Tuesday, January 22, 2019

Trip ke Surabaya,Indonesia (2018)-D1


HUSBANDWIFE HUSBANDWIFE TRIP TO SURABAYA


Fuhhh.. lama x mengarang. Mujur x bersawang blog ni. kikiki. Entry ni dah terbantut nak pos sebenarnya. Padahal dah buat hujung tahun lepas. Kita continue je lah, edit balik sikit-sikit..:p

Bulan 9 tahun lepas, iaitu pada 15 September sehingga 18 September 2018, me, asben, adik me iaitu Nadia berserta suami dia, Syakirin bersama-sama join trip ke Surabaya.

Tujuan utama trip ni dah tentulah untuk menawan Mt Bromo dan juga Kawah Ijen setelah terpikat dengan keindahannya melalui gambar yang dilihat hampir setiap hari di internet. :p. Tiket flight dah dibeli seawal 5 bulan sebelum kalau x silap. 

Trip ni me x de book agent, mahupun hotel. Sampai sana baru kitorang survive. Cuma ada la survey sikit guideline dan anggaran harga. So nak tau apa yang jadik masa di Surabaya? Jom! Last entry nanti me share kan bajet buat yang berhasrat untuk ke sana 1 hari nanti. 

15 September 2018

Pagi-pagi lagi me & asben dah pun bergerak dari Cameron Highlands menaiki sebiji kereta menuju ke Kuala Lumpur. Nadia & asben dia dah turun awal sebelum. Flight kitorang lewat petang iaitu pada pukul 7.15. Turun awal ni pun sebab ada hal lain nak di settlekan dulu.

Gate Q7
So dipendekkan cerita, lebih kurang pukul 6.00 petang, kitorang berempat dah pun berada di KLIA2 airport. Mujurlah dah web check in siap-siap. Tu pun sempat lagi singgah makan di Mcd. Sampai kat boarding gate lebih kurang pukul 6.55 petang, rupanya semua orang dah naik flight daa. Dah close dah tempat waiting tu. Haha! Dah lambat rupanya.

Mujurlah flight x berlepas lagi. Kira ngam-ngam je sebelum berlepas. 


kat luar dah nak gelap
Me dah siap prebook meal sebelum web check in haritu. Disebabkan dah kenyang melantak Mcd kat airport tadi, me & asben share je 1 meal. 1 lagi nasi lemak simpan dulu boleh makan kemudian nanti bila sampai hotel.

nasi lemak
duit rupiah dah ready untuk dibelanjakan..hehe
lupa nak print, siap-siap tulis je nilai tukaran
TIPS PENTING : Untuk memudahkan urusan pembelian, silalah print siap-siap nilai tukaran, tepek je belakang phone tu. Phone kan 24 jam kat tangan... haha..Senang nak tengok, x kan nak keluar caculator pulak lagi time tengah membeli kan.

pemandangan Surabaya waktu malam
KLIA2 ---> Juanda Int. Airport Surabaya
Setelah lebih kurang 2 jam setengah perjalanan, flight selamat mendarat di Juanda International Airport Surabaya pada pukul 8.50 malam. Waktu di Surabaya lambat 1 jam dari waktu Malaysia.

dah sampai. jom turun untuk naik airport shuttle bus. panasss kat sini

Maka bermulalah trip DIY kita dengan mencari kereta sewa yang boleh bawak kitorang sampai ke Mt Bromo. Nak ke Bromo ni kena bermalam di sebuah kampung yang bernama Cemoro Lawang yang terletak di Mt Bromo.

jumpa kawan bersembang

TIPS PENTING : Bagi yang nak betul-betul backpackers, nak lagi jimat, boleh naik train dari Surabaya Gubeng ke Probolinggo. Lepas tu naik van ke Cemoro Lawang. Tapi kena amek flight pagila, sebab last van naik ke Bromo lebih kurang pukul 6.00 petang.

Hampir setengah jam jugakla kitorang mundar-mandir dengan diekori oleh pak-pak supir yang ingin menawarkan khidmat kereta sewa pada kitorang. Setelah pok pek pok pek dalam tawar-menawar, maka kitorang bersetuju untuk mengambil Mas Yadi sebagai supir kitorang ke Mt Bromo dengan harga 550000 rupiah.

proses tawar-menawar harga supir

penuh lagi manusia-manusia kat airport 
yang baju kelabu asap tu lah mas yadi
Juanda Int Airport ---> Bromo
So kitorang pun memulakan perjalanan dari airport menuju ke Mt Bromo. Masa ni jam lebih kurang pukul 9.30 malam.  Awal-awal lagi, Mas Yadi ni dah nampak peramahnya, boleh dibawak bersembang jugakla. Kitorang mintak Mas Yadi singgah kedai dulu untuk beli simcard. 

beli 2 simcard, pastu hotspot je sudah

Lepas beli simcard, singgah pulak Indomaret untuk membeli air mineral. Standby sekali beli lebih untuk bekalan kat Bromo nanti. Lepas dah gerak balik tu masing-masing senyap, ada yang melayan internet kat phone, ada jugak yang dah terbungkang kepenatan. Mas Yadi fokus dengan pemanduan.

singgah beli air

3 jam jugakla masa perjalanan. Kitorang tiba di Probolinggo, di mana ada simpang untuk masuk ke Bromo.

Probolinggo ----> Yoschis Hotel
Dari simpang tadi pun makan masa dalam sejam lebih untuk naik ke Bromo. Lambat sikit sebab dah lewat malam lagipun jalan dia bukan main naik bukit tinggi dan bersimpang siur. Me xde book lagi mana-mana hotel. Mas Yadi cadangkan kitorang stay di Yoschis Hotel sebab ada kenalan dia kat situ.

TIPS PENTING : Bagi yang sampai di Bromo lewat malam, xyah book penginapan awal. Walk in, sewa 1 bilik je, yang murah-murah. Pukul 3.00 pagi dah keluar, esoknya cuma breakfast je. Lepas tu dah check out. Untuk yang nak berjimat la. Yang duit banyak, x yah ikut tips ni. haha


Yochis Hotel. gambar dari google
Lebih kurang pukul 1.30 pagi kitorang sampai di hotel. Siap-siap check in, book sekali jeep untuk ke Bromo.. Kitorang book pun 1 bilik je hanya untuk bersiap dan simpan beg. Nak tido pun x sempat, sebab kejap sangat, nak kena bangkit pukul 3.00 pagi oii.. so better x yah tidur..

Oklah, dah masuk hari kedua pun.. Jom sambung ke next entry ye.







































































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8