempat beli esbuah, singggah masa kereta mas yadi problem 
sedap minum time cuaca panas 

on the way

hijau pemandangan

sawah

masa ni risau jugak sebab minyak kereta dah nak abes

Kalau ikut pada offline map yang me install dalam phone, kitorang melalui Bondowoso. X lama lepas tu kitorang singgah kejap di entrance yang tertulis Kebun Kalisat Jampit. Ada security gate.

Kebetulan minyak kereta pun dah nak abes. Nasib baik ada jual minyak kereta kat sini. Dari kawasan ni dah boleh nampak Ijen. Cantik view dari sini. Rupanya lepas me survey, kawasan ni rupanya terkenal dengan tanaman Kopi Arabica. 

gambar google - yang berasap tu Ijen

boleh nampak Ijen dari sini

tunggu ye, esok kitorang ke sana!

zoom lagi dekat
pose kejap

Setelah bergerak semula akhirnya kitorang sampai ke area tempat penginapan lebih kurang pukul 4.30 petang. Cantik kawasan ni, dipenuhi kebun-kebun sayur dan tanaman bunga.

Suhu pun sejuk, lebih kurang macam kat Bromo. Yang kitorang perasan cuma ada 1 je homestay kat sini  iaitu Arabica Homestay. So kitorang gi tengok bilik yang nak disewa. So book 2 bilik untuk semalam.

Sampai di hotel
segar persekitaran dengan bunga-bungaan
Lobi Arabica Homestay
kebun kobis
nampak Ijen
zoom dia

Lepas dah book kitorang try tanya kaunter pasal tour ke Ijen. Staff kaunter bagitau yang kitorang kena naik transport sendiri awal pagi dalam pukul 1.00 ke Paltuding Base dalam 30 minit dari homestay sebelum nak mendaki ke Ijen.     

Arabica Homestay

Mas Yadi
So kitorang try berbincang dengan Mas Yadi, mulanya tu pun berat jugak dia nak bawak mungkin sebab penat dah drive sepanjang hari. Semalam pun dia x tidur. huhu. Lagipun pukul 1.00 pagi dah kena gerak. Tapi dia kata ok je boleh bawak.

Alang-alang, kitorang set terus dengan dia untuk bawak kitorang balik ke Surabaya esok. Kiranya Mas Yadi ni la supir sepenuh masa kitorang sepanjang kat Surabaya nih.

So, dah settle, time untuk berehat kat bilik. Tapi sebelum tu kitorang ambil peluang jalan-jalan tengok kawasan persekitaran.

kawasan pejabat pengurusan
kantor kebun kalisat jampit
wisma strawberry, dalam ni ada 4 bilik

Dalam pukul 6.30 petang, kitorang ke restoran hotel untuk makan malam. Awal nau makan malamnya..Menu pun x banyak pilihan sebab diorang siap buat set je. Ada nasi dan mee goreng kalau x silap. Lupa pulak nak capture gambar.

Lepas makan malam, masing-masing balik ke bilik untuk berehat sebabnya pukul 1 pagi nanti dah gerak untuk ke Ijen. 

Jom ke next entry





















































No comments:

Post a Comment

Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8