Tuesday, January 22, 2019

Trip ke Surabaya,Indonesia (2018)-D1


HUSBANDWIFE HUSBANDWIFE TRIP TO SURABAYA


Fuhhh.. lama x mengarang. Mujur x bersawang blog ni. kikiki. Entry ni dah terbantut nak pos sebenarnya. Padahal dah buat hujung tahun lepas. Kita continue je lah, edit balik sikit-sikit..:p

Bulan 9 tahun lepas, iaitu pada 15 September sehingga 18 September 2018, me, asben, adik me iaitu Nadia berserta suami dia, Syakirin bersama-sama join trip ke Surabaya.

Tujuan utama trip ni dah tentulah untuk menawan Mt Bromo dan juga Kawah Ijen setelah terpikat dengan keindahannya melalui gambar yang dilihat hampir setiap hari di internet. :p. Tiket flight dah dibeli seawal 5 bulan sebelum kalau x silap. 

Trip ni me x de book agent, mahupun hotel. Sampai sana baru kitorang survive. Cuma ada la survey sikit guideline dan anggaran harga. So nak tau apa yang jadik masa di Surabaya? Jom! Last entry nanti me share kan bajet buat yang berhasrat untuk ke sana 1 hari nanti. 

15 September 2018

Pagi-pagi lagi me & asben dah pun bergerak dari Cameron Highlands menaiki sebiji kereta menuju ke Kuala Lumpur. Nadia & asben dia dah turun awal sebelum. Flight kitorang lewat petang iaitu pada pukul 7.15. Turun awal ni pun sebab ada hal lain nak di settlekan dulu.

Gate Q7
So dipendekkan cerita, lebih kurang pukul 6.00 petang, kitorang berempat dah pun berada di KLIA2 airport. Mujurlah dah web check in siap-siap. Tu pun sempat lagi singgah makan di Mcd. Sampai kat boarding gate lebih kurang pukul 6.55 petang, rupanya semua orang dah naik flight daa. Dah close dah tempat waiting tu. Haha! Dah lambat rupanya.

Mujurlah flight x berlepas lagi. Kira ngam-ngam je sebelum berlepas. 


kat luar dah nak gelap
Me dah siap prebook meal sebelum web check in haritu. Disebabkan dah kenyang melantak Mcd kat airport tadi, me & asben share je 1 meal. 1 lagi nasi lemak simpan dulu boleh makan kemudian nanti bila sampai hotel.

nasi lemak
duit rupiah dah ready untuk dibelanjakan..hehe
lupa nak print, siap-siap tulis je nilai tukaran
TIPS PENTING : Untuk memudahkan urusan pembelian, silalah print siap-siap nilai tukaran, tepek je belakang phone tu. Phone kan 24 jam kat tangan... haha..Senang nak tengok, x kan nak keluar caculator pulak lagi time tengah membeli kan.

pemandangan Surabaya waktu malam
KLIA2 ---> Juanda Int. Airport Surabaya
Setelah lebih kurang 2 jam setengah perjalanan, flight selamat mendarat di Juanda International Airport Surabaya pada pukul 8.50 malam. Waktu di Surabaya lambat 1 jam dari waktu Malaysia.

dah sampai. jom turun untuk naik airport shuttle bus. panasss kat sini

Maka bermulalah trip DIY kita dengan mencari kereta sewa yang boleh bawak kitorang sampai ke Mt Bromo. Nak ke Bromo ni kena bermalam di sebuah kampung yang bernama Cemoro Lawang yang terletak di Mt Bromo.

jumpa kawan bersembang

TIPS PENTING : Bagi yang nak betul-betul backpackers, nak lagi jimat, boleh naik train dari Surabaya Gubeng ke Probolinggo. Lepas tu naik van ke Cemoro Lawang. Tapi kena amek flight pagila, sebab last van naik ke Bromo lebih kurang pukul 6.00 petang.

Hampir setengah jam jugakla kitorang mundar-mandir dengan diekori oleh pak-pak supir yang ingin menawarkan khidmat kereta sewa pada kitorang. Setelah pok pek pok pek dalam tawar-menawar, maka kitorang bersetuju untuk mengambil Mas Yadi sebagai supir kitorang ke Mt Bromo dengan harga 550000 rupiah.

proses tawar-menawar harga supir

penuh lagi manusia-manusia kat airport 
yang baju kelabu asap tu lah mas yadi
Juanda Int Airport ---> Bromo
So kitorang pun memulakan perjalanan dari airport menuju ke Mt Bromo. Masa ni jam lebih kurang pukul 9.30 malam.  Awal-awal lagi, Mas Yadi ni dah nampak peramahnya, boleh dibawak bersembang jugakla. Kitorang mintak Mas Yadi singgah kedai dulu untuk beli simcard. 

beli 2 simcard, pastu hotspot je sudah

Lepas beli simcard, singgah pulak Indomaret untuk membeli air mineral. Standby sekali beli lebih untuk bekalan kat Bromo nanti. Lepas dah gerak balik tu masing-masing senyap, ada yang melayan internet kat phone, ada jugak yang dah terbungkang kepenatan. Mas Yadi fokus dengan pemanduan.

singgah beli air

3 jam jugakla masa perjalanan. Kitorang tiba di Probolinggo, di mana ada simpang untuk masuk ke Bromo.

Probolinggo ----> Yoschis Hotel
Dari simpang tadi pun makan masa dalam sejam lebih untuk naik ke Bromo. Lambat sikit sebab dah lewat malam lagipun jalan dia bukan main naik bukit tinggi dan bersimpang siur. Me xde book lagi mana-mana hotel. Mas Yadi cadangkan kitorang stay di Yoschis Hotel sebab ada kenalan dia kat situ.

TIPS PENTING : Bagi yang sampai di Bromo lewat malam, xyah book penginapan awal. Walk in, sewa 1 bilik je, yang murah-murah. Pukul 3.00 pagi dah keluar, esoknya cuma breakfast je. Lepas tu dah check out. Untuk yang nak berjimat la. Yang duit banyak, x yah ikut tips ni. haha


Yochis Hotel. gambar dari google
Lebih kurang pukul 1.30 pagi kitorang sampai di hotel. Siap-siap check in, book sekali jeep untuk ke Bromo.. Kitorang book pun 1 bilik je hanya untuk bersiap dan simpan beg. Nak tido pun x sempat, sebab kejap sangat, nak kena bangkit pukul 3.00 pagi oii.. so better x yah tidur..

Oklah, dah masuk hari kedua pun.. Jom sambung ke next entry ye.







































































Wednesday, April 25, 2018

Trip ke Kolkata,Darjeeling&Sikkim INDIA(2018)-BAJET

HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA

Disebabkan visa ke India masih lagi fresh, terjadilah 2nd trip ke India. Ni nak share pulak bajet trip ke India lagi, tapi part Kolkata, Sikkim & Darjeeling. Bajet kali ni murah sikit.

Kat bawah ni, bajet untuk seorang yang dikeluarkan sebelum dan semasa trip.

BAJET  TRIP KE INDIA UNTUK 10 HARI 9 MALAM (per person)
( mengikut exchange rate masa tukaran duit : 0.067 )

Sebelum Trip

Ada beberapa kos yang perlu disettlekan semasa di Malaysia lagi. Antaranya ;

1) Tiket Penerbangan  Senai Int Airport - Kolkata (Air Asia)------------------ RM 159.00

2) Tiket Penerbangan Kolkata - Bagdogra (Go Air )------------------------------ RM 125.00

3) Tiket Penerbangan Bagdogra - Kolkata (Air Asia) -----------------------------RM 133.00

4) Tiket Penerbangan Kolkata - Senai int Airport (Air Asia) ------------------- RM 220.70

Untuk flight, kitorang berlepas dari Senai ke Kolkata. Lepas tu amek return domestik flight ke Bagdogra. Kitorang balik ke Senai Airport dari Kolkata

4) Tiket KTM Tapah Road- Gemas - JB Sentral -----------------------------------RM 73.60

5) Tiket KTM JB Sentral - Gemas - Tapah Road ----------------------------------RM 73.60

Di India kali ni kitorang xde amek train. Banyak naik taxi & sharing taxi je. Tiket train yang me beli cuma dari Tapah Road menuju ke JB Sentral je. Book dari website easybook.

6) Visa India (dah buat masa trip sebelum ni untuk 6 bulan)------------------ FOC

Semasa Trip

7) Bas/Taxi//Sharing Taxi -------------------------------------------------------------- RM 160
Pada korang yang nak detail harga untuk transportation ni, pm je lah. X pun baca dalam setiap entry. Ada me tulis kat situ. Malas nak type detail kat sini. hehe

8) Penginapan ----------------------------------------------------------------------------- RM 435.50

* Central Guest House Kolkata           RM 55.00
* Hotel Mist Tree Mountain Gangtok RM 52.50
* Sonam Delek Hotel                          RM 60.50
* Sonam Delek Hotel                          RM 60.50
* Centre Point hotel Darjeeling           RM 38.50
* Singtom Tea Resort                          RM 130.00
* Centre Point hotel Darjeeling           RM 38.50

9) Makanan (di India & makanan yang dibawa dari M'sia )--------------------- RM 100.00

10) North Sikkim Tour ( Yumthang Valley)------------------------------------------- RM 385.00
Yang ni mahal sikit. Kalau 2 orang macam kitorang ni better cari sharing, share dengan orang lain. Masa ni kitorang x dapat cari orang lain untuk join, tu terpaksa sewa 1 kereta.

11) Entrance Fee,Souvenirs & lain-lain ------------------------------------------------RM 100.00

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Total                                            =  RM 1965.40 seorang

(bab perbelanjaan ni subjektif, bergantung pada apa yang korang nak beli)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kat sini me share simple itinerary kitorang semasa di India

12 Jan 2018
Train Tapah Road - Gemas

13 Jan 2018
Tiba di Gemas
Train Gemas - JB Sentral
Bas JB Sentral - Senai Int Airport
Flight Senai Int Airport - Kolkata
Check in Hotel in Kolkata

14 Jan 2014
Check Out
Kolkata Tour
Flight Kolkata - Bagdogra
Taxi Bagdogra Airport - Siliguri
Sharing Taxi Siliguri - Gangtok
Check in Hotel in Gangtok

15 Jan 2018
Gangtok Tour
Check Out
Check in Hotel in Gangtok

16 Jan 2018
Check Out
North Sikkim Tour- Lachung
Check in Hotel in Lachung

17 Jan 2018
North Sikkim Tour - Yumthang Valley
Back to Gangtok
Check in Hotel in Gangtok

18 Jan 2018
Check out
Sharing Taxi Gangtok - Darjeeling
Check in Hotel in Darjeeling

19 Jan 2018
Darjeeling Tour
Check out
Check in Hotel in Tea Resort Darjeeling

20 Jan 2018
Check out
Check in Hotel in Darjeeling
Darjeeling Tour

21 Jan 2018
Check out
Sharing Taxi Gangtok-Siliguri-Bagdogra Airport
Flight Bagdogra - Kolkata
Flight Kolkata - Senai (cancelled)
Check in Hotel in Kolkata

22 Jan 2018
Kolkata tour
Flight Kolkata - Senai Int Airport
Bas Senai Int Airport - JB Sentral
Train JB Sentral - Gemas - Tapah Road
Back to Cameron by car

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sekian..Assalamualaikum..



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday, April 24, 2018

Trip Bermotor di Ladakh (2017) - BAJET

HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA
Oklah, baru ada masa nak share bajet untuk trip backpackers ke Ladakh hujung tahun lepas. Trip paling ohsem lah setakat ni! InsyaAllah ada rezeki nak ke sana lagi..

Kat bawah ni, bajet untuk seorang yang dikeluarkan sebelum dan semasa trip.

BAJET  TRIP KE INDIA UNTUK 17 HARI 16 MALAM (per person)
( mengikut exchange rate masa tukaran duit : 0.067 )

Sebelum Trip

Ada beberapa kos yang perlu disettlekan semasa di Malaysia lagi. Antaranya ;

1) Tiket Penerbangan  KLIA2-Spore-Jaipur (Scoot Airline)--------------------- RM 370.00

2) Tiket Penerbangan New Delhi-Srinagar-New Delhi (Indigo )---------------- RM 304.00

3) Tiket Penerbangan New Delhi - KLIA2 (Air Asia) -----------------------------RM 272.00

Untuk flight, kitorang berlepas dari KLIA2 ke Jaipur (transit 8 jam di Singapore), flight domestik return New Delhi ke Srinagar dan balik KLIA2 dari New Delhi. Sebenarnya ada hidden cost sebab kitorang terpaksa beli tiket flight dari agensi pelancongan untuk ke Srinagar disebabkan train cancel, itinerary kitorang pun berubah. Nak tau cerita boleh ke entry Ladakh ye.. Yang ni me bagi roughly harga yang sepatutnya.

4) Tiket Train Jaipur - Agra Fort (Executive Class) -------------------------------RM 81.00

5) Tiket Train Agra Cantt - New Delhi  (Executive Class) ------------------------RM 74.00

Tiket train ni me beli di website cleartrip. Kena daftar, website ni dia link dengan syarikat train kat India iaitu IRCTC. Ada proses-proses la kena buat sebelum boleh beli tiket ni. Kalau guna website IRCTC pun boleh tapi kena ada nombor telefon India, tu leceh sikit tu.

6) Visa India (lupa, anggaran yang ni lah)------------------------------------------- RM 220.00

Visa ke India ni mahal. Kitorang buat di Ipoh sebab paling dekat dengan Cameron. Tempoh boleh guna adalah selama 6 bulan, so gunalah sebaiknya. Ko pergi je tiap-tiap bulan kalau berduit tu kan. hehe

Semasa Trip

7) Bas/Teksi/Auto/Cycle Rickshaw/Sharing Taxi ---------------------------------- RM 270.00
Pada korang yang nak detail harga untuk transportation ni, pm je lah. Malas nak type detail kat sini. hehe

8) Penginapan ----------------------------------------------------------------------------- RM 698.30
Penginapan di India ni lebih kurang sama je dengan di Malaysia. Nak cantik, kena bayar lebih la. Tapi kitorang bukan kesah pun, asal boleh tidur. Cuma kat area Ladakh tu yang mahal sikit.

* Star Hotel Jaipur (25-26/8)                                        - RM 32.70
* Regency Hotel Agra (26/8)                                       - RM 48.50
* Shri Vinayak Hotel New Delhi (26-27/8)                 - RM 47.40
* Persona Hotel New Delhi (27-28/8)                          - RM 100.00
* Babu Hotel Srinagar (28-29/8)                                  - RM 25.20
* Nashat Guest House Kargil 29-30/8                          - RM 20.00
* Raybo Hostel Leh (30/8-1/9)                                     - RM 35.50
* Apple Cottage Hunder (1-2/9))                                  - RM 65.40
* Raybo Hostel Leh (2-3/9)                                          - RM 37.60
* Odbar Guest House Leh (3-4/9)                                - RM 36.00
* Raybo Hostel Leh (4-5/9)                                          - RM 37.60
* Yak Camp Tso Moriri Lake (5-6/9)                           - RM 65.40
* Beach Resort Pahalgam (7-9/9)                                 - RM 71.80
* Young Bombay Houseboat Dal Lake                        - RM 75.20

9) Makanan (di India & makanan yang dibawa dari M'sia )--------------------- RM 300.00

10) Bike Rental Royal Enfield 500cc (6 hari Rs7200)------------------------------- RM  236.00

11) Fuel --------------------------------------------------------------------------------------- RM 142.50

12) Permit Ladakh ------------------------------------------------------------------------- RM 46.00

13) Entrance Fee,Souvenirs & lain-lain ------------------------------------------------RM 300.00

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Total                                            =  RM 3303.80 seorang

(bab perbelanjaan ni subjektif, bergantung pada apa yang korang nak beli)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ok la kan untuk trip 17 hari. lama tuuuuu. 

Kat sini me share simple itinerary kitorang semasa di India

25/8/17 - Flight KLIA2 ke Jaipur (transit di Singapore 8 jam), join Free Singapore Tour

26/8/17 - Tiba di Jaipur, check in hotel, train ke Agra, melawat Agra Fort & Taj Mahal, train ke
                New Delhi, check in hotel.

27/8/17 - Train ke Kalka cancel, book flight ticket to Srinagar, Check in Hotel in New Delhi

28/8/17 - Flight ke Srinagar, Check in Hotel

29/8/17 - Bus Srinagar to Kargil, Check in Hotel

30/8/17 - Bus Kargil to Leh, Check in Hotel

31/8/17 - Rest in Leh, go sightseeing

01/9/17 - Leh to Nubra Valley, Check in Hotel

02/9/17 - Nubra Valley to Leh, Check in Hotel

03/9/17 - Leh to Chang La Pass, Pangong Lake cancel, Check in Hotel in Leh

04/9/17 - Sightseeing around Leh

05/9/17 - Leh to Tso Moriri, Check in Hotel

06/9/17 - Tso Moriri to Leh, Sharing Taxi Leh to Srinagar (tidur dalam kereta)

07/9/17 - Sharing Taxi Srinagar to Anantnag, Anantnag to Pahalgam, Check in Hotel

08/9/17 - Sightseeing around Pahalgam

09/9/17 - Sharing Taxi Pahalgam to Anantnag, Anantnag to Srinagar, Check in Houseboat Dal                            Lake

10/9/17 - Flight to New Delhi, Flight to KLIA2

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Oklah, rajin nanti me update pulak bajet untuk 2nd trip ke India, part Sikkim. Tungguuuu

Sekian..Assalamualaikum..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Thursday, April 19, 2018

Trip ke Kolkata,Darjeeling&Sikkim INDIA(2018)-D10

HUSBAND WIFE TRIP TO INDIA


22 January 2018


Patutnya harini kitorang dah sampai di Malaysia. Tapi flight cancel, dapatla jalan-jalan lagi di Kolkata. huhu

Seawal 9.00 pagi, kitorang turun ke restoran hotel untuk breakfast. Banyak jugak menu yang disediakan. Selepas makan, kitorang decide nak keluar berjalan-jalan di kawasan sekitar.

ha..meriah x? lapar punya pasal..haha
view luar hotel
teksi kuning
jalan raya yang sesak
bingit dengan bunyi hon
teksi kuning lagi
uncle jual buah-buahan
uncle jual jambu
Tengah dok leka amek gambar, ada sorang lelaki bagi salam. Kitorang pun menjawab salam. Seronok dia bila tau kita muslim. Sampai ajak suruh datang ke rumah. Kitorang ni seganla, x kenal pastu nak ke rumah pulak. Kitorang akhirnya setuju sebab dah beria dia mengajak. Lagipun x kejar masa pun, x de ke mana.

Dalam perjalanan ke rumah, dia tunjukla sebuah masjid yang berwarna hijau. Cantik senibina masjid ni.

awek2 Kolkata
sayur-sayuran
pintu gerbang
lawa masjid ni
berwarna hijau
Masjid Mondal Ghanti

X jauh dari masjid tadi, dah masuk ke simpang rumah dia. Rumah 4 tingkat yang sedang dalam pembinaan, x berapa besar tapi selesa didiami bersama isteri dia, 2 orang anak dan ibu. Kitorang dihidangkan dengan chai dan biskut.

Dari tingkat atas rumahnya, boleh nampak pemandangan Kolkata. Sempat jugak berkenalan dengan  mak dia yang sangat ramah. Nama brother ni Muhiyyiddin.

pemandangan dari roof top
mak cik yang sangat peramah walaupun kitorang bercakap style itik dan ayam
lagi view dari atas bangunan
asben tengah save no contact
rumah di antara kepadatan rumah lain
ruang dapur
bergambar dengan isteri dan anak dia yang kecik

Hampir setengah jam jugakla kitorang kat sini. Kagum dengan sikap Muhiyyiddin ni. Dari cara bersembang pun dah tau yang keluarga ni sangat baik hati. Bukan sesaje puji nih.. X lama tu kitorang pun mengundur diri. Diorang siap ajak makan lagi, tapi kitorang menolak dengan baik.

Terfikir jugak, mungkin ada hikmahnya flight kitorang cancel, sebab dapat jumpa keluarga ni. Lepas mengundur diri, kitorang pun turun dari rumah dan berjalan kaki balik ke hotel semula. 

kedai makan
buah-buahan
cantik bangunan ni, ciri-ciri islamik

Lebih kurang pukul 1.00 tengah hari, pihak hotel call bilik bagitau lunch dah ready. Kitorang pun turun untuk makan tengahari.

Bismillah


Lepas makan, kitorang keluar lagi berjalan-jalan di kawasan sekitar sehingga pukul 5.00 petang. Saje menghabiskan masa. Dah x tau nak kemana. Flight malam ni pada pukul 11.40 malam. Kitorang decide gerak ke airport dalam pukul 8.00 malam sebab x jauh.

jom balik
sampai di airport Kolkata

Alhamdulillah, kali ni flight x de delay. Kitorang selamat sampai di Senai Airport pada pukul 6.30 pagi keesokan hari. Dari Senai, kitorang naik bas ke Jb Sentral. Pastu terus balik ke Cameron dengan menaiki ETS, sama macam perjalanan pergi.

selamat sampai negara sendiri
naik bas ke JB Sentral
Dalam ETS 
beli popia dalam ETS, tapi panas kat microwave, lembikk..

Sampai di KTM Tapah, kitorang turun. Mak & abah dah menunggu, dan la singgah masjid & singgah makan sebelum gerak naik ke Cameron.

Layan nasi goreng kampung sambal belacan di Tapah.. haha

Berakhirlah trip kali ke 2 ke India. Best ke x? Mestilah best. Kalau ada rezeki memang nak ke India lagi, cover part lain pulak. Tapi kalau boleh memang nak ke Ladakh lagi. InsyaAllah.

Nanti me share total budget untuk trip kali ni. Sehingga berjumpa lagi.. Next? Ke mana.. Tungguuuu

Daa... Assalamualaikum

























































Trip ke Xinjiang CHINA(Summer 2019)-D8